kak rose penah jugak buat dulu menggunakan resepi dari mamakastam tioman ni. lain sket dari biasa sbb tang kukus tu kan. meh tengok resepinya yg kak rose amik dari mamakastam@Myr. mekasih mama.
RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)
source : mamakastam@myresipi
Bahan-bahan
- 1 gelas sagu biji kecil
- 3 gelas air - (next time nak kurangkan air 2 gelas ok kot)
- 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
- Sedikit pewarna merah
- 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu teh esen rose
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
kali ni kak rose buat macam terlembik, mungkin sbb sagu tu kak rose basuh dan dah kembang semasa masuk dalam air yg melegak tu.... wpun lembik sket tp masih boleh berbentuk bila kak rose keluarkan dari acuan kecik2 tu.... yg selebahnya kak rose kukus dalam loyang jer... pas tu masuk dalam gelas dan buh santan pekat .... he he he jadi macam sagu santan minus the gula melaka!
salam kak rose sdp kuih sagu ni..mkn dgn santan dan air gula merah pun sdp sejuk nyaman masuk ke tekak..
ReplyDeletehari ni panas la..kalau dapat saku ni memang best le.
ReplyDeleteoh ye, kalau dikukus nampak mungil2 je sagu tu ye kak...hurmmm sedapnya gigit kenyal2 gitu...tq kak for da resepi...
ReplyDeleteselama ni suri masukkan sagu masa air tak mengelegak..patutlah masa masak masih ada putih2 lagi dalam huhu..baru tahu cara buatnya ,,,tq kak.
ReplyDeletedtg lagi kak rose,nak tanya,suri terlepas yg popia frozen tu..kalau masukkan kt beku tu biasanya kena lama mana ye?
ReplyDeletemcm nak cuba la kak...sdap nmpknya..:)
ReplyDeleteSheila, kuih sagu ni mmg kak rose suka sangat... lagi2 makan ngan santan tu...
ReplyDeleteRos, makan sejuk2 mmg sedap kan.
ReplyDeleteChah, lembut goyang2 gitu!
ReplyDeletesuri, kak rose ni panjang2 kan resepi mama kastam ni... cantik je jadinya.
ReplyDeletepopia tu bila dah beku/-+ 1jam ke bole la disimpan dalam plastik... dia x kan melekat dah!
Asyifa, silakan.... nnti leh share kat blog pulak!
ReplyDeleteKak Rose dear.....
ReplyDeleteAssalamualaykumwbh.....waaaa...baru je mama ayu pergi lawat mama kastam tioman tu eik...mmm akka dah rasmi kuih sagu ni..both ayu suke ar...yg dgn kelapa and yg dgn santan....yummmeh!!!
Walaikumsalam Ayu, tp picky eater tu suka x? ke mommy saja? he he he
ReplyDeletenampak K.Rose buat kuih sagu ni, rasa mcm nak wat skrng gak..nyaman je lalu kat tekak...
ReplyDeleteYatie, sama macam kak rose le ni.... x leh nampak orang lain buat terus je rasa nak makan. jahat kan tekak ni!
ReplyDelete