Tuesday, February 14, 2012

Buah melaka pancawarna

salam dan selamat malam..... mata kak rose ni kan x leh tengok orang makan yang sedap2, semua nak makan jugak! semalam nampak buah melaka pancawarna ni kat rumah Yatie. cantik sangat! kaler maler gitu. tu yang membuatkan kak rose terasa2 nak makan sangat. sejak kejadian hari tu mmg betul2 berhati2 dengan tepung pulut ni. takut tersalah lagi nnti lain lak jadinya buah melaka ni.... masa singgah kat kelantan hari tu mmg banyak bli gula nissan untuk buat inti buah melaka. meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Yatie ni, mekasih banyak2 ya... terima kasih jugak buat E-na Lovely Kitchen kerana share resepi ni....

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah (kak rose tambah warna oren)
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering (kak rose guna fresh kelapa)
  • sedikit garam

Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

21 comments:

  1. menarik kak
    saya nak yg warna oren :)

    ReplyDelete
  2. amboi,meriah betul kuih kak rose nie....nanti2 nak buat jugak lah....tp anak2 kurang suka kuih lembik2 nie...

    ReplyDelete
  3. uwaaaa mmng menarikkan tngk kaler maler ni...yatie pun jadi teruja balik tngk buah melaka akak yg berseri2 ni..cun abessss...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Rose, pancawarna-warni sibuah melaka lagi cantik rupa parasnya, nak dibikin tapi dimana boleh dijolok itu buah kelapa? kelapa segar sukar ada dijual disini!

    Kempunan ngences jadinya .......

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  5. salam....mak aiii canteki betol ye...warna2 tu menggoda tapi tu la...kelapa susah nak carik..huhu

    ReplyDelete
  6. xde pon kaler purple..camne faa nak makan..hihihi

    ReplyDelete
  7. cepatnya sampai dapur akak..
    mas pun plan nak buat..
    tunggu beli gula melaka keping dulu...he3

    ReplyDelete
  8. Hai kak Rose. Baru je tulis komen kat entry choc chips cookies akak tu. Cantiknya buah melaka akak. Naz kalau buah melaka ni, bila buat mmg tak tgk resepi. Jadi kalau buat mmg tak letak dlm entry. hehehe..malas nak sukat2 bahan tu...Len kali nk buat kaler2 dan post dlm entrylah cam akak.. Cantik!

    ReplyDelete
  9. cepatnya sampai dapur akak..
    mas pun plan nak buat..
    tunggu beli gula melaka keping dulu..he3

    ReplyDelete
  10. erkk ingat silap masuk umah tadi...zassss berdesup dr utara ke Shah Alam ye kak....syantik!

    ReplyDelete
  11. salam kak ros...cantiknyer..onde2 buah melaka tu..wane wani lg..yumyum..nak tapau 5 ketul ya..

    ReplyDelete
  12. kasih, semua kaler pun boleh... tp sekarang dah jadi baja la...

    ReplyDelete
  13. mayda... saje nak bagi kaler maler gitu. cantik dimata kan!

    ReplyDelete
  14. Yatie, tengok la cikgunya...mekasih share resepi cantik ni ya...

    ReplyDelete
  15. Ratna, kalau kat kg boleh amik sepokok kelapa muda tu kan.

    kesian nya... kalau nak buat jugak boleh guna kelapa kering tu, tp x jadi buah melaka original la kan!

    ReplyDelete
  16. Cekgu Maz duk kat obese ker... leh guna kelapa kering jugak!

    ReplyDelete
  17. faa, alamak! nnti len kali buat kaler pepel lak ya....

    ReplyDelete
  18. Mas, buat jangan x buat... nnti baby kempunan lak!

    ReplyDelete
  19. Naz, kak rose ni kalau memandai takut x menjadi jer... apa lagi yg kaler maler ni. tp cantik kan?

    ReplyDelete
  20. Chah, jangan laju2, nnti jatuh sakit x dapat nak makan buah melaka kaler2 neh!

    ReplyDelete
  21. zana, sifu masak2 ni keratif sangat... buah melaka dah jadi macam2 kaler! cantik kan!

    ReplyDelete