selamat berhujung minggu yang panjang buat semua..... ramai yang dah mulakan perjalanan untuk out-station ataupun balik kampung sempena cuti panjang ni kan.... apa apa pun selamat bercuti dan berhati2 dijalan raya. macam pesanan dari pak menteri lak!
kak rose pun nak balik ke BP petang ni, tp sebelum tu nak gak tepek kuih kaswi yang kak rose buat petang semalam lagi.... kuih kaswi yang sangat simple bahan dia tp sedap... goyang2 gitu! tp pada sapa yang x suka manis sangat bolehlah kurangkan gula tu ya. meh tengok resepinya yg kak rose amik dari mesra.net.....
Bahan2
2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air
cara
masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi...
kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...
feveret saya kuih ni, saya tau resipi tapi saya malas nak buat...hehehehe slalu je suruh kakak ipar yg buatkan
ReplyDeleteas'salam selamat becuti..sdp kuih ni mmg fv biasa beli aje ingat nak cuba try buat.....kak ada lg tak heheh
ReplyDeletesedapnya kak rose, selamat bercuti
ReplyDeletelama dah tak buat....fav hubby cek ni kak rose....suka sgt ngan kuih kaswi ni...:)
ReplyDeletenak buat kaswi la sok sok.. lama dah tak makan kaswi.. suke kuih kaswi goyang2..
ReplyDeleteKak rose, kita tak berani lagi buat kuih ni, tunggu mood dah ok baru buat. Kakak ada juga ajar, simpan je resipi tu.
ReplyDelete