Sunday, January 1, 2012

Jagung manis diawal tahun

sangat manis jagung fresh ni.... wpun kak rose buh sikit je susu manis tu....

Salam dan selamat pagi..... selamat menyambut tahun baru dan selamat bercuti2 juga.... kak rose mulakan tahun baru dengan resepi yang manis agar disepanjang tahun mendatang akan berhasil dengan segala yang manis2 belaka.... begitulah harapan semua kan.... kalau boleh tidak mau menempuhi apa saja dugaan yang mencabar kehidupan.... tapi kan kita merancang dan tidak berdaya menolak sekiranya yang datang itu takdir, Qada' dan Qadar dari Allah yang Satu! Semuga Allah yang Maha Pemurah mengurniakan apa2 saja yang baik buat kita. Insyaallah

boleh tergugat gerai kat pasar malam yg jual jagung manis nih!
suma dah pandai wat sendirik!


meh kak rose kongsikan resepi jagung manis yg kak rose cnp dari Myr oleh aziemas yang sedap dan sangat manis ni... mekasih ya.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen ) (kak rose guna dari 2 tongkol jagung fresh)
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka ) (kak rose buh 2 sudu jer!)
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

ada lagi 2 tongkol yg belum dileraikan.... x larat dah.... rebus gitu je pun sedap kan...

2 comments:

  1. selamat thn baru kakkkk
    saya biasa beli je kak..
    dan saya pun suka tambah susu pekat manis sikit dalam jagung ni :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykumwbh Kak Rose...

    Wahh menyambut tahun baru dgn kemanisan...:) Smg Allah swt mudahkan dan uruskan kak sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...

    Love...:)

    ReplyDelete