Thursday, December 15, 2011

Roll sosej

Asalamualaikum dan selamat pagi.... pagi ni nak tepek roll sosej yang kak rose buat petang semalam... untuk minum petang aka dinner sekali.... ya lah tengahari tu dah makan saaaaaangat banyak tp nak juga amik something for dinner...manalah tau kot lapo tengah malam nnti sapa yang susah kan.... akak jugak, dah tinggal sensorang asik kena tinggal g outstation jer. jadi lebih baik kenyang dari lapo nak cari makan tengah malam kan..... (bagus punya alasan nak menambah lemak!)

resepi ni kak rose kodek2 kat Myr oleh CMG... sllu kalau buat roll ni salut dengan breadcrumb, tp kak rose x de stok lak, nasib baik jumpa resepi CMG ni yg salut guna bijan.... keratif betul tukang masak2 ni kan... mampu mempelbagaikan dan mencari substitutes for something yg kita x de stok....

buat 3 ketul jer... sudahnya makan satu dah kenyang,
2 ketul sambung untuk bekpes pagi ni...


Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 8 keping roti sandwich
  • 8 batang sosej ayam, celur dan toskan
  • 2 biji telur
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 2 camca besar bijan
  • 1 camca besar tepung gandum*
  • Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
  • Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS UNIK:-
  • 2 camca besar mayonise
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 10 biji jeruk capers, dicincang halus
  • (kak rose x buat sos ni.... makan dengan cili sos jer)

Cara-cara

  1. ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.
  2. Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama "sos unik".
  4. SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej...Selamat mencuba...

10 comments:

  1. Pagi Kak rose,memang nampak sedap.Budak2 pastinya suka ni.Boleh buat untk bekpes hujung minggu.

    ReplyDelete
  2. esok weekend utk orang kelantan.....
    Ini satu lagi resepi yang mesti saya cuba esok....terimakasih kak rose....

    ReplyDelete
  3. salam kak rose...mmg roll sosej ni mkn seketul pun dh kenyang kan..anak2 Liza mkn seketul mana cukup....hihihi

    ReplyDelete
  4. bestnya...leh wat tuk bekfes hari minggu..m,esti kenyang lunch x yah masak..ngeh2

    ReplyDelete
  5. Kakak selalu buat tapi tak guna bijan. Bawa anak utk bekal sekolah pun senang.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Rose, TerimaKasih memberi Ratna idea bakal appetizers/snack-cocktail buat anak semua dihari sambutan tahun baru ini, cepat dan rengkas dan yummy sekali.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  7. salam kak rose
    saya ni asyik terlupa je nak beli roti..hari tu dah plan nak buat ni utk b/fast hari jumaat tapi tu lah manjang terlupa je kan..mentang2 tukang makannya semua tidak ada di rumah..
    tak sabar nak tunggu anak2 balik ke rumah mggu depan.

    ReplyDelete
  8. Ros, bukan budak je yg suka, mak budak pun suka gak!

    Arizakiah, silakan ya... dan selamat berhujung minggu.

    Liza, nampaknya kena buat banyak2 baru lah puas makan... rebut2 lg sedap kan!

    kakzakie, cubalah guna bijan ni, sedap taw!

    Ratna, sama2 ya... dan selamat menyediakan snack yg enak n mudah ni.

    Anim, rumah kak rose x leh kalau x de roti... tp x rajin nak wat sendiri... makan je taunya! makan ramai2 dengan anak2 pasti lagi seronok kan.

    cida, tu la seketul pun dah kenyang.

    ReplyDelete
  9. As'salam Kak Rose

    Itulah kalau musim sejuk2 sekarang ni memang perut ni sentiasa lapar jer. Kat rumah ct ni dari pagi sampai petang bawak ke malam mesti nak ada kudap2 atas meja kak. anak2 bujang yang meningkat ni masing2 asik nak makan jer. Mama dia ni kenalah rajin sikit kalau malas dengan perut Mama dia pun lapar..hehehe

    Ni fav anak bujang ct yang kecik sekali, dia pantang nampak sosej mesti suka :)

    ReplyDelete
  10. oooo ye gak kan.. tak ingat lah roti leh wat camni gak.. semalam nani wat roti celop tepung, sosej goreng biasa camtu je.. tak ingat plak kot2 gulung and wat camni kan kak rose.. sedapnya.. hari tu nani pernah makan sosej di balut roti dan di celop telur dan di salut dengan serbuk roti.. sedapppp sangatttt.. tu pun makan kat spital serdang..

    ReplyDelete