Kulit Pai
* 4 keping puff pastry jenama pampas (boleh beli kat Tesco) (kak rose guna jenama kawan )
Bahan Inti
* 1 packet minced beef
* 1 biji bawang besar potong dadu
* 1 biji kentang potong dadu
* 1 mangkuk sayur campur
* 1 1/2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar gandum
* 1/2 sudu kecil lada hitam
* 1 keping kiub pati ayam
* Garam secukup rasa
* 1 cawan air
Cara memasak inti
1- Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga terbit bau.Masukkan gandum dan kacau rata.Masukkan pula tomato puree.Goreng sebentar dan masukkan air.Biarkan mendidih sebentar.
2- Masukkan kentang diikuti dengan daging hancur.Kacau lagi. Masukkan pula sayur campur.Biarkan mendidih.Masukkan pula kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
3- Biarkan daging mendidih dan air agak kering (Jangan sampai terlalu kering sebab bila sejuk daging akan menjadi betul-betul kering- tak sedap kalau inti pai kering.)
4- Rasa dahulu sebelum diangkat dan sekiranya suka boleh masuk garam. Angkat dan sejukkan.
Cara membuat pai
1- Keluarkan kulit pastry dari peti sejuk dan biarkan sebentar.Guna cawan atau mangkuk ,terap bentuk bulat diatas kulit pastry. Masukkan kulit pastry kedalam acuan.
2- Letak inti sebanyak yang disukai.Letakkan lagi sekeping terapan kulit pastry tadi diatas inti pai dan klim tepinya atau buatlah hiasan sesuka hati.Sapukan susu segar atau telur diatas permukaan pai.
3- Bakar dalam suhu 180 c sehingga pai kelihatan perang dan kuning keemasan lebih kurang dalam 30 minit. Selamat mencuba.
bestnyer kak...saya ambik sebijik yer.. hehe
ReplyDeletekak ros geledah je,ros tak kesah.senang hati dapat kongsi resepi.sebelum berblog ros memang suka masak benda2 tu.dah ada blog lagi happy sebab ada org yang sudi dan suka resepi tu.
ReplyDeletelapaq ! adeihh xthan tgok gmbar2 makan neyh..
ReplyDeletemmm nmpk cam sedap je kak Ros
ReplyDelete