Friday, December 2, 2011

Ngidamkan yg ni...

masak lemak ciliapi jantung pisang yg sangat best!

selamat malam semua..... kak rose baru balik dari hospital SMC, melawat anak kawan dan seorang lagi jiran sebelah rumah yg menjalani pembedahan kat situ.... kiranya 2 malam berturut2 kakt rose ke SMC.... semalam g melawat jiran tu, tp masa tu dia x dapat nak bercakap sbb sakit sangat, kebetulan hari ni pulak melawat anak kawan dihospital yg sama, so g jumpa dia lagi.... Alhamdullilah dia dah beransur pulih.... dah boleh bangun n g jalan sendiri... muga Dah dan Udin cepat sihat seperti semula...

nak citer pasal masak lemak cili api jantung pisang ni... lama sangat nak makan tp x terbuat, kebetulan pulak semalam semasa g kedai tu ternampak ada jantung pisang ni, fresh sangat, so amik la sebijik cenonet jer, cukuplah untuk hilangkan ngidamkan nak makan..... mmg x nak campur apa dalam tu, cuma kak rose tambahkan udang kering, tp kalau ada cendawan kukur lagi sedapkan.... dan sangat puas ati sbb dapat makan gulai ni... kalau ada ikan masin lagi best kan.... tp kak rose x de, makan dengan ikan kerisi goreng je... tu pun bertambah2 nasik!

len kali nak cari cendawan kukur pulak, masak lomak ciliapi ngan jantung pisang nih..... mana nak cari ni? musim hujan pun x nampak orang jual cendawan kukur. camner lak bole ada peribahasa tumbuh macam cendawan lepas hujan? entahle!

6 comments:

  1. Jantung pisang masak lemak cili api ...memang sedapppp...kak rose ...cek pun selalu masak jantung pisang masak lemak cili api ni...selalunya cek campur ngan sardin...hubby cek punya fav....memang kena lak ngan selera...kechur lak cek tgk lauk kak rose ni..sok nak cari jantung pisang la pulak....payah kalau dah ngidam ni kan..he he bukan ngidam..ehem2...tekak ni memang sumenya nak makan...:)

    ReplyDelete
  2. cik cek, kak rose pun cam tu... asal nampak tayangan amal jer pasti nak makan... camner la badan x bambam kan?

    ReplyDelete
  3. Org kelantan selalu buat terisek jantung, pun sedap. Saya x pandai mkn jantung dulu, takut...

    ReplyDelete
  4. saya pula mengidam nak makan masak lemak cili api daging salai :)
    masak lemak jantung pisang pun sedap juga

    ReplyDelete
  5. Kak Ros percaya tak Ros tak pernah makan jantung pisang apa lagi memasaknya sebelum jadi food blogger.Tapi sekarang dah 2 kali masak JP goreng dgn rempah kari dan cili padi.Memang sedap.Lain kali nak cuba gulai pulak.

    ReplyDelete