Tuesday, December 13, 2011
Jelly kelapa... lagi!
bila balik kampung pasti ada buah tangan yang dibawak balik.... dan yang kak rose paling suka.... kelapa muda ni.... pokok kelapa yang rendah dengan buah yang melayut banyak sangatlah menggoda untuk dijadikan jelly kelapa nih. yang kat atas ni balance daripada kak rose buat jelly tu... setandan ni sangat meriah dengan buah... 14 biji semuanya, macam x larat tangkainya nak menampung buah yg begitu banyak, nasib baik ada orang nak tolong kasi ringan sikit... kasi panjat itu pokok n amik buah tu..... dan sampailah buah ni ke Shah Alam... gigih mengusung kelapa muda yg berat ni dan jadilah jelly ni.
semalam lagi dah buat jelly ni tapi baru ni nak tepek kat sini.... resepi masih guna yang sama dari Nor secubitgaram, cuma kali ni kak rose guna cup yang agak tinggi, dengan 6 biji kelapa kak rose dapat 1.25liter airnya yang sangat fresh n manis.... (kelapa ni mmg jenis yg kecik2) so kak rose buat 1/2 daripada resepi ni dan dapat 10 cup ni... fully guna air kelapa.
Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
salam kak rose...Liza pun pantang nmpk nyior muda ni....tgk gmbr pun dah telan air liur....ishhhh xsenonoh betul...anak sape ni...hihihih
ReplyDeletelama betul nor tak buat jelly kelapa.. tunggu anak2 balik dulu la :)
ReplyDeleteliza, nasib baik ada banyak kat kg... boleh buat jelly banyak2....kalau nak bli sebiji je dah 3.50
ReplyDeleteNor, sementara ada banyak kelapa muda dapatlah melayan tekak yg nak makan jelly sedap nih!
ReplyDelete