Friday, November 11, 2011

Pulut inti dipetang hari...

semalam lagi teringin nak makan pulut dengan inti manis ni... kebetulan segala bahan pun ada... wpun hanya guna santan serbuk tp dek nak makan buat jugak la.... dan kelapa putih ni mmg ada stok untuk kegunaan diwaktu kecemasan! jadilah inti manis yang harum bau pandan.... hmmmm sedap. puas dapat makan. inti kelapa manis ni kak rose amik dari rumah izah yg dia buat untuk kueh ketayap...mekasih ya izah...

Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

ni versi malas dan sebenarnya dah kehabisan daun pisang.... lagi senang nak ngap kan! pulut cantik ni kak rose bli masa g ke Narathiwat Thailand dulu.... wah, pulut impot gitu!

13 comments:

  1. salam..... sedapnya.... tak pernah rasa. nampak senang. boleh cuba lah ni.

    ReplyDelete
  2. Kak Ros kita belum minum petang.Sibuk sungguh dekat2 nak cuti skolah ni.Nak masak2 pun tak sempat.Minta la seketul dua nak buat minum petang ni.

    ReplyDelete
  3. Kak ros...terliur dah ni... dah lama betul tak makan...

    ReplyDelete
  4. sedapnya pulut ni kak nor...peberet hubby ngan anak2 Liza ni...

    ReplyDelete
  5. Kak Rose...nak pulut inti dalam 2 bungkus...sedapnya...kalau inti kelapa tu ada durian pun sedap kan Kak Rose...:D

    ReplyDelete
  6. Mamaleta... sedap dan mudah disediakan...

    ReplyDelete
  7. Ros, camtula... nnti dah cuti boleh relak sakan la ya... meh jom join minum petang sekali.

    ReplyDelete
  8. Cheq Sue, kalau malas kek kodai pun banyak... kalau kat kelantan panggil pulut pagi.

    ReplyDelete
  9. liza, apa lagi... sila lah kedapur dan kukus pulut! panti anak2 n hubby lg suker!

    ReplyDelete
  10. cek cek, x de la doyan bagai... tp bau harum daun pandan tu pun dah rasa sedap! makan sebungkus pun x cukup!

    ReplyDelete
  11. Salam Ziarah kak!^_^
    seriously sy sgt suka mkn pulut ni , suka sgt2! tp tak penah buad pun , beli je , hehe

    jum singgah kak
    http://applehijaulife.blogspot.com/2011/11/ice-cream-gorengg.html

    ReplyDelete
  12. Assalam Kak Rose, sedap tgk pulut inti ni kak..lama dah tak mkn:)

    ReplyDelete
  13. Hi Kak Rose, my first visit to your blog. Your pulut inti looks extremely good, my all time favorite. Have a nice day.

    ReplyDelete