Saturday, November 5, 2011

Bun manis

Bun manis yg kak rose buat semalam.... hampir saja terlupa yg kak rose ada perap adunan ni sejak 6.30pm hinggalah 11.30pm.. mak ai baru teringat doh yg kak rose dah siap buat kecik2 dalam loyang dan perap untuk bagi naik kali kedua tu... agak ragu2 jugak apa akan jadi bila terlebih lama terperap... mula tu ingatkan akan jadi santapan cik tong, tp kak rose tawakal dan terus panaskan oben n bakar... ni la jadinya.

resepi bun manis ni kak rose amik dari ros jintanmanis, tp janganlah bandingkan kejadian bun kak rose ngan tuan punya resepi tu ya.... bila lah kak rose nak pandai buat macam tu ya? so sementara ni kenalah puas ati dengan apa yg kak rose dah buat ni...

Bahan-bahanya

150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver ( mesia mari) (ni kak rose x letak.... stok yg ada dah expired!)

Caranya.

1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye. (kak rose guna bm ori punya... hingga jd macam popye nyer lengan!)

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment