Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1½ cawan air
- Sedikit mentega/planta untuk mengoles
- Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar (kak rose tambah butter jagung cream n gula)
Cara-cara
- Mesin gula bersama telur hingga kembang,
- Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
- Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
- Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
- Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
dan akan buat lagi dan lagi dan lagi...
Salam Kak Rose, soalan per-1, Kak Rose gunakan kuali yang mana-satu? Tefal-antiadhesif? kuali khas apam balik? atau kuali standard:goreng-menggoreng?, bermasa'alah kerana Ratna tidak punyai kuali yang semenggah-sesuai khas buat apam balik!
ReplyDeleteGimana pun apam balik empunya Kak Rose teramat jelita dan yummy, setuju dengan Kak Rose "akan buat lagi dan lagi dan lagi" ...
Salam manis manis madu.
Salam Kak Rose, soalan per-1, Kak Rose gunakan kuali yang mana satu? Tefalantiadhesif? kuali khas apam balik? atau kuali standard:goreng-menggoreng? Seperti biasa Ratna tidak punyai kuali yang sesuai!
ReplyDeleteGimana pun apam balik empunya Kak Rose begitu jelita lagi yummy! Setuju benar dengan Kak Rose "akan buat lagi dan lagi dan lagi!"
Salam manis manis madu.
Kak Rose .. benar sangat computer Ratna ini sakit-parah! tadi pabila dipostkan tidak sudi keblog Kak Rose tetiba setelah mencuba kali kedua .. pulak timbul yang per-1, baru lah betul!!!
ReplyDeleteTak apa lah ya Kak Rose, komentar per-1 dan kedua seakan sama!
Pinta dimaafkan dengan ragaman computer Ratna ini!
Salam manis manis madu lagi.
Cantik & gebu jer apam kak Rose...
ReplyDeletesalam kak ros...saya dah lama mengidam nak buat sendiri..tapi kan..asyik beli je. Kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang byk2.
ReplyDeleteterliurlah plk tngk apam balik K.Rose ni...rasa mcm skrng je nak buat...
ReplyDeletetun dh lamaa x mkn apam balik.. teringin la pulak.. nnti nk gi beli kacang dan jagung dlm tin lah ^^
ReplyDeleteHello Kak Rose....I da lama ta'makan ni.
ReplyDeleteI remember back in the old days used to beli at Chow Kit road, and often bila nak bribe makcik, pakcik I date their daughter Naomi ke Rosnah or Salmah, ha ha....I beli ni.
As well putu piring or goreng pisang. Ha ha ha.
I love your colours and looks really sedap best.
Agak2 looking at your well taken pics, lima keping boleh juga.
Ada iced coffee? Ha ha.
Have a nice day, Kak Rose. Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Rindu pulak tguk apam balik ni lamaa dh k1 x makan .. Ada lgi tak rose minta cikit ;)
ReplyDeleteRatna, kak rose pun x punya kuali yg khas... asalkan non stick boleh saja diguna. untuk makan sendiri, rupa x jadi masaalah asalkan sedap ditekak aje.
ReplyDeleteHawa, tu lah terima kasih pada tuan empunya resepi yg sharekan...
ReplyDeletekasih, penah bli liat semacam jer... tu yg gagahkan diri buat sendiri... taruk kacang, jagung cream n butter banyak2... puas ati sangat!
ReplyDeleteYatie, bahan2 pun mudah dapat kat dapur... jom mulakan.
ReplyDeletetun, bli jangan x bli dan silalah mencuba ya..
ReplyDeleteWan, sori la dah abes ya.... dapat 4 keping tebal2 ni dan 3 keping dah kak rose bagi kat jiran... x terabes la nak makan sendiri jer..
ReplyDeleteLee, pandai u amik ati ya.... sure dapat bawak their daughter g date sbb dah kasi bribe!
ReplyDeleteRosnah pun ada... he he he..
Sekarang ni, Apam Balik yang macam tu dah tak dapat rega singgit lebih. Di pasar malam dah harga RM2 sekeping.
ReplyDeleteUntung kalu pandai buat sendiri, kan?