Friday, August 12, 2011

Gulai tolo itik

gulai tolo itik yg x menjadi. uwaaaa....

salam dan selamat pagi semuanya.... insyaallah hari dah hari ke duabelas kita berpuasa..... dan bermacam juadah dan kuih2 untuk iftar pun dah dicuba.... kali ni memasak gulai tolo itik lak.... dek terliur menengok gulai tolo tu kat rumah Anim, kak rose pun nak jugak layan tekak sambil menternak lemak dibulan puasa ni.... ya lah asik2 masak lemak je, x jemu ker? tak kan Anim? yo lah masak sedap2 mana nak jomu kan? nak lae ado la....

tapi kan.... ada je tapinya ....6 biji tolo itik yg kak rose bli ni, cuma satu jer yg kuning dia masih intact bulat, yg lima lg semuanya dan pecah... nasib baik semua pecah satu2 dalam mangkuk, kalau terus nak masuk dalam kuah tentu hancur semuanya..... uwaaaaa.... macam nak nanes dibuatnya, dah la bli sebiji 90sen, nasib baik je x busuk! so at last kak rose gorengkan dulu tolo tu....rasa pun dah jd lain, x goma den.... x sodap bila buat cam ni.... nak yg cam Anim masak tu jugak! sebiji2 gitu.... sodapnya! Anim kak rose cnp resepinya ya.... wpun kak rose nyer dah jd gulai tolo goreng!

Masak Lemak telur Itik
by anymz mykitchen

bahan-bahan

10 biji telur itik (kak rose ada 6 biji jer)
cili api blend 1senduk. (kak rose ejas ikut kepedasan la)
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.
(yg ni kak rose x letak..... )

cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

7 comments:

  1. Assalam Kak Rose...baru nak nanya....teronak itik ko?..Boli ghuper nye!...Masak lomak memang pokat lomak......baru sodap !

    ReplyDelete
  2. wah kak rose,cantik boto kuningnya tu..kiro kaler dah okay bona2 tu kak rose.
    goreng pun goreng lah kak rose nak buek mcm mano.janji lomak..
    maaaak aiii mahalnya pulak tolo itik..
    maceh sudi try resepi ni yo..:)

    ReplyDelete
  3. Watie, bolo itik di kodai yo! bulan pose2 ni mmg ternak lemak je bukan itik nya!

    ReplyDelete
  4. Anim, kaler ok dah tp x sodap cam tolo yg masuk terus dalam gulai tu...x pueh ati boto se buek gulai ni....

    ReplyDelete
  5. as-salam kak rose
    sedapnye kak rose tolo itik tu...dah lama ady cari tolo itik tapi tak ada kat singapura ni ayam3...huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Rose, ya ampun ... ini gulai tolo itik punyalah yummy wahai Kak Rose! Ibunda Ratna sering menyediakannya kalu nak cepat, syarat asal kan ada kuah gulaian itu pun dah mencukupi bagi meneman kan dengan hidangan masakan yang lainnya.

    Pagi-pagi Kak Rose dah bikin kan Ratna tersenyum simpul gitu, cara Kak Rose berseloroh kelakar sungguh!!!
    Wahai Kak Rose disini Ratna turun kan satu petua, sediakan dahulu sebelum dicampurkan kedalam kuah santan gulaian, telur itik dengan merebuskannya dengan sedikit susu (kenapa susu? kerana ianya melembut-lunak kan putih telur tidak kental keras) dalam 3 sudu besar juga 2 titisan cuka supaya putih telur tidak berselerak mengembang leper bentuknya dan selebihnya air setengah isi periuk, pabila sudah menggelegak air+susu+cuka tadi perlahan kan api dan masukkan telur itik didalam senduk bulat yang dalam junamkan perlahan kedalam periuk pabila putih telur sudah agak berbentuk sedikit Kak Rose terus lepaskan senduk tadi dan masakkan telur itik didalam periuk sehingga set (cara ini menjadikan bentuk telur itik/telur ayam cantik bulat). Kemudian baru Kak Rose masukkan telur itik tadi kedalam santan yang telah hampir siap masaknya dan biarkan menggelegak lembut (api jangan kuat sangat) selama 3 minits jadinya kuah gulai tampak cantik tanpa cebisan putih telor, voilĂ !

    Petua dari Ibunda Ratna.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete