balik umah terus kuorkan apa yg ada.... sotong mmg banyak stok, bahan pun ada nak buat kerabu ni.... nasib baik cik google rajin carikan resepi ni, jumpa kat rumah nor secubit garam yg resepi asal dari kak liza dan ramai juga yg dah mencuba..... mekasih pada semua penyumbang resepi ya.... dankak rose nak tepek kat sini lak.... mintak izin ya.
KERABU SOTONG & SUHUN
Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis (kak rose guna lemon, tu je yg ado!)
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb lupa nak beli la.. ish.. K.Nor ganti dgn carrot dan tomato (kak rose guna sekuntum jer...)
1 labu bawang besar1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air
akak....terliur sungguh tengok kerabu ni..fuh..pasti sedap...salin respi dulu laa...nk cari cik sotong dulu :)
ReplyDeleteNoorma, sesekali buat cam ni sedap lak... ratah jer sbb kak rose buat x pedas!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemasa masukkan sotong dalam kuali tu, tak letak apa2 ke? tak terbakar? thank you for sharing.. saya ni tak pandai masak tapi nak belajar...
ReplyDeletetak akan terbakar pun sebab sotong tu mengeluarkan air :) api perlahan lah sikit nanti. okla nk belajar dari tak pandai tapi malas nk belajar masak..:D
ReplyDelete