resepinya kak rose amik dari Myr oleh Makyong.... resepi dia buat dapat 12 biji, kak rose nyer dapat 8 biji je dengan saiz yg besar2 tu.... apa pun mmg sedap... tq ya Makyong dan kak rose nak sharekan resepi sempoi tu kat sini ya......
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
- (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
kak rose, cek mek molek ni mmg kena manis sikit baru sedap nak makan.. tapi dh lawa dah cek mek kak rose tu..dh lama xbuat,tengok kak rose tayang macam kena cari vit R nak buat ni...
ReplyDeletemas pun tak pernah wat che mek molek ni,selalu beli jer....cantik la cek mek molek akak ni...
ReplyDeleteMimey, kak rose rasa ok dah tp abang kata kurang gula! kalau MIL tau mesti x pas ni kan?
ReplyDeletepuh puh... kak rose dah tolong hembus vit R supaya datang cepat!
mas, tu la 1st taim buat... x reti nak membentuk... jadi besar gedabak!
ReplyDeleteok la tu Kak Rose...ada gak nampak bentuknya...tak letak title cek mek molek pun boleh kenal rupa kuih tu..ada 3 ketul keledek kat ruamh ni mcm nak buat jugak rasanya..hhehhe
ReplyDeletesally, bentuk gigil2 tu ok gak ke? sila la buat, kesian keledek tu kalau terbiar jer...
ReplyDeletesalam singgah pn rumah.. moleknya cek mek tu ;)
ReplyDelete