Monday, November 8, 2010

Kesian jiran mak di kg.....

Awal pagi semalam terima call dari mak dikg, katanya tetiba bekalan api terputus selepas saja mak habis mengaji, dengan tiada persiapan lilin /torch light.... tp bila terpandang kat luar nampak macam cahaya terang benderang dengan bunyi letupan bagai..... mak pun cepat2 cal ketua kampung w/pun masa tu dah tengah malam..... nak keluar tengok pun mak takut..... dan ini lah dia kisahnya.....kak rose amik dari sini... Takziah dan Al Fatihah....

Monday, 8 November 2010

Mati Rentung Berpelukan


LENNY MARIAYANA dan anaknya, Nor Sabihah Qasreena yang rentung dalam kebakaran semalam.

Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini hangus dijilat api awal pagi semalam.
Mangsa, Lenny Mariayana Daud, 29, ditemui dalam posisi sujud sambil memeluk anaknya, Nor Sabihah Qasreena Mohd. Nizam dipercayai bertujuan melindungi kanak-kanak itu dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tersebut.
Mangsa yang merancang untuk berkahwin hujung tahun ini dan anaknya ditemui bersebelahan katil di dalam bilik tidur mereka.
Ketika kejadian di rumah separuh batu dan papan itu, terdapat sembilan ahli keluarga termasuk tiga kanak-kanak namun semua yang lain selamat.
Adik bongsu kepada mangsa, Seri Rusidah Daud, 25, yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu turut berada di dalam rumah itu bersama suaminya, Asaari Mohd. Muji, 26.


muga cik tin tabah menghadapi dugaan yang besar ini.....

7 comments:

  1. Sari, dugaan datang kita x tahu... harap bersabar je la kan....

    ReplyDelete
  2. salam K.rose..semoga kluarga Arwah tabah hadapi dugaan ini..comei sungguh anaknya...Al-fatihah

    ReplyDelete
  3. yala atie, doa dan al Fatihah saja kita boleh berikan...

    ReplyDelete
  4. Salam Di Hulur Maaf Di Pohon....

    Al-Fatihah....Semoga Roh Mereka Di Tempatkan Bersama Org2 Yg Beriman Dan Beramal Soleh...Aminnn...

    ReplyDelete
  5. Lin, itulah yg diharapkan.... wpun mereka ni x bercampur ngan orang kampung.. suke menyendiri jer...

    ReplyDelete