Wednesday, October 6, 2010

Potato sarada

salam semua.... kan dah kata... tengok orang nyer resepi rasa semua nak makan.... habis hancus ilang ke longkang semua diet yang sebelum posa ari tu... entah bila nak setat balik... rasa macam x daya je... camner la nak diet kalau depan pc sambil taip ni pun sambil mengunyah potato sarada yang sedap neh! kalau izah makan dengan roti kak rose lak makan cam tu jer sambil menikmati kesedapanya! agaknya kak rose ni x leh g blogwalking dan nampak resepi yang sedap2 tu kot..... ialah depa suma tayang menu sedap2 n cantik2 menggoda... x tahan dibuatnya! tu la kalau iman x kuat tok sah nak diet2 bagai kan.

potato sarada ni tadi nampak kat rumah izah, terus g buat dan terus makan.... hmm nuym nyum.... nak resepinya? kena mintak izin dengan tuanpunya dulu baru boleh tepek kat sini... harap mintak dihalalkan ya..... Ros jintanmanis, hana n izah.... tq for sharing.

POTETO SARADA

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
  • 1/3 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar mayonis
  • sedikit garam
  • 1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)
Cara-cara
  • Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou atau di makan begitu sahaja.Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

hmmm... sedap.... habis menaip dan habis semangkuk!

10 comments:

  1. Salam Lebaran Kak Rose...maaf zahir batin....wah..wah....merebak salad ni nampaknya.......cepat lak tu wabaknya!!!asal tiba jer dah abis...memang rugi jer hari ni!!

    ReplyDelete
  2. hikhik..mana tak habis..tu tengah krup krap sambil blogwalking..memang tak sedor kak watie ...sedpkan, saya tak letak pun sosej pun sedap..rasa sedap jee

    ReplyDelete
  3. k.rose, cepatnyer kena jangkitan hehe

    ReplyDelete
  4. salam kembali watie, wabak dah berjangkit...sedap n senang sbb tu mudah berjangkit!

    ReplyDelete
  5. betu la izah, sambil menaip sambil menyuap.... sedo2.... aikkkk dah abesh!

    ReplyDelete
  6. nor, yang senang je cepat berjangkitnya... kalau renyah entah bila nak rajin nya.

    ReplyDelete
  7. Hi Kak, Love bookmarked this recipe from Ros..tapi blm buat lagi. Heheh! Must do, drooling already here! :D

    ReplyDelete
  8. Love, cepat g buat.... mmg sedap makan gitu jer... len kali sayur2 tu kena shred halus lagi sedap....macam Ros punya!

    ReplyDelete
  9. salam kak rose..

    wah sedapnya, harus cube nie..


    jemput ke sinar raudah..
    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/di-tindih-makhluk-halus-semasa-tido.html

    ReplyDelete
  10. salamkembali Amy, mmg sedap x rugi mencuba... kak rose dah g jenjalan blog u... mmg best.

    ReplyDelete