Saturday, August 7, 2010

Lepat pisang


salam semua..... kejap je dah malam kan.... dan untuk petang tadi kak rose buat lepat pisang ni.... dah abes dah stok .... esok x de lah lagi menu pisang..... resepi nya kak rose amik kat rumah ummi kuantan tu, tima kasih ya...dan kak rose mintak izin nak kopipes kat sini....

  • 8 biji pisang emas/berangan
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan santan pekat (*akak guna santan kotak je)
  • sedikit kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
  • daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan, buang bahagian keras tepi, lap dan belah lebihkurang sejengkal lebar daun)

Cara-Cara:-

  1. Panaskan periuk kukusan.
  2. Dalam mangkuk lecek pisang dengan gula hingga gula dan pisang hancur sedikit.
  3. Masukkan santan, garam, dan tepung. Gaul rata.
  4. Ambil daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan pisang di tengah2 daun. Letak inti di tengahnya dan gulung daun pisang. Lipat kedua2 bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
  5. Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 12 - 15 minit hingga masak/kelihatan daun pisang kekuningan.

daun pisang bawak dari kampung, dah nampak kekuningan....

No comments:

Post a Comment