selamat petang minggu.... asik keja masak dan makan je ari ni..... pagi tadi dah belasah lontong tu dan petang pulak kak rose buat kueh ketayap ni..... tu la bila asik g merempit rumah orang dan nampak resepi yang sedap2 tu mula lah pk nak buat.... dah buat nak makan lak.... itu dah pasti la kan.... resepi nya kak rose amik kat rumah izah yang asalnya dia copy dari dapur hana.... pada anda berdua kak rose ucap bebanyak tima kasih ya.... nak gak tepek resepi tu kat sini....
Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: KAK Hana
*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar
Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.
ni lah gula kabung yang kak rose guna dan didatangkan khas dari terengganu..... tima kasih pada wati yang tolong belikan gula kabung istimewa ni.... besar sungguh saiz dia.... dan pada izah sekali lagi kak rose ucap terima kasih kerana tujuk cara buat inti yang best ni.... Pssstt... ni first time kiranya kak rose buat inti yang betul2 menjadi... selalu tu main belasah je! pemalas kan!!!!!
Bahan untuk inti
sumber:izahdaut
1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan
Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.
ada ada saja ideamu memasak kekandaku.... terliur dibuatnya..
ReplyDeletekak rose..lawo nya kulit ketayap nyer...aduhhh licin mulus aje..saya nyer ada bekas bekas jerawat batu..kikiki..nak kena practise lagi saya nih.
ReplyDeletepn fizan, ramai kawan dialam cyber yg pandai masak... dan ni lah hasilnya... kak rose yg suka copy resepi dorang!
ReplyDeleteizah, jerawat x jadi masaalah, yg penting sedap... terutama intinya tu.... maceh ya.
ReplyDeletesalam k.rose.. benda tu kat ganu ni org panggil nisan (bukan batu nisan ya.. hehe) tp bila bila nak sebut ken guna double ss .. nissan hihihi kalau dpt yg tak campur dgn gula lg elok tu..
ReplyDeletenor.... o nisse ya... MIL pun sebut nise... yg ni x tau ada campur gula ke x tp manis dia lain macam.....
ReplyDelete