Friday, June 4, 2010

Sagu gula melaka

kuih sagu gula melaka ni buat untuk minum petang tadi.....tapi memang tak pandai nak buat sampai semuanya masak tak berbiji .... ada sapa2 yang ada petua macamana nak masak sampai tak nampak mata yang putih2 tu mai la share dengan kak rose....dulu pernah buat masak lama dengan air yang banyak barulah jadi elok.... tapi lembik x leh nak bentuk.... bab yang ni memang fail la kak rose ni..... resepi kak rose amik dari blog citarasawan, tima kasih ya dan kak rose nak kongsikan kat sini..... mintak izin ya...

Bahan A
500gm biji sagu
1.5 liter air
sedikit pewarna merah

Bahan B
1 liter santan
1/2 tbsp tepung beras
sedikit garam halus

Bahan C
150gm gula melaka
50ml air
2 helai daun pandan

80gm hirisan mangga/nangka untuk hiasan (kak rose x de menda nih...)

Cara-cara
1. Masak bahan A sehingga likat. Asingkan sedikit sagu dan campurkan dengan pewarna merah. Basahkan acuan, masukkan sedikit sagu merah tadi ke dalam acuan dan penuhkan dengan sagu yang tidak di warnakan. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
2. Satukan bahan B, masak sehingga agak pekat. Ketepikan
3. Satukan bahan C, masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
4. Keluarkan sagu dari acuan dan hidang bersama santan dan sirap gula melaka. Hias dengan hirisan mangga/nangka.

hmmmm.... harum bau sirap gula melaka tu dengan daun pandan

masih dalam cup lagi..... tunggu nak kena ngap.....

2 comments:

  1. kak rose..cantik la..saya pun baru buat sagu jugak, ikut resepi mat gebu,warne ijau lagi.mmg masak air banyak, pastu tos kan sagu tu.elok je terbentuk dan tak lembik.sbb saya ingat lembik sbb guna air banyak.mungkin tos tu membuang kanji n air ..

    ReplyDelete
  2. oh ya ke izah, tq share info, nnti lain kali boleh cuba macam izah buat tu

    ReplyDelete