BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
BAHAN COKLAT GANACHE :-) (yg ni kak rose x buat pun....)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
- Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
- Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
- UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.
lapiskan dia.... baru nampak tebal sikit..... matttt, kak rose mintak maaf, kek mu yang santek2 dah jadi cenggini.... tapi rasa memang sedap....
Whoaaaa, looks seriously tempting lor!!! I want few slices pls! :)
ReplyDeleteDear, pls accept a Thank You card from love2cook ya! :D
salam kak,,,, :D
ReplyDeletesedappnye kek coklat... nyumm nyumm..
gebussss lak tu..
uwaaaa... tak dapat rasmi pakai loyang baru ler ni? hahahaha... kena wat lagi la lepas ni.. :D
Love, recipe CMG memang sedap....nah amik sekeping je k.... n tq for the card nak gantung sekarang jugak!
ReplyDeleteJassnani, memang sedap. tu le nnti kena wat lagik nak resmikan loyang baru tuh!
ReplyDelete