Tuesday, June 15, 2010

ESMR abah

abah sebaik saja keluar dari bilik OT

Salam semua...... hari ni office kak rose tutup..... cuti. Eh... cuti dari masak2 jer....sebenarnya ari ni kak rose pergi menziarahi kawan (abah dan ibu yang jaga busu semasa kecik dulu) yang menjalani rawatan jantung di Hospital Universiti.... pada mulanya doktor pakar di SDMC mencadangkan untuk buat rawatan bypass (secara pembedahan) tetapi beliau memilih untuk tidak menjalani pembedahan dan membuat rawatan di PPUM yang menyediakan rawatan dengan alat yang dipanggil ESMR (Extracoporeal Shockwave Myodial Revascularization) boleh tengok sini dan sini. Procedure ini tidak mengambil masa yang lama hanya lebih kurang 1 1/2 jam saja dan pesakit dah boleh sedar sepenuhnya. Hanya perlu berehat dan tidak dibenarkan bangun selama 6 jam selepas pembedahan dan 6 jam lagi selepas jarum dikeluarkan dari tempat pembedahan tu..... Semuga abah cepat sihat sepenuhnya dan ceria selalu....

Ibu tengah menyuapkan abah yang tidak dibenarkan bangun selama 6 jam

berehat selepas menjalani rawatan. Semuga abah cepat sihat sepenuhnya... dan pada ibu banyakkan berehat ya...

lunch kak rose di kafetaria di PPUM... nasi lemak ayam dengan teh O ais. sebenarnya bukan lunch lagi dah sbb dah petang.... sembang punyalah lama hingga tak sedar jam dah 3.30 petang... nasib baik pak guard tak halau kami dari bilik tu....

8 comments:

  1. moga cepat sembuh abah tu ye...kesian tak gerak 6 am tu..seksakan..

    ReplyDelete
  2. salam kak rose...semoga abah cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  3. izah, nak cepat baik kenalah dengar cakap doktor tu...dapat gak rehat.... makan ibu suap lagik...

    ReplyDelete
  4. ain, timakasih doa untuk abah

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh.....

    ReplyDelete