Monday, March 1, 2010

Serabai

Salam semua.... tengok serabai kat rumah hana, mamfami dan cik mat gebu tu nampak macam sedap je... teringin lak nak makan.... tak pernah rasa/makan sebenarnya... jadi bila tengok resepi macam senang jer... kak rose pun cuba buatlah....ok not bad... menjadi jugalah.... bila tengok berlubang2 tu kak rose agak macam jadi lah ya.... rasa macam ada masam2 sikit.... mungkin sebab perap tu agaknya.... tapi bila makan cicah dengan kuah lempuk doyan ni hilanglah rasa masam tu..... apa2 pun timakasih pada semua yang sudi kongsi resepi ni dan kak rose nak tepek kat sini untuk rujukan nanti.... (kak rose kopi dari rumah CMG)

BAHAN SERABAI :-)
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
  2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

serabai ku yang berserabai..... ikut nasihat CMG guna koli kecit tu....


sebenarnya nak wat kuah macam yang dorang buat tu... tapi tak de pisang.... jadi kak rose buatlah kuah dengan lempuk doyan ni... tapi bila sejuk jadi pekat pulak....

2 comments:

  1. woww...betul2 popular serabai ni lately. ramai yg dh buat!!! bila le sy pulak nak buat ni!!huhu

    ReplyDelete
  2. sebab dek tergoda oleh ramainya yang dah buat, jadi kak rose pun cubalah... ain cubalah...

    ReplyDelete