Friday, February 5, 2010

Ayam ungkep

Salam semua.... semalam g jenjalan rumah dan dapur chef2 maya ni..... terpandang resepi ni kat darur Chikmi yang pandai masak tu..... terus terkenan dan mencubalah ari ni.... resepi asal dari Hana Jepun tu..... masakan ni stail jawa kan hana.... betul tak.... selama ni tak terpk lak nak masak cam ni.... simple dan sedap.... terasa rempahnya..... terimakasih pada anda berdua kerana resepinyer.... kak rose cnp kat sini ya......

Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

2 comments:

  1. saya ada gak plan nak buat ayam ungkep ni!!! sedaaapppp!!!

    ReplyDelete
  2. betul tu ain, sedap sangat2... ratah gitu je sbb kak rose buat banyak.....

    ReplyDelete