Wednesday, December 16, 2009

Majlis bacaan Tahlil & Yassen

Majlis ni kak rose adakan sempena hari tahun baru Maal Hijrah yang akan datang pada Jumaat, juga sempena kami sekeluarga yang akan berpindah ke tempat baru..... Mohon di permudahkan segala urusan perpindahan ini........ tinggalkan Langkawi dan rumah ini dengan segala kenangan pahit dan manis nya..... tempat yang banyak memberi pengajaran tentang kesabaran dengan segala kekurangan nya..... Alhamdullilah kami dapat menghadapi nya dengan tabah dan syukur juga kepada Allah dengan segala sokongan dari kawan2 yang berada di sini ...... muga akan mendapat lebih keberkatan dengan bacaan Tahlil dan Yassen dan doa dari kawan2 semua...... kepada yang sudi hadir ke majlis ini, kak rose ucapkan ribuan terima kasih ..... walaupun ramai yang x dapat hadir kerana pelbagai urusan tapi dapat juga kak rose adakan majlis ni...... mohon maaf jika ada sebarang kekurangan ya......

ketua kumpulan, ustazah sedang mengetuai bacaan ......

kami ramai2 bertahlil dan baca yassen.....



bersalaman dan peluk cium dari ahli kumpulan...... sungguh erat ikatan persahabatan mereka ....... harap2 akan berpanjangan.....

bersalam-salaman di akhir majlis.....

antara hidangan yang kak rose sediakan untuk majlis tu.....apam gula hangus....... (pssst.... ada antara tetamu yang sangat teringinkan resepi apam gula hangus ni...... sila lihat entry semalam kak rose dah masukkan resepinyer yang sempoi tu..... dan selamat mencuba ya)...... kuih tiram yang kak rose buat ari tu.... juga kerepek bawang ....pemberian kawan dari KL.... tima kasih bebanyak......

Puding roti marble...... yang tak cantik marblenya.....

laksa johor dan karipap. Puan Ros bagi puding laici yang cantik dan kiut miut tapi sayang sekali kak rose x ingat nak amik gambo..... x dapat lah nak tayang ros nyer puding yang cantik tu..... sorry ya...... dan kepada kawan sebelah rumah..... Puan Mazni tima kasih yang tak terhingga kerana menolong kak rose menyediakan persiapan untuk majlis ni.....sekali lagi tima kasih ya.... dan selamat berpindah ke Penang.....

No comments:

Post a Comment