Saturday, December 5, 2009

Ayam paprik n apam balik

pas g anto busu kat jetty terus balik umah..... masak untuk lunch.....ayam paprik dengan segala sayur mayur kak rose bubuh sekali.....ni kes x rajin nak goreng sayur lah tu.....(tapi wat gak kerabu epal hijau.....eeemmmm sedap)..... masak lebih sikit.... dapat gak bagi kat anak jiran sebelah yang kena tinggal.....eh cian nyer..... (mamanyer balik kampung d Kota Bahru untuk berjumpa doktor pakar dan papa nyer pula keja....) jadi adalah sikit lauk untuk mereka.... harap diaorang boleh makan masakan mama rose yang agak pedas sikit..... resepi amik dari dapur chef hanieliza....cuma kak rose tambah segala sayur tu.....tima kasih chef dan kak rose nak tepek resepi tu kat sini ya.....

Ayam Paprik
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.




petang pulak buat apam balik ni....ni kes nak perbetulkan yang buat ari tu x berapa menjadi tu....jadi nak puas kan hati wat lagi kali ni.... alhamdullilah menjadi dengan gebu nyer.....suko ati den.... pun buat lebih sikit.... dapat gak bagi kat anak jiran yang kena tinggal tu.... mama rose tau yang ko orang suka makan apam balik nih....kali ni amik resepi dari ms oreo @ MyR tu....tima kasih ya..... dan kak rose nak share resepinyer kat sini.....mintak halal ya.....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah bahan tabur ngan gula, jagung cream n butter)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment