Tuesday, November 24, 2009

Home made sardine & roti jala


ari tu ada wat homeade sardin..... resepi cilok darirumah Cik Mat Gebu....sebenornyer nak try test pressure cooker yang dah lama beli tu.....dan bak kata che mat kalau nak wat sardin ni mesti kena ada pressure cooker tu......barulah boleh jadi sadin yang macam dalam tin tu.... lembut segala tulang mulang..... memang rasa macam sadin..... eh memang la.... nama pun sadin kan.... cumanyer x yah beli..... buat sendiri you! kali ni kak rose masak kari sadin tu.....terima kasih pada CMG kerana share resepi ni. halalkan kak rose c&p resepinyer kat sini ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna (kak rose guna ikan tongkol je... eh sama ke ngan tuna?)
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.



pas tu dah ada kari..... apa lagi merajinkan diri wat pulak roti jala..... tapi jalaku x lah cantik.... berserabai semacam je..... ada sapa boleh bagi petua macamana nak menjala yang cantik tu?.....
apa pun asal sedap x cantik pun x pe kan.......(ni nak pujuk ati sendiri lah ni)....

No comments:

Post a Comment