resepi kuih tepung pelita, terima kasih Yani dari Myresipi yang kongsikan nya... kak rose buat separuh dari adunan ni, maklumlah untuk dua mulut jer... dapat 11 bekas mangkuk kecik2 ni. cukuplah untuk hilangkan kempunan tu.
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu
Terima kasih atas resepi. Suka makan kuih ni panas panas. Sedap
ReplyDeleteRajinnya kak rose
ReplyDeleteSaya beli ajer kat pasar SS6 shah alam tu..
Memmang beratur beli kat situ sebab sedap..
fuhh..sedap ni.. terliur pulak tengok
ReplyDeleteSetuju sangat pasal santan. Yang kotak bau dan rasa dia tak seharum dan sesedap santan fresh. Dan bergantung kepada jenama, ada yang bau dan rasa semacam aje. So untuk masak kari still ok, but for kueh lebih baik yang fresh.
ReplyDeleteSama2 Masniza, eh! tak pernah pulak makan masa panas2 tu, kna try nih.
ReplyDeleteYati, buat sendiri jer sbb mudah pun nak buatnya...
ReplyDeleteAdda, jangan tergoda ya...
ReplyDeletePH, walaucamner pun kak rose still prefer yang fresh.
ReplyDeletememnag rajin sgt. mesti sedap tu..
ReplyDelete