Saturday, May 26, 2012

Ayam bakar halia

Salam semua dan selamat berhujung minggu pada semua..... ayam panggang ni kak rose buat dah dua hari lepas. sambil melayan batuk tapi molot ni teringin nak makan ayam panggang cenggini.... mulanya ternampak ayam panggang penyet kat rumah Animz, nak buat tp x cukup bahan jadi gunalah bahan yg mudah dan sentiasa ada didapur je... jadilah ayam panggang halia ni.... disebabkan tekak yang sakit dan makan apa pun x selera, last2 jamah sikit jer, untuk hilangkan kempunan. tu pun sangat malas nak sediakan menu sampingan, makan je la dengan timun cicah sos cili jer. mekasih pada suma yang share resepi ni dan ramai dah yg mencubanya


Ayam panggang/bakar halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose buat half jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

2 comments:

  1. Datang nak ratah ayam je..tak payah nak masak nasi ya.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Rose...
    saya ni pantang dengan ayam... pantang tengok ayam! Apalagi ayam bakar...ni samalah niatnya dengan Kak Ros di atas tu... nak ratah aje, tak mo nasik!

    ReplyDelete