salam Jumaat yang mulia.... sejak dapat belimbing buluh for free kat tepi padang tu, teringin lak nak makan masak lomak ciliapi daging dengan belimbing buluh ni.... tp kalau ada daging salai lagi la terangkat gulai daging ni kan... typical negeri sembilan punya masak lomak ciliapi.... pokat n podeh! tp kak rose ni malas lak nak buat salai daging tu bagai.... resepinya kak rose amik kat sini. mekasih ya....
Bahan-bahan :
- 1 kg daging (disalai dan dipotong nipis) (kak rose x salai pun)
- 10 biji cili padi (dikisar)
- 2 sm kunyit hidup (dikisar)
- santan kelapa (santan daripada 1 biji kelapa)
- 1 biji mangga muda (dihiris nipis) atau beberapa biji belimbing buluh
- garam secukup rasa
- 2 batang serai diketuk (yg ni kak rose tambah)
Cara masakan :
1. Kecutkan daging salai di dalam periuk dengan cili padi dan kunyit hidup yang dikisar sampai airnya kering.
2. Setelah itu masukkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mangga muda ataupun belimbing buluh.
4. Biarkan ia masak dan angkat.
sedapnyaaaa.. teringat makan gulai lomak kak anim pure negori. daging salai ngan belimbing. masyaAllah. sedap. pun musuh diet ni kak rose. haha
ReplyDeleteizah, musuh diet yang sedap.... jd lupakan dulu diet tu ya....
Deletekak rose, tumpang lunch sini boleh?..haha akak dah nk minum ptng saya baru nk lunch sure dah abis kan. suka msk lomak ni:)
ReplyDeleteNieza, boleh saja.... sedap makan dengan goreng ikan masin
DeleteOh tidakkk...penuh air bwh lidah!!
ReplyDeleteChah, boleh lah masak cuti2 ni.... kalau daging salai lagi la mengancam!
Deletealamak fevret lagi la..asal daging lagi2 masak lemak camni memang terliur la...
ReplyDeleteKak Ros tak tahu knapa setiap kali masuk sini tak ada tempat nak tekan untuk komen.So asyik2 tak boleh komen.Now kita main tekan je ..sorry ya.Gulai tu mengancam le....
DeleteIntandayani... silakan mencuba musim cuti panjang ni... menambahkan lemak2 dibadan!
DeleteP Ros, entahlah, kak rose pun x tau kenapa tetiba jadi cenggini... sllu kena refresh dulu baru kuor kotak comment tu. x tau nak wat camner!