Friday, March 20, 2026

Cara rebus nasi impit jimat gas

 

 Salam akhir ramadan 1447H dan mari lah  kita cuba ....

Teknik 5:30:7: Cara Rebus Nasi Impit Jimat Gas
 
Teknik ini menggunakan konsep haba pendam (residual heat) untuk memasak nasi impit secara perlahan tanpa perlu api menyala sepanjang masa.
 
Langkah-Langkah:
Langkah 1 (5 Minit):
Didihkan air di dalam periuk sehingga betul-betul mendidih (blup-blup).
Masukkan nasi impit (pastikan air melepasi paras nasi impit).
Biarkan ia mendidih dengan api menyala selama 5 minit.
 
Langkah 2 (30 Minit):
Tutup api dapur.
PENTING: Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan JANGAN BUKA langsung penutupnya.
Biarkan nasi impit "berehat" di dalam air panas tersebut selama 30 minit. Haba yang terperangkap akan memasak nasi secara konsisten.
 
Langkah 3 (7 Minit):
Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur.
Biar ia mendidih sekali lagi selama 7 minit.
 
Langkah 4 (Selesai):
Tutup api, angkat dan toskan nasi impit.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong supaya nasi impit menjadi kental dan cantik.
 
Kenapa Teknik Ini "Mantap"?
Jimat Gas/Elektrik: Api hanya menyala selama 12 minit sahaja berbanding 45-60 minit cara biasa.
Hasil Sama: Nasi impit tetap masak dengan sempurna, lembut, dan tidak lembek.
 
Sesuai Untuk Daging: Selain nasi impit, teknik ini juga sangat berkesan untuk mengempukkan daging atau merebus kacang hijau.
 
Nota: Pastikan periuk anda mempunyai penutup yang rapat supaya haba tidak keluar semasa proses 30 minit tersebut.
 
terima kasih pada yang kongsikan cara mudah ini dan kak rose jumpa diwaktu yang tepat sebab masa ni lah nak merebus nasi impit di akhir ramadan ini.  

Thursday, March 12, 2026

Doa untuk anak

 

 

Jom doakan untuk anak anak di- 10 malam terakhir  bulan ramadhan ini saat pintu langit terbuka lebar

 Ini antara doa yang boleh kita pohonkan untuk anak2 tersayang..

 Ini 10 doa yang bisa ibu baca perlahan, dengan sungguh-sungguh:

1. Ya Allah, jadikan anakku hamba-Mu yang benar-benar mengenal-Mu, mencintai-Mu, dan takut kepada-Mu dalam setiap keadaan hidupnya.

2. Ya Allah, lembutkan hatinya agar mudah menerima kebenaran, dan jauhkan ia dari hati yang keras dan sulit dinasihati.

3. Ya Allah, tanamkan dalam dirinya kecintaan kepada sholat, Al-Qur’an, dan majelis ilmu, bahkan sebelum ia mencintai dunia.

4. Ya Allah, jika suatu hari aku tak lagi mampu menjaganya, Engkaulah Penjaga terbaik bagi iman, hati, dan langkahnya.

5. Ya Allah, lindungi ia dari pergaulan yang menjerumuskannya pada maksiat dan dari teman-teman yang menjauhkannya dari agama.

6. Ya Allah, kuatkan imannya ketika ia diuji dengan kesenangan, harta, jabatan, atau ujian yang melemahkan.

7. Ya Allah, jangan Engkau cabut hidayah dari hatinya, meski ia pernah lalai atau tersesat dalam langkahnya.

8. Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, dosa yang ia sadari maupun yang tidak ia pahami, dan bersihkan hatinya dari segala keburukan.

9. Ya Allah, wafatkan ia dalam keadaan husnul khatimah, dalam keadaan Engkau ridha kepadanya.

10. Ya Allah, kumpulkan kami kembali sebagai keluarga di surga-Mu, tanpa perpisahan, tanpa hisab, dalam rahmat dan ampunan-Mu.

Doa ibu itu sederhana… tapi dampaknya bisa sepanjang usia anaknya.


Karena mungkin… yang anak kita perlukan bukan ibu yang sempurna. Tapi ibu yang tidak pernah berhenti mendoakan.

Semangat kita ketuk pintu langit di malam malam ramadhan ini ya ibu ibu




 

Tuesday, March 10, 2026

Salam Nuzul Quran 1447H

  


  Asalamualaikum dan salam Nuzul Quran buat semua... walaupun sedikit terlambat untuk ucap salam Nuzul Quran ni, tapi harap masih ada yang sudi bacakan.. dan kak rose sangat berterima kasih pada kawan yang kongsikannya di whatsapp group. Semuga bermenafaat buat semua yang menjenguk dan membacanya dari dapo kak rose yang semakin hilang dari radar ni. 

25 Fakta Menarik Mengenai Al Quran

1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.

3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.

4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.

5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.

6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.

7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.

8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
 • Surah Al‑Baqarah (Lembu)
 • Surah An‑Nahl (Lebah)
 • Surah An‑Naml (Semut)
 • Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
 • Surah Al‑Fil (Gajah)

9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.

10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.

Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali.

Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.

11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
 • Dunia = 115 kali
 • Akhirat = 115 kali

 • Malaikat = 88 kali
 • Syaitan = 88 kali

 • Hidup = 145 kali
 • Mati = 145 kali

 • Lelaki = 24 kali
 • Wanita = 24 kali

Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.

12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.

13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.

14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.

15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
 • langit
 • gunung
 • laut
 • embriologi
 • kitaran hujan

16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) pula muncul 12 kali.

17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.

18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.

19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk. 

20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.

21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.

22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.

23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"

24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.

25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)

---------------

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.

Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."

Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.

Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.

Semoga kita dikurniakan keberkatannya