Thursday, January 20, 2022

ABC yang sedap..

 di kampung...

selepas hujan yang mencurah seakan tiada henti pada dua minggu lepas, kali ini balik kampung dengan keadaan yang sangat panas ting ting. abc macam ni lah yang sangat laris dalam keadaan yang hangat panas membahang. sekejap jer dah habis licin semangkuk beso ni..lega tekak dapat manisan yang sejuk cam ni kan...
one for u and one for me.... dapatlah menikmati abc yang sedap ni walaupun cuma dibawah pokok tepi jalan, tapi tetap sedap dan nikmat untuk kami berdua... Alhamdulillah
 

Thursday, January 13, 2022

Kerabu mangga muda

kerabu mangga muda yang tak berapa muda dah... masa beli tu nampak macam hijau putik jer kulitnya, tapi bila dah kopek dah tua pulak mangga ni... isi pun dah kuning, tapi masih crunchy krup krap lah isinya. beli pun dua biji jer memnag nak buat kerabu sempoi macam ni. sedap sangat lah pada kak rose bila sesekali buat kan... meratah jer sudahnya sebab isi mangga ni dah tak masam macam putik dah...
dan kak rose guna bahan apa jer yang ada kat dapo... tak rajin nak gorengkan ikan bilis, ikan msin kurau pun boleh jadi penggantinya. kita yang buat dia kan, so pepandai lah nak adjust dan suaikan rasanya. kacang goreng pun tak de, gantikan dengan biji gajus dan malas pulak nak tumbuk, so masukkan jer sebiji2 gitu..dah gaulkan semua bahan tu dan perasakan baru lah masukkan kacang gajus tu... so masih crunchy bila time makan... ahhh!!! kecur airlio dibuanya.. kalau nak resepi boleh tengok kat sini...
 

Friday, January 7, 2022

Nasi Arab Ar-Rawsha

 x dapat nak dine in, kita oder jer lah...

nasi ayam mandhi.. nak oder untuk tiga portion, tapi tak de katanya... so empat portion terus untuk kami bertiga... ayam memang tak terhabiskan tapi nasi pulak yang tak banyak.. as if untuk dua portion jer  nasiknya, pack tu penuh dek ayam jer... so memang berbaki lah ayamnya!
lamb madghot untuk 2 portion... tapi sorang jer yang nak makan kambing ni.. yang lain memang tak gemor cik mbek ni... so memang berlebih lah portion yang ni.. leftover boleh ulang petang nnti kata tukang makan!
muwalah dan saltah yang sangat sedap... tapi bila nak makan kena panaskan balik muwalah tu sbb keras kejung bila dah sejuk... sedap makan masa panas2 tu.. tapi delivery pun amik masa kan.... sampai ketangan kita dah sejuk kejung!
kuah kari yang cair macam air dan sos harrah yang lagi sedap lah kalau kak rose buat sendiri... hihi. naik lift tekan sendiri lah kan...tapi tak rajin punya pasal, makan jer lah yang dah oder tu..
 

Thursday, January 6, 2022

Siewpak choy sos tiram


Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan

Cara-cara

  • potong sayur dan celurkan
  • angkat dan toskan. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap! 


 

Wednesday, January 5, 2022

Monday, January 3, 2022

Menu baru untuk tahun baru...

Asalamualaikum dan selamat tahun baru kak rose ucapkan buat semua...  rasanya tidak lah telalu lambat untuk diucapkan. maklumlah tuan tanah ni kejap ada kejap hilang macam biskut chipsmore jer kan.. sebenarnya masa tahun baru tu kak rose berada dikampung, uruskan rumah kami yang baru siap pembinaannya.. memang banyak kerja nak kena siapkan, tu yang sampai terlupa kedatangan tahun baru 2022. apa pun semuga tahun baru yang mendatang ni akan membawa beribu kebaikan dan tinggalkan segala kenangan pahit manis tahun lepas tu kan... Insya Allah.
so sempena tahun baru ni meh ler kita cuba resepi baru buat jus dengan peria katak dan apple hijau ni... katanya ni lah petua untuk kurangkan kencing manis, tapi tak pasti lah berkesan atau pun tidak... cumanya kak rose rasa nak mencuba walaupun bacaan glucose kak rose adalah 4.8 jer. tapi bila dah blend dua bahan ni tak lah pahit mana peria katak ni, masih consumable lah kiranya.. jom lah sentiasa jaga kesihatan diri  sebab sihat itu sangat mahal harganya.