Wednesday, November 27, 2019
Saturday, November 23, 2019
Rebus telor masin 2 minit jer
Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua..
hari tu kan kak rose buat tayangan amal nasi kerabu bunga telang tu... dan ini lah dayang pengiring pada nasik tu.. telor masin yang kak rose rebus cuma 2 minits jer bila guna periuk noxxa . mudahkan..
setkan hp 2 minit dan tunggu lah sampai bunyi tet tetttt... release the steam dan taraaa... masak lah dah tu..
alaskan periuk dengan tuala basah. basuhkan telor bersih2 dan masukkan dalam periuk, tutupkan dan laraskan tombol pada pressure dan set 2 minit...
hari tu kan kak rose buat tayangan amal nasi kerabu bunga telang tu... dan ini lah dayang pengiring pada nasik tu.. telor masin yang kak rose rebus cuma 2 minits jer bila guna periuk noxxa . mudahkan..
setkan hp 2 minit dan tunggu lah sampai bunyi tet tetttt... release the steam dan taraaa... masak lah dah tu..
alaskan periuk dengan tuala basah. basuhkan telor bersih2 dan masukkan dalam periuk, tutupkan dan laraskan tombol pada pressure dan set 2 minit...
Wednesday, November 20, 2019
Saturday, November 16, 2019
Minum petang kami...MMA
macam-macam ada... tapi mostly ready made jer...
kerajinan tukang dapo memang dah hilang dan tak jumpa jalan pulang..
so mostly store bought snacks lah yang jadi pilihan..
jemputlah jamu mata jer ya..
popia daging from az-zain... sambil2 BMF kannn
fries yang 😋😋, tapi tak boleh la makan selalu kan...
home made keladi goreng cicah sambal kicap jawa yang ummmph!
marina tempura ni memang pebret lah..
pisang goreng crispy dari restoran azira..
marina tempura n popia kentang pulak..
kuih bom inti kelapa, bli dari kawan yang buat business homemade frozen food.
pisang goreng, tapai ubi dan bubur pulut hitam, beli jer....
lempeng pebret cicah dengan sambal tumis sedappp
jagung manis pebret from pasar malam, kerepek ubi masin dan muruku duri, katanya!
tuna mayo panini dari sk... sedap!
again... stock up lagi dan lagi...
kuih bom inti red bean paste pulak... sedap sangat.
Thursday, November 14, 2019
Jom exercises tangan....
Asalamualaikum dan salam khamis buat semua..
since hari tak de kelas mengaji dan juga kuliah petang, so baik lah guna kan masa yang ada dengan something yang berfaedah. gitewwww khenn? nak buat apa pulak tu? jom lah mulakan buat tat nenas kerang yang sangat amik masa nak membuatnya nih. maklumlah keras tangan, jadi buat kerja apa pun semuanya lambatttt... tak per la kan... pelan2 buat. sikit2 nanti lama siaplah hendaknya.. nak menggentel inti ni pun amik masa gak... camner tak amik masanya sbb bila ada phone in between buat kerja, paham2 jer la kan...
separuh lagi nak bentukkan untuk nanti nak memudahkan kerja bila nak letak dalam doh tu... semuga kak rose terus rajin nak siapkan seratus botol of gift ni. Insya Allah...
Wednesday, November 13, 2019
Pizza hut to the rescue
time tukang dapo sangat tak rajin...
2 large super supreme with extra cheese topping
tapi kan macam kureeeeng jer kan..
suka kau lah labuuuu... asal perut kenyang
dan tukang masak boleh rilex2, tak perlu bersilat didapo!
Alhamdulillah denga rezeki Nya.
2 large super supreme with extra cheese topping
tapi kan macam kureeeeng jer kan..
suka kau lah labuuuu... asal perut kenyang
dan tukang masak boleh rilex2, tak perlu bersilat didapo!
Alhamdulillah denga rezeki Nya.
Tuesday, November 12, 2019
Cek mek molek
Asalamualaikum dan salam selasa..
kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak bercambah pulak dah jadinya... so sebelum berakar dan pokok panjang menjalar didapo, jom lah jadikan sesuatu yang boleh mengenyangkan.. memula tu nak buat kuih keria macam yang sedang viral tu, tapi bila pikir2 malas lah pulak nak menyira dengan gula merah tu... dan lagi satu, takut pulak tak menjadi siranya tu... so paling mudahnya buat jer cek mek ni...dah tentu sedap dengan gula yang cair dalamnya tu. sebelum pergi kuliah dan mengaji petang tu kak rose dah rebus dan lenyekkan siap2. balik petang tu tunggal nak gaulkan dengan tepung dan bentukkan.... dan inilah kejadiannya... selamat dinikmati dengan secawan nescafe o kosong dipetang2 hari..
meh kak rose kongsikan resepinya...
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
kesian kan keledek yang kak rose beli tapi terbiar jer kat dapo tu... seakan nak bercambah pulak dah jadinya... so sebelum berakar dan pokok panjang menjalar didapo, jom lah jadikan sesuatu yang boleh mengenyangkan.. memula tu nak buat kuih keria macam yang sedang viral tu, tapi bila pikir2 malas lah pulak nak menyira dengan gula merah tu... dan lagi satu, takut pulak tak menjadi siranya tu... so paling mudahnya buat jer cek mek ni...dah tentu sedap dengan gula yang cair dalamnya tu. sebelum pergi kuliah dan mengaji petang tu kak rose dah rebus dan lenyekkan siap2. balik petang tu tunggal nak gaulkan dengan tepung dan bentukkan.... dan inilah kejadiannya... selamat dinikmati dengan secawan nescafe o kosong dipetang2 hari..
meh kak rose kongsikan resepinya...
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
- (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
Monday, November 11, 2019
Pebret sepanjang masa..
pisang kaki a ka persimmon dan teman sepiringnya..
fresh persimmon... sweet n crunchy
bersama digandingkan dengan red and green seedless grapes
with pisang berangan dan sour plum yang manis!
buah apa pun... memang tak pernah tolak lah kak rose ni...
Saturday, November 9, 2019
Makan2 di tcrs
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan...
pai tee, bendi dan kerabu mangga..
malas2 weekend lunch for three of us...Alhamdulillah kenyang.
Friday, November 8, 2019
2 minit jer...
Asalamualaikum dan salam Jumaat yang dingin..
hujan rahmat yang turun dari awal pagi masih belum reda..
hasil dari rebusan telor 2 minit tu... kisahnya hari jumaat lepas kak rose buat majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah... lama jugak rasanya tak buat majlis ni kat rumah kak rose kan.. so bila tanya kat ketua muslimat untuk minggu tu tak de yang booking slot tu, kak rose pun amik lah giliran tu... dan menu yang mudah yang kak rose sediakan untuk breakfast lepas majlis tu cumalah nasik lemak ni. dan nak kongsikan cara paling mudah dan cepat nak sediakan telor rebus tu... kalau nak goreng tak terdaya la pulak nak sediakan awal2 sbb mengaji stat pukul sembilan pagi.. so yang paling mudahnya, rebus jer la kan.. rebus telo 2 minit dan masak nasik 7 minit. mudahkan dengan noxxa!
2 minits jer dalam periuk noxxa ni.. memula basuh bersih2 telor dan alaskan dasar periuk dengan tuala basah. masukkan telor dan tutup, laraskan tombol pada pressure dan hp 2 minit. tunggulah sampai bunyi tet tet tet tetttt..
30 biji at one go... tapi ada sebiji yang pecah sungguh tu agaknya telor yang kak rose amik dari dalam peti...so kena pastikan nak rebus ni kena telor yang berada pada suhu bilik kot... kot kot pulak kan, sbb nya mengaji tak abes la tu... so lain kali tahu lah kan...
bila kopek pun cantik halus mulus jer kejadiannya.... tapi kan, kak rose biarkan telor tu sejuk baru alihkan dari periuk tu... so agaknya suhu panas tu membuatkan telor macam overcook sbb ade garis hitam kelabu diantara kuning telor tu kan..so rasanya kena keluarkan sebaik saja off kan periuk tu. seklai lagi ngaji tak abes la ni!
telor rebus 2 minit bersama dayang pengiring untuk nasik lemak dimajlis bacaan Surah Al-Kahfi pagi jumaat yang lepas... telor rebus 2 minit, sambal tumis sedap, fillet ayam goreng bersama kacang panjang, ikan bilis dan kacang goreng dan jugak timun. Alhamdulillah, 2 periuk penuh noxxa nasik lemak abes dengan jayanya. terima kasih kawan2 yang sudi datang bersama untuk majlis bacaan mingguan surah Al-Kahfi kita..yang tak dapat datang tu, nanti Insya Allah kak rose buat lagi lain kali ya..
Thursday, November 7, 2019
Wednesday, November 6, 2019
Makan2 di Makan Culture
sesi menambah lemak dihujung minggu...
Nasi Peha TomYam namanya... memang sangat besar portionnya!
ni tak ingat pulak namanya...
the drinks... iced lemon tea n honey lemon tea
the menu booklet.. nasi peha? cam weird jer kan..😜
Tuesday, November 5, 2019
Eeee takutnya..
Alhamdulillah.. selamat sampai...
selepas 1jam dan 40 minit, touch down di SZB dalam hujan masih lebat..
memang menakutkan... itulah pengalaman yang pertama kali pernah kak rose alami.. semasa balik dari menghantar MIL balik kampung tu lah dapat merasa pengalaman yang menakutkan ni... penerbangan yang cuma amik masa selama lebih kurang satu jam menjadi lebih lama disebabkan cuaca buruk dan hujan yang sangat lebat di airport. sepatutnya flight akan landing di subang airport pada jam 4.20 petang, tapi disebabkan hujan lebat flight tak dapat mendarat dan berlegar2 diudara subang utara seperti yang di announce oleh juruterbang tu... mulanya memang happy jer bila dah nak sampai, tapi tetiba ade announcement yang katanya due to bad weather, we are unable to land... hati dah mula cuak... dan dia kata mungkin lebuh kurang dalam 10 minit jer cam tu la kot... kita yang diatas ni tengok cuaca pun ok jer, panas lagi tuh! tapi masih jugak tak dapat landing dan terus berlegar2 diudara...
dalam hati memang sangat mengharapkan cepatlah elok cuaca dan dapat mendarat dengan selamat... puas lah baca segala ayat dan berzikir semuga dipermudahkan perjalanan kami ini... Alhamdulillah, akhirnya setelah 40 minit berlegar diudara, tepat jam 5 petang barulah dapat mendarat walaupun dalam keadaan masih hujan lebat. so penerbangan dari KBR ke SZB yang sepatutnya cuma 1 jam dah jadi 1jam dan 40 minit yang sangat menakutkan... Apa pun syukur Alhamdulillah, dah selamat semuanya. kawan2 pernah tak alami kes yang macam ni?
di KB epot... cuaca elok jer, panas terik...tapi sejam kemudian, lain pulak keadaan cuacanya. tepek kat sini kenangan menakutkan ni...