Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

Jeruk madu Pak Ali yang femes

 hari jumaat lepas kak rose g ronda ronda kat penang road ni, walaupun duduk dipenang ni dah hampir 2 tahun dan dah pun hampir nak berpindah semula, jalan penang road ni jarang sekali kak rose g meronda kat sini... kalau lah ada kawan yang sekepala macam masa kat shah alam yang sanggup meronda sampai rasa nak tercabut lutut tu, pastinya ni tempat yang bagus untuk meronda kan... tapi jumaat lepas memang rekod lah buat kak rose, meronda sorang2 kat sini sepanjang petang tu.. konon tak nak bli apa, tapi bila balik poket sangat berlubang besarrrr...

 dan kedai jeruk madu Pak Ali yang femes ni terletak di penang road, mas akak rose masuk kat sini tak de ramai sangat orang...sempat lah nak membeli sikit2 dan mintak izin nak amik gambo. tapi bila sebuah bas rombongan cik kiah berhenti kat depan tu, terus penuh sesak jadinya.. maklumlah dah stat cuti sekolah, memang sesak jalan kat sini... pelancung asing pun ramai....

 macam2 jeruk pun ada... pilih jer mana yang berkenan dihati....

 belacan pun ada jual kat sini...

 another jeruk yang campur2... cantik sangat dengan kaler2 gitu!

dan yang paling penting kena tau senarai harga... jangan nanti dah amik penuh bakul dan terlebih bajet pulak kan... dan kalau ada yang kirim pada kawan2 yang datang penang ni bolehlah tengok harga ni sebagai panduan...

Monday, November 28, 2016

Tepung pelita

 bila rasa teringin sangat nak makan kuih tepung pelita ni, tapi selalu halangannya ialah tak ada stok santan fresh... memang kak rose tak kan buat kuih guna santan kotak yang pada kak rose rasanya tak kan sama kalau kita guna santan fresh kan... tapi tak tahulah pendapat kengkawan, cita rasa kita tak sama kan... so terpulang pada memasing punya citarasa lah. dan untuk nak buat tepung pelita ni kak rose beli kelapa parut dan perah sendiri... terlebih rajin kot?

resepi kuih tepung pelita, terima kasih Yani dari Myresipi yang kongsikan nya... kak rose buat separuh dari adunan ni, maklumlah untuk dua mulut jer... dapat 11 bekas mangkuk kecik2 ni. cukuplah untuk hilangkan kempunan tu.

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

Sunday, November 27, 2016

Ubi ungkep

 Asalamualaikum dan salam pagi minggu buat kawan semua... sarapan apa agaknya pagi ni ya... pastinya ada menu yang istimewa buat sajian keluarga tersayang... buat kak rose ada ubi ungkep ni kira menu yang istimewa juga sebab memang jadi pebret kak rose masak ubi cam ni....menu orang zaman dulu2... walaupun cuma ubi kayu, tapi bukan mudah nak dapat ubi yang benar2 empuk dan fresh macam ni... kadang2 tu dapat yang keras kejung walau dah lama merebusnya... tapi kali ni Alhamdulillah, dapat makan ubi yang sangat empuk gebus, sepiring macam ni boleh habis makan sorang2... sambil menghadap pc sambil menyuap, tak sedar dah abesssss!

Bahan-bahan


  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Keeping fit, kononnya lah....

 61minutes, 6.25km and 299kcal calories burnt.

 Wednesday 23rd Nov, 57 minutes brisk walk, 5.65km, 268kcal calories burnt

6.45km and 323kcal calories burnt... 

my journey to keeping fit, saja nak tepek kat sini, mana tau boleh memotivasikan diri sendiri bila datang vitamin m... tapi selalu jer malas nak mulakan... apa lagi kalau pagi tu hujan, memang alasan sungguh untuk tidak berjalan lenggang mak limah tu. apa pun kita kena lah jaga diri kita sendiri kan...

Saturday, November 26, 2016

Chocolate chips famous amos cookies

 buat lagi dan lagi dan lagi...cookies sedap ni kak rose buat untuk makan2 bersama kawan2 kat penang yang akan kak rose tinggalkan for good hujung tahun nanti. walaupun masih ada masa berbaki sebulan lebih lagi, tapi rasanya lebih baik baik kalau buat makan2 ni awal2 lagi... sebab lepas tu boleh la stat berkemas apa yang patut untuk persediaan berpindah.... walaupun semua proses packing akan dibuat oleh pihak movers, tapi sebagai tuan punya barang rasanya  nak jugak kemaskan mana2 yang patutkan....semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami nanti, Insya Allah.

resepi cookies yang dah banyak kali kak rose tepek... terima kasih pada kawan2 yang kongsikan resepinya...

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. jangan susun rapat2 kerana cookies ini akan mengembang semasa proses pembakaran...
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, November 25, 2016

Nasi arab madghot

Asalamualaikum dan salam jumaat yang mulia. pagi ni nak jugak tepek kat sini kisah Melaka lagi.... ni masa kami 1st day sampai, terus tuju ke restoran nasi arab ni kat jalan bukit beruang... masa memula dulu anak yang bawa makan kat sini, terus lah terpikat dengan nasi arab ni. masa kami sampai tu dah late afternoon, tapi ramai jer family yang makan kat sini...

 nasi yang kami order, madghot chicken rice set for 2... sangat mewah dengan ayamnya. half chicken+nasi+sambal tu for rm22/-.... makan sampai terbuntang nak abeskan... nasib baik jer tak go mad after makan!

 salad yang ada cuma ini jer, arabic salad katanya, tapi cuma timun, tomato and iceberg salad... dalam menu tu ada banyak tapi mostly dah di tampal notice "no have" hihi

 simple drinks to complete our lunch.

Alhamdulillah, kenyang sangat2... tapi malam tu masih jugak nak keluar g makan2...

Salam Tahajjud...

Asalamualaikum dan salam pagi jumaat yang barokah....
Salam Tahajjud......
terima kasih Kak Noor, mohon kongsikan kat sini ya.

Thursday, November 24, 2016

MITC Residence, Melaka

 Alhamdulillah, selesai sudah komitment di Melaka... tiga hari kami book untuk stay kat hotel ni untuk majlis konvo anak... mama dan ayah yang excited nak join anak's big day. first in a life time nak naik pentas untuk terima ijazah dari chancellor, mestilah nak tumpang bangga jugak kan.. since kami tinggal jauh di Penang, so the best thing ialah duduk hotel jer... tapi kami lambat buat booking, so most of the hotel yang close to the UTeM dah penuh... nasib baik jugak dapat di MITC Residence ni, buat jauh jugak la dari U tu. booking pun through Agoda jer, nasib baik bilik sangat selesa n luas..

 ada jugak room service n the harga tak de la macam hotel yang berbintang2 tu... cukup lah kalau nak isi perut untuk kami rakyat marhaen ni...

 dapat book bilik yang superior room, sangat luas dan selesa... the living room

 bedroom

 dining area

 study table

 pantry, fridge yang comel pun ada.

bathroom...

Wednesday, November 23, 2016

Mahalnya!!!!

tak makan bilis la kita rakyat marhaen...huhu

Tuesday, November 22, 2016

Sagat ubi kayu

 buat peminat ubi kayu, ia bukanlah cuma makanan zaman jepun bak kata anak kak rose.. sifu masak2 yang kreatif ni telah pelbagaikan resepi ubi kayu untuk jadikan dia sesuatu yang nampak moden dan yang pasti enak untuk dinikmati... selalunya kalau kak rose cuma tahu ubi rebus, goreng dan yang paling suka ialah ubi ungkep tu... memang berkali2 buat pun tak jemu nak makan. tapi kali ni, ternampak resepi dari blog kakWan, tak sabar2 nak mencubanya.... dan kali ni nasib sangat baik sbb dapat ubi yang sangat lembut.... dan tersangatlah sedapnya... kalau dapat kelapa yang muda lagilah sedap kan.

terima kasih kak wan sebab kongsikan resepinya ya... mohon izin nak share kat dapo kak rose pulak ya.

Bahan-bahanya

500 gm ubi kayu, kupas dan cuci bersih
150gm/3 keping gula melaka racik halus
1 tsp garam
4 helai daun pandan - potong pendek
1/2 biji kelapa parut+garam dan kukus sebentar


cara-cara

1. ubi kayu disagat kasar dan perahkan airnya dan gaul dengan garam hingga rata.
2. bagikan kepada 2 bahagian ubi kayu dan gula melaka.
3. panaskan pengukus dan aturkan potongan daun pandan dalam loyang pengukus.
4. taburkan satu bahaguan ubi kayu diatasnya dan diikuti dengan gula melaka.
5. taburkan sebahagian lagi ubi dan gula tadi. dan letak daun pandan diatas taburan tadi.
6. kukus 25-30 minit atau hingga masak.
7. angkat dari kukusan dan gaul rata. hidang dengan taburan kelapa parut diatasnya.

Monday, November 21, 2016

Layan chicken chop pulak...

 bila tetiba terasa nak makan yang sedikit mata biru tapi tak rajin pulak nak keluar rumah, kenalah buat sendiri jugak la nampak gayanya... walaupun dengan bahan apa yang ada dalam fridge, jadilah jugak chicken chop kak rose... semuanya buat from stratch.... even the bread crumbs... tapi fries tu beli la kan... nak jimat la katakan. bolehlah just nak layankan tekak yang tetiba teringin nak makan.

chicken chop bersama dayang pengiringnya.... fries, coleslaw+salad dan black pepper sauce. buah2 ada sebakul, kalau tak rajin nak potong, tokak jer sebiji sebiji cam tu... hihi. tu dah malas tahap gaban lak gayanya kan. Apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah ini.

Sunday, November 20, 2016

Jus limau kasturi asam boi

 sangat lah heavennya dapat menikmati jus ni masa musim panas... pure juice + asam boi + sedikit air and ice ketul... dah ready untuk dinikmati.

 no sugar added.... manis dan masin dari asam tu jer. sedap!

slurppppp.... hmmmm nyaman.

Saturday, November 19, 2016

Nasi goreng daging

 bila nak makan nasik tapi tak rajin nak masak segala lauk pauk, kita sekalikan semuanya dalam tu. all in one, gitu! laik dan sayur mayur dah ada dalam tu, kira menu seimbang la kan... hihi... nasi goreng daging resepi dari AlongRoz jadi penyelamat ketidak rajinan kak rose. gorengkan keropok terengganu mari dan makan dengan fresh iceberg salad dan cherry tomatoes yang manis... lengkap sudah hidangan ni... buat kak rose le... pas tu buah jugak jangan dilupakan.

kiwi fruits dan sour plum.... pelengkap nasik goreng kak rose.


resepi nasi goreng daging, mekasih Hajah AlongRoz kongsikan resepinya.

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Friday, November 18, 2016

Sagu gula melaka

 dessert pebret dihari yang panas membahang, makan sejuk2 sangatlah heavennya dan sepiring macam ni memang tak cukuplah kalau buat kak rose... bila dapat makan ni memang berketul2 sekali ngadap. dessert sagu gula melaka ni memang kesukaan kami sekeluarga. buat pun mudah jer, tu lagi yang kak rose suka nak buat dan makan... hihi

 resepinya.... kalau suka boleh letak kaler masa masak sagu tu, tp kak rose prefer yang original kaler cam ni.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan 
Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

Thursday, November 17, 2016

Dinner kami..

 dinner kami untuk kesekian kalinya....eh! makan untuk breakfast pun ok jugak kan. creamy chicken soup n toast. memang suka dengan combi roti n creamy sup cam ni. tak lah heavy sangat untuk dinner kan... dan buatnya juga mudah, tak perlukan bahan yang banyak dah boleh siap hidangan untuk satu keluarga kecik macam kak rose ni... roti tu pun just sapu ngan butter n toast... kalau rajin boleh buat garlic spread, tapi kak rose ni oarng yang sangat tidak rajin, semuanya nak cepat jer siapnya, so butter will do lah!



resepi ceramy chicken soup yang sedap ni...

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
Cara2:


  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Wednesday, November 16, 2016