Monday, November 30, 2015

Bunga kubis goreng a la mamak

 kesiankan bunga kubis yang dah lama beli tapi tak termasakkan... maklumlah vitamin m tu sangat banyak ada dalam itu diri... lagi pun tukang makan tak de kat rumah... so memang ngam sangat dengan kemalasan yang ada tu kan... sayang jugak kalau terbiar rosak kan... dan hari jumaat lepas, jadilah sayur untuk lunch kami berdua... resepi ni kak rose kopi dari blog kak wan, tapi telah di derhaka kan dengan jayanya sbb masak pun dengan apa yang ada dalam fridge jer... jadilah seadanya asalkan boleh kenyang perut kan...

kak rose kongsikan kat sini resepi asalnya ya.... mekasih kak wan.

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bunga kobis putih
1/2 biji broccoli (kak rose x de)
1/2 batang carrot (x de jugak)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit - bancuh dengan sedikit air
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
fillet ayam dan kacang holland - yg ni kak rose tambah

Cara-cara :
1.   Hiris nipis bawang merah, bawang putih, cili dan carrot. Potong kecil bunga kobis dan broccoli.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi dan jintan halus hingga naik bau.
3.  Masukkan sayur-sayuran dan masak hingga hampir lembut.  Kemudian masukkan bancuhan serbuk kunyit, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4.  Masak sebentar hingga agak kering.

Sunday, November 29, 2015

Beef lasagna yang ohsem!

 Asalamualaikum dan selamat berhari minggu .... semuga kawan2 sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya. Beef lasagna yang bukan buat sendiri.... nak yang mudah, so bila nak makan kita beli je yang readymade, balik rumah tinggal nak reheat dah ready untuk dingap. dan ni adalah lunch hari selasa lepas... kak rose memang suka sangat beef lasagna kat lanai ni, soooo rich dengan daging dan cheese nya... boleh menternak lemak dengan jayanya lepas makan tu..

beli dua pack untuk kami berdua...so puaslah dapat makan tanpa bersusah payah nak menyediakannya... dan harap2 lepas ni rajin lah nak berbrisk walk untuk nak buang balik lemah yang dah dikumpul dengan jayanya tu.

Saturday, November 28, 2015

Aneka Sos

 Sos karamel

Aneka sos yang kita boleh sediakan sendiri... hasil perkongsian kawan2 di fb, dan kak rose mohon izin nak kongsikan kat sini lak ya. terima kasih sangat2... kalau terdesak boleh jugak kita buat sendiri sos yang kita nak guna.... sudah tentu dijamin bersih dan kehalalan nya...

 Sos butterscotch nutella
 
 Salted caramel sauce
 
 Sos kastard
 
Sos vanilla

Friday, November 27, 2015

Bubur jagung bersagu

 projek bubur petang semalam.... actually lama dah beli jagung ni, masa belum g KL lagi tu.... bila dah lama dalam fridge tu terus lah lupa. nasib baik masih elok segar sebab berbungkus dengan plastik... dan jadilah juadah minum petang kami petang semalam... tapi kak rose prefer dengan gula putih saja, so pucat je la bubur kak rose ni.. resepi asal guna kedua2 gula, merah dan putih.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Terubat rinduku...

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... ni kisah hari jumaat pada minggu lepas semasa berada di KL.... dan memang pastikan akan dapat menghadir kan diri untuk gader2 dengan muslimat dari tempat kak rose tinggal dulu... bersama jiran lama yang berpindah ke JB, berjumpa di KL dan kami berdua ke Shah Alam... rasa seronok yang tak terhingga bila berjumpa dengan kawan2 lama ni...

 bergambar kenangan selepas bacaan Surah Al-Khafi, macam suatu yang mesti... rindu sangat dengan suasana yang macam ni.... alangkah seronoknya kalau dapat bersama begini setiap minggu macam dulu2 kan...

 sebahagian dari muslimat yang hadir....

 lagi gambar kami bersama2... 
 
tuan tanah bersama ketua muslimat kawasan perjiranan kak rose...

Thursday, November 26, 2015

Kuih buah peria

 Kuih buah peria yang montok montok.... kalau dah keras tangan, memang macam ni la jadinya kuih peria ni... puas dah meng adjust nak jadikan lonjong2, tetapi tetap jugak dia jadi gumuk gumuks macam tuan yang buatnya! nak sedapkan diri sendiri----> apa lah ade pada rupa, yang penting dapat makan dan sedap.... kena praktis lagi, kalau rajin nanti bolah la buat lagi kan...

 resepinya akk rose kopi dari blog Azie Kitchen, terima kasih ya. mohon izin kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya.. kak rose guna inti kelapa, lebihan dari kuih tepong gomak hari tu...

Kuih Buah Peria 

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut - saya guna 150 gram
200 ml santan pekat - guna 150 ml
25 gm minyak masak - sapu pada kuih dan daun pisang
Sedikit air
Pewarna merah dan hijau

Cara cara:
Uli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Kacau pewarna dengan sedikit air dan satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan hijau.
Ambil 15 gm doh dan bentukkan doh lonjong sedikit seperti buah peria. masukkan inti dan tutup kemas. sapu sedikit minyak pada doh.

Letak di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis garis pada doh menyerupai buah peria. Atau boleh juga ditekan tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Buka gulungan dan letak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Susun dalam periuk pengukus.

Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Kukus buah peria selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan jadi tak cantik.

Wednesday, November 25, 2015

Tandum


dah beli...ada logo halal, pas tu baru tengok ade code E471 tu.... huhu.

Tuesday, November 24, 2015

Barbera cafe

on de way balik ari tu, minum2 di epot subang sebelum check-in...  my hot chocolate yang very thick... sedap tapi a way toooo sweet for me. memang tak suka manis2 tapi dah oder, minum jugak la... sudahnya ade yang tukang abeskan...  tak baik membazir kan..

 busu's hazelnut latte jugak yang best... tak manis sangat n en asben punya esp italiano yang sangat pahit, katanya.... cenonet je cawannya.... kenapa ek, cawan expresso ni sangatlah comelnya. dua tegok dah selesai.

tukang perabes mama punya hot chocolate... service yang sangat slow membuatkan kami lambat check-in... sudahnya dapat seat belakang sekali.... bergoyang bergetar semuanya, dengan air crew yang berborak sangat bising kat belakang tu.... adoyai la...


kalau selalu minum kat sini mau poket yang berlubang terus terburai kan....

Monday, November 23, 2015

Pulut n sambal tumis

 juadah minum petang semalam yang simple.... 
pulut dan sambal tumis ikan bilis.

cuma kukuskan pulut jer sebab sambal tumis tu dah buat awal2... buat banyak dan frozenkan... reheat n gorengkan ikan bilis n masuk dalam tu dan menu minum petang pun dah ready...

Sunday, November 22, 2015

Balik ke sarang

 refreshment masa pergi....

Asalamualaikum dan salam pagi minggu... semuga ceria sepanjang hari ya... dan buat anak2 yang bersekolah, selamat bercuti panjang dan memenafaatkan percutian dengan penuh berfaedah... tapi tu la bila berjalan pada musim cuti sekolah ni.... mak ai!!!! mahalnya tiket penerbangan, poket yang koyak bertambah besar la lubangnya.... itu lah rakyat cam kita ni yang terpaksa hadapi... kesian kita kan...

 en asben punya pun nak enter frame...

dan petang semalam sampailah semula ke sarang kak rose kat penang ni.... dah la flight delay 30 minit pas tu bila sampai kat penang, jalan jem gila bagai tak hengat! dari airport nak sampai kerumah amik masa 1jam setengah... kalau tak jem, lebih kurang dalam 20 minit jer perjalanan... nasib baik teksi pakai kupon yg beli kat epot tu, kalau tidak mmg naya la nak bayar tambang sbb jem yang teramat....tu pun drebar teksi tu guna waze, boleh cilok2 jalan mana yang kurang sesaknya... tapi dah memang jem kan, mana2 arah pun sangkut. sabar je la.... tinggalkan rumah selama 4 hari, pokok bawang yang baru segar nak tumbuh terkulai layu, kurang kasih sayang!

Saturday, November 21, 2015

Kuih tepung gomak

tertengok blog kawan2 yang dok buat entry pasal koleksi resepi kuih2 tradisional, tersangkut jugak la nak mencubanya.... kalau boleh semua resepi tu nak dicubanya, tapi nanti lah satu2 dulu... depend jugak dengan bahan apa yang ada kat dapo... itu yang sudah pasti la kan... dan kebetulan tepung kacang hijau ni ada lagi stok... so jadilah kuih tepong gomak ni...(actually beli tepung kacang hijau ni nak buat bingka tepung beras, so dengan berkobar2 terus mencuba... bila dah bancuh dah jerang atas dapo dia jadi dan rasa macam kuih koleh kacang daaaa!!!! bila baca lain2 resepi rupanya tepung kacang yang ade dalam resepi tu ialah tepong hoen kwee tu... adoi laaaaa... so bingka tu cik ts la yang dapat... dan ni lah baki tepung kacang hijau tu, buat bedak tepong gomak!)... so lesson learnt.

 kak rose kongsikan resepi tepong gomak ni ya...

Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau 

- digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.) (kak rose guna yg ready made)


Cara Membuatnya:
 
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. 

Ketepikan & biar ia sejuk.

2. Panaskan periuk yang mengandungi air.

3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung yang tepung diletakkan 

sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan 
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.

5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya 

dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 

Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran )

Friday, November 20, 2015

Masih di sini....


Masih disini....  view from the Lanai Kijang's balcony... sayup kelihatan bangunan Menara Kuala Lumpur yang berbalam dipagi hari tadi.... semuga hari kita sentiasa ceria dan tidak berkabut seperti cuaca di kuala lumpur ni... Insya Allah dengan izin Nya jua.


 the same photo captured from the same spot at differnt time ie at 2pm...

Jom amalkan zikir ini...


Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, selain mengamalkan bacaan Surah Yassin dan Surah Al-Khafi pada hari ini, mari kita amalkan zikir dan wirid untuk hari2 yang lain... perkongsian dari kawan2 di fb, kak rose sharekan kat sini pulak... semuga kita semua mendapat menafaatnya... Insya Allah.


Thursday, November 19, 2015

Tempe goreng berempah

 jawa dan tempe memang tak boleh dipisahkan... jugak sambal kicap... hehehe... ade ke kawan2 kat sini yang suka makan cam ni? kita sekapal lah ya.. ni la juadah minum petang hari sabtu lepas, tapi nak jugak tepek kat sini.... sendiri punya blog, sendiri masak, sendiri amik gambo... tepek la mana suka kan... asalkan jangan cilok cam yang NI udah ler.... x tau nak kata apa dah!!!!

meh la kak rose sharekan resepi dari hana ni...

Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas... buh 2 biji jer cili api!)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td..

Wednesday, November 18, 2015

Di KL pulak...


Salam dari KL pulak.... pagi tadi bertolak dari Penang dengan flight 10.20am...kali kedua naik Firefly... n sampai di Subang airport one hour later.... cuaca elok n nice journey... terbang 15k feet above the sea level, masih nampak daratan.... x lah gayat sangat orang kampung macam kak rose ni... will be here in kl sampai hari sabtu nanti...

WW: New fan

 taking down the old one....

fixing one of five new fans... ngapa la ko buat keja atas kapet????

Tuesday, November 17, 2015

Aktiviti hari minggu

 Penang bowl... inter department bowling tournament kat sini... kira first time nak g lawan main bowling nih!

 tengah pikir... boleh ker nak baling bola ni... tapi gaya tetap mau ada. tak mao kalah!

 eh! ade pulak yang tertinggal.... tak nak dia jatuh sekali!

 tengok! kan dah kena warning dengan anak buah!

 dah! dah! bayar parking charges n jom la balik....

sebelum balik... sempat lagi amik gambo bangunan sebelah yang cantik ni... E&O Hotel.

Monday, November 16, 2015

Puding cocoa puff

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... semuga semuanya ceria memulakan minggu yang baru dan tak de yang mengalamai monday blues, Insya Allah.  pagi ni kak rose nak kongsikan puding yang kak rose buat pada hari jumaat lepas... punya la nak merasa puding ni bila ternampak di blog Azlita Masam Manis tu... puas mencari sekut ni... at last jumpa kat 7e... nasib baik ngam2 ade 2 packs ni.. tapi masa dapat beli ni kak rose pula menginap dihotel masa cuti deepavali tu...so hari2 dok belek resepi tu...


 balik rumah terus lah teruja sangat nak memulakan projek tu... mekasih Ita yang komngsikan resepi dan cara2 nak buatnya ya.. tapi kak rose punya ni punyala cepat membeku adunan puding tu, mungkin terlebih godek atas api jadi sedikit pekat... kna lah cepat2 melapisnya, dah la keras tangan, bila nak kena buat cepat2 mmg segalanya fail. mungkin kena cuba lagi next time, kalau rajin ler... kak rose mohon nak tepek kat sini lak ya...

Puding Cocoa Puff
Resepi Oleh : Sya Qiela
Rujukkan : Mufidah

8 gm agar-agar serbuk
2 bungkus biskut Cocoa Puff atau secukupnya
4 cawan air
1 cawan gula
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
1/2 cawan tepung kastard
40 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam


Satukan telur, susu segar, santan pekat dan tepung kastard, pukul dengan wisk hingga bergaul rata. Kalau nak blend pun boleh juga. Ketepikam.
Dalam periuk, masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula larut.
Masukkan butter dan kacau hingga butter larut
Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi ( telur, tepung kastard, susu dan santan ) masak atas api yang sederhana sambil di kacau rata hingga adunan pekat. Tambahkan esen vanilla dan secubit garam. Kacau rata. Bila dah masak , tutup api dan angkat

Sedikan loyang 8 x 8 inc, bilas dengan air
Aduan puding tadi bahagi 2 bahagian
1 bahagian ~ letakkan pes pandan dan pewarna hijau
1 bahagian ~ biarkan kuning
* setiap bahagian yang dah kita bahagikan tadi bahagikan pula kepada 3 bahagian setiap satu

 biskut yang puas mencarinya.... cocoa puff

Tuangkan 1 lapisan warna kuning dahulu dalam loyang, ratakan
Kemudian susukan biskut cocoa puff di atasnya
Biarkan puding mengeras sebentar. Untuk cepat masukkan dalam peti ais
Kemudian tuang pula warna hijau dan susun biskut di atasnya
Ulang langkah yang sama hingga habis
Sejukkan dalam peti ais
Bila dah keras bolehlah di potong dan di hidangkan