Salam hari jumaat yang mulia..... dah petang baru ada masa nak mengupdate rumah ni.... bukan ada keja pun tp saja sangat malas.... lebih banyak main games je.... layan angry bird pun jadi, ngalahkan budak2 kan kak rose ni. pagi ni g brisk walk yang telah lama kak rose tinggalkan dan paksa diri untuk memulakan semula rutin harian adalah satu perkara yg sangat susah! hishhhhh!!!! so dengan terpaksanya pagi ni kak rose buat brisk walk tu sampai satu jam setengah!
balik rumah bekpes dengan roti bakar sapu butter dan nescafe o tanpa gula je.... tp lunch pulak masak ayam goreng sedap nih dan jugak buat masak lemak cili api jantung pisang dengan cendawan. dan makan nasik berpinggan2! berbaloikah brisk walk sejam setengah tu tadi...
terimakasih pada Nor yang sharekan resepi ayam goreng yang sedap nih!
AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis (kak rose guna limau kasturi)
1 sudu besar air
garam
minyak
Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Hidangkan panas2.
Salam Kak Ros, ketika membaca "gulai jantung pisang dengan cendawan" ... terindu terus kempunan jadinya, salah satu gulai pujaan selera!
ReplyDeleteSalam manis manis madu.
cajun.. cajun... lama tak main2 dgn cajun :)
ReplyDeletekak, saya berkenan kat masak lomak tu ai
ReplyDelete