Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 4, 2010

Serunding udang kering

salam suma.... dah dinner ke? ni dinner kami anak beranak malam ni.... cuti masak separuh hari je.... g jenjalan kat rumah CMG nampak lak serunding udang kering ni..... kebetulan bahan semua dah ada.... keoffice jugalah sudahnya.... berasap lagi lah office kak rose dengan resepi serunding ni.... terimakasih cik mat kerana resepinyer.... kak rose minta izin nak tepek kat sini ya..... mari kita tengok resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan* (kak rose lebihkan udang kering (4 sudu besar) tapi kurangkan kelapa parut tu)
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
  2. Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....

dah ada serunding.... masaklah pulut..... guna santan serbuk je sebab malas nak perah santan

pulut serunding.... nyam nyam..... sedap.

2 comments:

ain said...

saya pun suka mkn serunding. klu time2 tak de lauk, serunding la jd lauk. mmg stock serunding kat umah ni. tp semuanya tgganu mari la.hehe

Kak Rose said...

kak rose keropok je tgganu mari, jadi nak makan serunding kenalah wat sendiri... nasib baik ada CMG nyer resepi...