Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 15, 2019

Jelly kelapa.

 Penyegar tekak dihari yang berbahang berjerebu..

 memang sedap sangat dapat menikmatinya masa cuaca panas membahang macam ni.. puas hati bila buat sendiri dengan isi kelapa yang banyak, guna air kelapa muda dan campur sedikit air. .memang terasa kelainannya dengan adanya air kelapa muda yang fresh ..

 
 buah kelapa muda fresh dari pokok depan rumah adik dikampung... pokonya rendah jer, nak petik kelapa muda ni just capai dengan tangan dan pulas tangkainya... sedap sangat. setandan ni ade 12 buji semuanya... sampai tak larat nak gayut, terpaksa tampung dengan kayu buahnya!

 bawak balik shah alam dan kak rose buat lah jelly kelapa ni... kelapa muda fresh terus kak rose letak dalam mangkuk dan curahkan jelly yang dah larut  tu.. jom tengok resepinya... mekasih nor yang kongsikan resepinya..

Jelly Kelapa
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan


Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. (Kak rose omit yg ni)
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

1 comment:

Sunah Sakura said...

Aduh..ni sedap makan kali hari panas2 ni