Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 22, 2017

Mug dari sekam padi...

 Macam2 cara nak save the world dari kemusnahan... dan selama ni tak terfikir pun yang sekam padi boleh dibuat bermacam barangan dapur macam ni... semakin tinggi teknology, semakin beyond reach to my otak nak fikir!!!! ya lah yang selalu kita tengok disawah bendang ada saja pembakaran berlaku untuk hapuskan pokok padi selepas kerja menuai selesai dan yang paling teruk asap dari kilang pemerosesan padi dengan pembakaran sekamnya... kini ada technology yang boleh turn the rice husk to something yang berguna... cuma kalau ada yang nak usahakan lah.. cantik kan mug yang terhasil dari rice husk ni..

 dari bahan buangan pertanian, jadilah dining ware product yang environment friendly.

 agaknya ada tak yang mengusahakan product ni locally?

a way to save our planet... stat dari sekarang, muga nanti generasi akan datang akan mendapat hasilya!
 
 gambar pinjam cik google punya... cantik kan!

Friday, January 20, 2017

Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan semua.... semuga hari ini dan hari2 yang mendatang akan lebih membahagiakan buat kita semua, Insya Allah.  pagi ni nak tepek kat sini kuih cara berlauk yang kak rose buat untuk potluck majlis bacaan Al-Khafi pada jumaat lepas... rasa semacam kekok pulak nak sediakan kuih pagi2 hari jumaat bila dah bercuti selama dua tahun sepanjang berada di Penang.... so minggu kedua barulah kak rose ada bawak kuih untuk majlis tu... minggu pertama berada disini, periuk belanga pun masih dalam kotak lagi... hihi. so tak de la kuih, datang lenggang kangkong jer!

resepi kuih cara berlauk... terima kasih pada yang kongsikan resepi ni ya... lost track dah!

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula


gebang2 mak nenek sebelum bacaan bermula...



Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan
2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.
3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.
4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.
5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 

Thursday, January 19, 2017

Bow tie pasta pulak...

 pasta sup sempoi yang mudah dimasak dan sedap dimakan... sebabnya memang sangat tidak rajin nak masak nasi bila tak de yang nak makan... memasing balik kerja dah lewat, so makan yang rengan2 jer la kononnya... mudah lah kerja tukang masak macam ni kan..

kak rose ni masak tak de resepi, asalkan rasa sedap buat kami sekeluarga, kira ok la tu kan.. bahan2 sama jer macam yang kak rose buat untuk spiral pasta tu cuma tukar jenis pasta dan tambahkan tauhu.... Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga.

Wednesday, January 18, 2017

OSSJR

OSSJR = ols school style jagung rebus

Tuesday, January 17, 2017

tepung malas

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua... ha... ada yang pernah dengar tak nama kuih ni. sebenarnya ni adalah cekodok pada kak rose, ada yang panggil jemput jemput, cucur udang dan bermacam nama lagi.... dan nama tepung malas ni my MIL yang bagi nama cam tu... tak tau lah ore kelate memang panggil jepuk ni sebagai tepung malah@malas!

dan ni lah dia tepung malah ie cucur udang malas kak rose.... dam semua dalam tu.... isi udang buh banyak2, taugeh, daun kucai, bawang besar, telor dan tentunya lah tepung.. air secukupnya dan goreng terendam... nikmati sepuasnya dengan cili sos... esok pagi2 kita pergi ber brisk walk, kurangkan balik lemak yang menepek kat badan tu... aci kan cam tu!

Monday, January 16, 2017

Keeping fit, kononnya 2

Siri keeping fit lah kononnya.... the detail of last week punya brisk walk...
semuga dapat memotivasikan diri untuk minggu2 akan datang.

Isnin 9 january 2017
 Selasa 10 january 2017

Rabu 11 january 2017

Khamis 12 january 2017

Sunday, January 15, 2017

Nasi kandar line clear

 kali terakhir makan kat sini sebelum kami tinggalkan pulau mutiara...bukan febret kami untuk nak makan nasi kandar ni, tapi bak kata orang, bila datang Penang mesti nak pergi jugak makan nasi kandar di line clear ni... so kak rose pun tak la lepas peluang.... walaupun hygienic kawasan tu memang boleh dipersoalkan, tapi pengunjung  seem tak kisah dengan keadaan tu... ramai je orang berbaris sepanjang masa! papan tanda line clear... tapi bila hari cuti memang line tak clear.... berbaris panjang hingga ke tepi jalan raya!

 makluman kepada pelanggan di tampal ditepi dinding bangunan jer!

 belum waktu lunch hour pun dah berbaris panjang...

 kari kepala ikan... not to my liking lah.

ni jer yang kami makan... kak rose suka ayam goreng whole leg nya... diluar garing tapi masih juicy dagingnya... walaupun tinggal gambar jer, nak jugak tepek kat sini sebagai kenagan semasa kami menetap di Pulau Mutiara...

Saturday, January 14, 2017

Bila monitor dah uzur...

 Monitor baru untuk CPU lama... monitor baru untuk gantikan yang juga Benq yang dah uzur... dah berusia hampir lapantahun! semasa masih di Penang ada sedikit saja spot putih defect tu... macam dua dot cam tu lah. tapi bila bawak mai Shah Alam dah jadi banyak pulak... dah siap assemble dan bila on kan jer petang tu,  dah jadi banyak pulak dot putih tu kat screen. en asben ni memang tak boleh dengan benda defect cam ni... cepat jer nak gantikannya... dan malamnya kami g ke subang parade .... dapatlah apa yang dihajati.... #benq #avled #gw2470 #hdmi... malam boleh tido lena dah!

kat kedai ni la en asben bought most of his computer accessories dan segala mak nenek yang berkaitan dengan komputer... even when we were in Langkawi dan Penang, kedai ni la jugak yang dituju... as if everything yang dia nak ada kat sini dan senang jugak deal dengan staff dia yang helpful...
  
dan balik rumah terus lah pasangkan... dan boleh lah guna dengan happynya walaupun poket koyak by almost enam ratus hengget! dan pas tu ada lah alasan pulak nak kan CPU yang baru... tengok pun dah tau.... bila dia dah survey dan banyak buat price comparison!

Friday, January 13, 2017

Ayam goreng kunyit dengan bendi

wah!!! panjangnya nama menu ayam goreng ni... kita yang buat dia kan... dan masak pun dengan apa yang ada dalam fridge... terus sekali masuk dalam tu... sedap pulak meratah bendi tu, krup krap rapuh gitu. dan bila masak cam ni dah tak perlukan sayur lagi, cuma nak menu yang ada kuah la pulak... so kak rose yang rajin ni pun masak asam pedas ikan selayang juga campur dengan bendi.. dah jadi semua menu bendi pulak la jadinya.. tak kisah la kan... kita yang buat dan sendiri nak makan!

resepi ayam kunyit dari blog CMG... tapi kak rose memandai tambah situ sinun dan kak rose lebih suka goreng dulu ayam tu... hihi... jangan marah ya Mat sbb dah derhakakan resepi ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang (kak rose gantikan dengan bendi)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
 

Thursday, January 12, 2017

Spiral pasta sup

 bila datang kemalasan nak masak tapi nak makan... ni la jadinya... lebur jer semua dalam tu dah siap satu menu complete buat orang macam kak rose yang punya baaaaanyak sangat vit m tu. cepat dimasak sedap dimakan... hihi. untuk kami berdua, sepeket spiral pasta ni boleh buat dua tiga kali masak gamaknya... kak rose suka less pasta tapi sayur2 yang lebih.... banyakkkk.

untuk sup ni kak rose tak de sukatan resepi yang exact... cuma main masuk jer semua, buh la apa pun asalkan sedap pada cita rasa sendiri kan...

kak rose kongsikan bahan2nya ya..

spiral pasta - direbus
fillet ayam - potong kecik2
sedikit sawi
carrot - potong munger2 bagi cantik
taugeh
cili merah
bawang merah dan putih
kuib ayam maggi
air secukupnya

Cara:

tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi
masukkan fillet ayam, tumiskan hingga ayam bertukar warna
tambahkan air dan masukkan carrot
biarkan mendidih, masukkan juga kiub ayam
perasakan garamnya jika perlu sbb kiub ayam tu dah masin
masukkan daun sawi dan cili merah tadi dan padamkan api
akhir sekali masukkan tauge.... dah siap!

bubuh pasta dalam pinggan dan curahkan kuah tadi diatasnya
boleh lah hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup---> kak rose x dak!
kalau nak umpphhh lagi, makan lah dengan sambal kicap
makan hangat2... bepoloh2 wa cakap luuuu!


Wednesday, January 11, 2017

Seringgit satu

seringgit satu item when u spend lapan ploh lapan hengget!

Tuesday, January 10, 2017

Jom mula kan....

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua... pagi ni kak rose nak tepek kerajinan pagi semalam, memulakan routine pepagi berbrisk walk di tempat baru. actually bukan lah tempat baru, taman yang kak rose dah tinggalkan selama dua tahun, kini jadi tempat harian kak rose untuk ber brisk walk lah.. setelah seminggu disini dan a bit settled down, baik lah mulakan, kalau lama lagi nanti dah lupa pulak camner nak jalan laju kan...

 ok la for the beginning... hari pertama berjalan dengan 8k++ steps tu... sendiri jalan, sendiri jugak bagi ok. just to motivate my self agar jangan malas2 nak berjalan pepagi tu...

 taman permainan yang dah kak rose tinggalkan selama berada di Penang..

 banyak dah perubahannya.... macam2 perminan ada kat sini ..

alat2 untuk exercises pun ada banyak di pasangkan kat taman ni.... tapi pagi semalam tak de orang pun yang guna alat2 ni... mungkin waktu petang kot...

Monday, January 9, 2017

Bye bye Penang

 Tarikh 29 December 2016, hari terakhir kami berada dipulau... setelah siap load barang dalam dua kontena movers dan kemaskan rumah yang akan kami tinggalkan... terus kami mulakan perjalanan to our will be new home... dan kami mulakan perjalanan agak lewat petang.... bila saja melalui jambatan kedua, suasana senja sangat lah cantik.... dan dipertengahan jambatan ada pancaran laser yang sempat kak rose capture buat kenangan dihari nanti...







dan bila sampai ke tanah besar, hari dah bertukar malam.... selamat tinggal Penang, Insya Allah ada rezeki kita kesana lagi... as a tourist jer.

Sunday, January 8, 2017

Unifi sekali lagi....

 Asalamualaikum dan selamat berhari minggu buat kawan2 semua... semuga semua dalam lindungan Allah jua hendaknya... dan Alhamdulillah jugak buat kak rose, slowly settled down ditempat baru... berkemas sikit2 mana yang terdaya... buat yang mana rasa nak diperlukan atau digunakan dulu... yang kurang penting tu biar jer dulu betapa dalam kotak.... since pindah ke shah alam pada hari jumaat dan pas tu hujung minggu bersambung pulak dengan cuti tahun baru, so segala urusan tertangguh lah jugak... macam nak pasang unifi ni... tiga hari lepas apply baru dapat allocation untuk pemasangan... kena tunggu jugaklah kan, sabo je. tapi yang jadi tak menyabo tu sbb katanya nak datang tengahari ie pukul 12.30 cam tu... tunggu punya tunggu... punya tunggu pukul 3 lebih baru depa sampai.... dan yang paling malangnya... contact no yang dibagi tu dah tak de dalam perkhidmatan! memanglah nak kena complaint kan.

 nasib baik lah dalam rumah ni semua infra dah tersedia ada... so derang ni tak perlu nak drill lubang dan tarik cable dari tiang dibelakang rumah tu... macam yang pertama kali install dulu memang amik masa yang lama. kira cepat jugaklah masa buat installation ni... lebih kurang satu jam dah siap dengan programkan sekali... tapi tengoklah punya cincai derang ni punya kerja... asalkan pasang dan biarkah jer semua peralatan tu berterabur depan tv cam tu!.... house keeping mmg tak de langsung.... so tukang bayolah yang kena buat sendiri...

yang ni nampak dah teratur sikit, kak rose dah betulkan mana yang boleh... nak susun elok2 dalam kabinet tu memang tidak lerrrr... kang ada tangan yang terbelit wayer dan keras kejung kat situ pulak!!! bila en asben balik kerja, barulah dia buat elok2 tersusun dalam kabinet. welcome to our household lah UniFi Advance Plan 30Mbps, masa kat Penang cuma dapat guna Streamyx 2Mbps jer sbb kawasan heritage dan jugak flood prone area katanya...  boleh bayangkan betapa siputtttt nya intenet masa tu tak? sebab sebelum tu dah guna UniFi VIP10, pas tu balik kepada streamyx yang siput tu.... kena banyak2 bersabarrr jer. dan kini bolehlah berintenet sampai muntah ijo lah gamaknya!

Wednesday, January 4, 2017

Missing my dapur....


Rindu pulak nak masak masak....

Tuesday, January 3, 2017

Salam dari Shah Alam


Asalamualaikum dan dengan ucapan selamat tahun baru dari tempat baru dan suasana baru.....harap kak rose tak terlambat nak wish kan.. maklumlah baru jer berpindah rumah, unpack dan berkemas memang taking the toll pada orang v macam kak rose ni...hihi. time macam ni memang lupa terus pada dapo maya ni.... dan lagi pun memang dapo tak berasap, asik tapau dan makan kat luar je... dah kemas sikit2, boleh lah duduk nak lunjurkan kaki dan luruskan pinggang... yang lain2 tu belakang kira lah ya...

Tv pun  masih bisu...unifi lagi dua hari baru dapat pasang.... sementara tu, cukuplah dengan apa yang ada.... bye bye Penang and Shah Alam, here we come. Please be good to us untuk hari hari yang mendatang.