Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 31, 2014

Nagasari nangka pandan derhaka ku!

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia. kuih nagasari yang kak rose buat petang semalam. kisahnya bila terpandang kuih ni kat blog ita masam manis, kak rose sangat teruja nak membuatnya....fikirkan semua bahan dah ada.... santan semua dah siap perah, sekali sampai tang tepung ubi....mak ai!!!!! cuma ada setoet jer! pas tu mula lah pk nak derhaka kan resepi ni dengan menggunakan tepung jagung!.... dan sudahnya cam ni la jadinya kuih nagasari pandan kak rose ni... selebet sungguh kan!

kalau nak tengok kejadian yang sangat cantik, gi lah kat blog ita tu.... len kali kena cek dulu to make sure that semua bahan ada barulah nak buat apa kuih pun kan! out of banyak2 tepung yang ada, yang nak guna tu lah yang tak de stok! tepung gandum, pulut, beras, jagung, pulut hitam, kastad tepung kacang hijau pun ada.... tak sedar tipuware bekas tepung jagung dah kosong!

meh kak rose kongsikan resepi yang asal dari blog Ita masam manis ni... mekasih ya Ita, tapi sori sangat2 sebab menderhakan resepi ini!

Nagasari nangka pandan
Resepi Oleh : emak Ita

250 gm tepung beras
140 gm tepung ubi ( 1 cawan ) (x de stok, gantikan dengan tepung jagung)
250 gm gula
1 sudu teh garam
2 cawan air pandan
4 cawan santan cair ( 200 ml santan KARA + air jadikan 4 cawan )
sedikit pewarna hijau epal
nangka ~ di dadu kecil

Mula-mula ambil 5 helai daun pandan dan kisar bersama 2 cawan air untuk dapatkan air pandan. Selepas kisar di tapis.
Nangka di potong dadu kecil
Dalam bekas mangkuk, satukan tepung beras, tepung ubi, garam, gula air pandan dan santan cair. Kacau rata.
Jika tepung masih berketul, masukkan dalam blender dan kisar.
Tuangkan dalam periuk.
Tambahkan pewarna jika warnanya kurang menyerlah

Kemudian masak atas dapur dengan api sederhana. Jangan lupa senantiasa di kacau supaya adunan tidak berketul-ketul. Kacau sampai adunan pekat dan kental.
Biarkan ia sejuk supaya mudah di masukkan dalam acuan.
Sementara itu panaskan kukusan
Tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air pada tutup kukusan tidak menitis atas kuih.

Sediakan acuan kuih, oleskan dengan minyak jagung atau minyak makan.
Sudukan adunan kuih dalam acuan 3/4 penuh
Kemudian letakkan nangka yang telah di potong dadu di tengah-tengah, tekan-tekan sedikit.
Kemudian tambahkan lagi adunan dan ratakan permukaan acuan
Susun dalam kukus
Kukus selama 15 minit sehingga bila kita buka tutup kukusan dia macam berbuih naik, maknanya dah masaklah kuih tersebut
Bila dah masak tunggu hingga ia benar-benar sejuk sebeluam di keluarkan dari acuan.
Sedia di hidangkan 

Thursday, October 30, 2014

Jeruk apple asam boi

 jeruk apple hijau asam boi pulak.... tak menahan tengok tayangan amal di blog CMG yang sangat buat menjejehkan air liur, walaupun apple cuma ade dua biji jer, tak kisahla kan asal dapat merasa jeruk ni.  asam limau kasturi pun ilek, yg ade cuma limau purut so kak rose tak letak la....apa pun masih ohsemmmm sangat jeruk ni walaupun tanpa limau kasturi tu... dulu tak terpikir pulak nak buat jeruk cam ni, asik buat jus apple+asam boi jer!

 mekasih mat CMG bagi idea dan kongsikan resepinya.... mohon kak rose sharekan kat sini pulak ya... tapi kak rose cuma ade dua biji jer apple ni..... huhuhu, so pepandai nak adjust2 resepinya!

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji epal hijau, cuci bersih dan toskan
15 biji asam boi @ asam kecut (jenis putih)
1/4 camca teh garam
1/3 cawan gula pasir
3 biji limau kasturi, belah 2 setiap 1
10 biji cili padi thai, potong kecil
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sediakan botol kaca, cuci bersih dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan. Epal hijau dibelah 2 setiap satu, korek keluar bahagian tengahnya (empulur) kemudian hiris sederhana tebal (che mat hiris menjadi 6 keping untuk 1/2 bahagian epal). Buat kaedah sama untuk 1/2 bahagian epal lagi. Dan juga baki kesemua epal. 
  2. Masukkan semua epal2 hijau yang telah siap dipotong ke dalam bekas besar. Kemudian tambah gula pasir, garam, cili padi, asam boi dan limau kasturi. Gaul rata2 hingga semua mesra. rasa dan jika suka manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula.
  3. Kemudian masukkan ke dalam botol tadi (mungkin anda kena guna 2 biji botol). Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4-5 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih ampuh. Sedap dimakan sejuk...(nanti che mat nak try buat guna buah amra @ kedondong pulak.. )

Wednesday, October 29, 2014

Pulut inti manis

 kengkonon tak nak makan nasi, tapi ngap pulut sampai dua gunung beso ni. bila dah teringin nak makan tu memang tak boleh nak tahan2.... santan fresh x de tak jadi masaalah, kak rose guna santan serbuk berperisa pandan, tu yang membuatkan pulut ni nampak tak berapa nak putih... gasak lah kan yang penting dapat makan, hilangkan mengidam tu! meh kita masak2......layan tekak!

Bahan2nya:
 
2 cawan beras pulut *rendam lebih kurang 3 jam*
pati santan setengah cawan + air = jadikan 3/4(tiga suku) mug (kak rose guna sepaket santan serbuk)
daun pandan disimpul
 
Bahan Inti
 
setengah biji kelapa parut puteh
nise kampung/nise siam/gula melaka
sedikit garam
daun pandan disimpul
sesudu teh tepung beras + sesudu/2 sudu besar air masak
**kak rose tambah 2 sudu makan gula putih.
 
Cara Masak Pulut
 
 Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian dikukus sehingga masak +- 20 minit.
Keluarkan dan masukkan ke dalam besen/periuk, arung dengan santan yang dah
 dicampur garam, kukus lagi selama 15 minit. 
 
Cara masak inti kelapa 

Cairkan manisan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sampai agak
likat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.
Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak *untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak berterabur*
 
 

Tuesday, October 28, 2014

Sagu gula melaka

 pebret sepanjang zaman.... rasanya lama tak buat manisan ni. ari tu buat bubur sagu yang makan dengan nangka tu, seakan cam ni jugak la cumanya guna gula putih jer,,,, tapi rasanya kak rose lebih prefer dengan sagu yang ni....bagi kak rose ler, sagu lebih sedap dimakan dengan campuran santan dan gula merah. terasa kelainannya. semangkuk beso ni tak cukup buat kak rose! sejuk2 hujan pun boleh ngap banyak2. sedap!

semangkuk sagu gula melaka versi malas.... lepas basuh n tapis terus masuk dalam loyang n sejukkan. nak makan, sendukkan dalam bekas dan curah santan n air gula merah, siap! resepi dari rossitamz, mekasih ya dan kak rose kongsikan kat sini lagi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan  
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

Monday, October 27, 2014

Ubi ungkep

resepi jawaku... ubi ungkep yang sedap buat orang kampung macam kak rose ni.... kalau dapat ubi yang lembut gebus lagi la sedap kan....tapi camner nak pilih ubi yang elok pun tak tau, main amik jer, masa beli tu macam elok jer diluar tapi bila direbus tak mau pulak dia jadi gebus gebas gitu! walaupun empok tapi x gebu, tapi tetap jugak abes dimakan... maklumlah sekali sekala buat mmg terasa sangat nak makannya! tekak jawa la katakan! resepi nya kak rose kongsikan kat sini ya...

Bahan-bahan

  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Sunday, October 26, 2014

Jeruk mangga asam boi


ni kes tak menahan tengok sana sini dok tayang jeruk mangga dengan asam boi. bukak fb lagi la banyak tayangan amal.... siap berjualan lagi. kebetulan ada kawan bagi buah mangga semasa kak rose hantar laksa johor kat rumahnya... mulanya nak buat kerabu mangga, tapi jeruk ni yang jadi dulu... ade lagi nanti boleh buat kerabu pulak... tu pun kalau rajin ler! tapi nampak gayanya kena bli lain la kalau nak buat kerabu tu!

dah siap gaul rata dan masukkan dalam botol.  nampak cam banyak jer cili api tu kan... tapi sebenarnya cuma 3 biji jer yang kak rose potong2, yang selebehnya cuma nak bagi kaler2 diantara mangga dan asam boi tu... tu pun dah rasa pedas dah!

 balang kuih raya jadi mangsa. simpan dalam fridge dalam 4 hingga 5 jam gitu.... tapi kak rose ni dah tak sabar nak merasa...

ni hasilnya selepas 2 jam disimpan dalam fridge, sedap sangat. rangup kruk krak. dah boleh menikmatinya sambil ngadap komputer!... tak sedar, cepat je habis satu mangkuk ni...tambah lagi pulak.... dan terus buat another batch of jeruk mangga asam boi. tamak sungguh kan!

memula tu buat 3 biji jer... bila dah makan dan rasa kesedapannya, buat another batch, walaupun nampak macam dah kuning mangga tu, tapi masih keras dan rangup sangat. yang ni boleh la perap lama sket kot.... bagi pure kaw2 punya jeruk. tapi kena sabar menunggu la kan! next batch kena tunggu asam boi yang dibawak khas dari kota kinabalu pulak.

resepinya kak rose amik dari sini.... mekasih ya kongsikan resepi.

Bahan-bahan
1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam (kak rose omit yg ni)
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara
1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

Saturday, October 25, 2014

Asam pedas berempah dengan mangga muda

 Salam Maal Hijrah buat semua.... tahun baru kak rose sajikan dengan asam pedas berempah ikan kerisi campur mangga muda yang kak rose masak semalam. dah lama teringin nak buat bila terpandang kat blog Azlita masam manis tu, tapi ade je tapinya kan...bila ada ikan mangganya pulak tak de, jadi kena tunggu sampai semua bahan ada barulah menjadi gulai asam pedas ni.... gulai ni sangat rich dengan segala neka bahannya, tu yang menjadikannya sangat sedap dan pekat.... tapi termasam la pulak untuk kak rose yang memang tak berapa suka yang masam2. mangga putik yang kak rose guna ni sangat lah masamnya! apa pun meh tengok resepinya, kak rose cnp dari blog Azlita, mekasih ya.

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

Kepala ikan merah ~ boleh juga tambahkan beberapa keping isi ikan (kak rose guna ikan kerisi)
3 biji mangga muda ~ di belah 4 dan buang bijinya
2 kuntum bunga kantan ~ yg ni ita tak letak sebab tak ada (kak rose pun x de)
3 sudu besar rempah kari ikan Babas
3 tangkai daun kesum ~ lagi banyak lagi harum
1 batang serai ~ di ketuk
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pala
2 sudu teh halba campur ~ biji sawi, halba dan jintan putih
100 ml minyak masak
sedikit gula melaka (kak rose guna gula putih)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah
3 inc belacan (gantikan dengan 1 kiub pati ikan bilis)
2 biji tomato

Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
Tumiskan halba campur dan bahan tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar, serai dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masukkan pula serbuk kari ikan dan air asam jawa, masak lagi hingga rempah garing
Tambahkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Bila dah mendidih, masukkan mangga muda, daun kesum dan gula Melaka
Biar merenih sebentar dan mangga layur
Perasakan dengan garam dan gula dan boleh tambahkan maggi cukup rasa jika suka
Akhir sekali masukkan kepala ikan merah
Renihkan hingga ia masak sempurna
Sedia di hidangkan

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Selamat tahun baru Hijrah buat semua....  dan doa untuk sama2 kita baca diakhir dan diawal tahun.
Semuga kita semua mendapat hijrah kehidupan yang lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya...Insya Allah.

Terung goreng with cili n shrimps

Lauk sempoi yang mudah disediakan dan sedap.... buat kak rose la, dan sapa2 yang suka terung pasti suka dengan masakan cam ni... terung ni kalau buat pajeri lagi la kak rose suka - suka makan tapi tak suka nak membuatnya. bila terasa nak makan pajeri terung baik la beli jer sebab dalam rumah ni kak rose sorang jer yang suka pajeri tu. tak berbaloi kalau nak buat kan? tapi yang ni en. asben pun suka jugak, tapi anak cuma makan sambalnya saja. macam2 punya selera kan!

kak rose kongsikan resepi sempoi dari AlongRoz ni kat sini pulak ya.

Bahan2:

2-3 terung panjang (kak rose guna 1 jer tp mmg pannnnjang)
2 biji cili merah*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 tsb udang kering* (*dikisar)
garam

Cara:

1 Gorengkan terung dalam minyak yg sedikit hingga kekuningan.
Angkat dan letak dalam serving plate
2 Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi
curahkan atas terung yang telah digoreng tadi.
3 siap.

***nampak tak sambal yang hitam tu.... nasib baik jer tak hangus terus. konon multi tasking, sambil menggoreng sambil buat kerja lain, pas tu terus lupa kuali atas dapo!

Thursday, October 23, 2014

Daging dendeng

 Asalamualaikum dan selamat pagi kengkawan semua.... pastinya hari ini dah kembali bertugas setelah bercuti deepavali semalam. hari cuti semalam kak rose ade undangan kenduri dirumah jiran kat taman ni dan lepas tu barulah mulakan projek nak buat daging dendeng yang telah lama diidamkan ni...nak buat pun kena tunggu ada assistant untuk nak menumbuk daging tu.... tak larat la nak buat sorang2 kan.... so kiranya kena ada buruh paksaan baru jadi daging dendeng ni.

resepinya kak rose amik dari blog Nor SecubitGaram yang asalnya daging dendeng pandan.... tapi kak rose tak bubuh pandan pun, apa pun tetap sedap walaupun makan dengan nasi saja... mintak izin kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak ya Nor, juga buat Ummi Home Sweet Home, mekasih banyak2... kak rose buat double dari resepi ni, so bahan2 pun kena doublekan.

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

tunggu assistant aka buruh paksaan ni balik baru ade kekuatan nak buat daging dendeng ni.... dan dia la jugak yang suka sangat dengan masakan ni, siap jer masak terus nak makan dan bawak bekal balik ke Melaka hari ni....

Wednesday, October 22, 2014

WW: projek ahad lepas...

 3 packs of spaghetti....posing dalam piok


 ulam2... timun

merasmikan my microban chopping board yg over price!

 dah siap, masa untuk ngap laksa johor ku...

tapau untuk anak2 neighbor yang ditinggalkan untuk menunaikan haji...

Tuesday, October 21, 2014

Bubur sagu mutiara

 bubur sagu mutiara yang kak rose buat petang semalam.... makan sejuk2 memang nyaman sekali.  ternampak bubur ni kat blog dari Indonesia, Hesti' Kitchen berposing dengan cantik sekali.... lagi lah sangat teruja kak rose nak mencubanya.walaupun sudah pasti hasil kerja keras tangan kak rose ni tak jadi secantik tuan punya resepi... gigih mencari buah nangka untuk hiasan bubur ni... sangat mahal nangka sekarang, rm15.90/kg kat Aeon Big, kalau kat kampung tu sampai terbiar masak kat pokok... sudahnya jadi rezeki cik monyet jer!



 resepinya sangat mudah....tapi tak de sukatan yag exact, jadi kak rose pun main agak2 jer.... ikut sedap tekak sendiri...

sagu biji, rebus hingga transparent dan tapiskan dibawah air menaglir
masakkan santan campur gula dan sedikit garam+daun pandan untuk bau harum
masukkan sagu tadi, kacau selalu hingga mendidih
masukkan dalam bekas kecik2
hiaskan dengan potongan nangka diatasnya dan simpan dalam fridge
nikmatinya sejuk2..... nyaman sekali deh!

bubur ni sangat sesuai untuk berbuka puasa, so nanti2 boleh lah simpan resepi untuk next bulan puasa, Insya Allah. dan semasa menikmatinya semalam kak rose potongkan nangka banyak2 lagi lah menambahkan kesedapannya...... tapi rasanya kak rose lebih suka pada rasa sagu with santan n gula melaka tu....

Monday, October 20, 2014

Apam kentang

Apam kentang yang tinggal gambar jer....semuanya dah masuk di indah water punya simpanan. kak rose buat apam ni untuk pot luck hari jumaat lepas masa gathering bacaan Surah Al-Khafi setiap jumaat. dan kuih ni kak rose guna sepenuhnya paste pandan yang kak rose buat sendiri tu.... mmg harum sangat bau pandannya yang asli...tapi warna hijaunya memang kurang menyerlah, maybe lain kali kena add jugak sedikit artificial color.... baru lah ku lihat hijau!!!!!! camner nak buat homemade paste pandan tu boleh tengok kat entry yang sebelum ni ya.

resepi apam kentang  dari Nor SecubitGaram dan kak rose kongsikan kat sini pulak ya... sedap kuih ni, lemak2 gitu sebab ade santan pekat dalam adunan tu...

APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)


Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut. 

Sunday, October 19, 2014

Cara mendapatkan pati pandan juice

Asalamaulaikum dan salam hari minggu dan selamat berrehat2 kepada yang bercuti... buat tukang dapo macam kak rose ni memang tak de la cutinya... tapi selalunya ada malas juga mau masuk itu dapo! asik melayan blog sana sini dan terjumpa lah camner nak buat concreated pandan juice ni, since daun pandan pun banyak, mula lah nak mencuba untuk lihat apa hasilnya...

rupanya mudah jer nak buatnya.... just blend daun pandan bersama sedikit air dan simpan dalam fridge, dan untuk mendapatkan jus yang benar concentrated biarkan dia dalam fridge selama 4 hari... clorofil akan mendak kebawah..... dan ini hasilnya selepas kak rose simpan dalam fridge selama 2 hari.... nampak kan mendapan dibawah gelas tu....itulah dia pati pandan jus tu.. kalau biarkan sampai 4 hari, baki air mendapan itu akan bertambah jernih.

 dan inilah pati pandan homemade, sangat hijau untuk adunan apam kentang kak rose.... yang penting bau pandan yang sangat harum untuk kuih ni..bau pandan yang asli, tidak sama seperti essence pandan yang baunya sangat menyucuk!

apam kemtang hijau dengan menggunakan home made jus pati pandan...sangat harum bau pandannya. so kalau kawan2 nak menggunakan jus ni kena lah buat in advence, at least 2 hari sebelum nak gunakan.... tapi the best result is after simpan selama 4 hari sehingga air yang tinggal benar2 jernih bila semua clorofil dah jadi mendapan, pati pandan.

Friday, October 17, 2014

Infused water

 Infused water..... bila ramai yang kongsikan kat fb, sangat teruja kak rose nak mencubanya. tapi bila tak de stok buah maka ianya pun tak menjadilah. so pagi semalam gigihlah g ke Aeon cari stok buah. sayang stok strawberry yang ada dah lembek benyek, so tak beli.... kalau ade strawberry yang fresh pasti lagi nampak cantik kan infused water ni. botol pulak guna bekas jem. recycle, jimat kan.

the combination yang suka suki kak rose nak letak..... lime+lemon+orange, watermelon+mint, oange+green apple+mint, exotic grape+orange. sejuk kan dan after 2 hours boleh lah menikmatinya.... bukan setakat sejuk nyaman ditekak tapi sangat refreshing jugak....

the all masam2 fruits yang boleh dijadikan kombinasi untuk infused water ni... seeloknya buah yang masam2 gitu...nenas pun boleh jugak. buah yang manis2 tu such a no no ya.



Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.

1. Strawberi dan kiwi
Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.
2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis
Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan.



3. Timun + limau nipis + lemon
Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.
4. Lemon+limau nipis
Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

 

Thursday, October 16, 2014

Seri muka batik

 Seri muka batik merah, kes nak mengabiskan pulut merah baki buat kuih lompat tikam semalam.... sayang pulak kalau terbuang, so dengan rajin buat seri muka pulak, just kena kukuskan pulut yang putih jer ...actually resepi ni guna pulut hitam, tapi kita yang buat dia kan, pepandaila nak menderhakan resepi. maaf la tuan punya resepi asal ya...

 tengahri kak rose dah siapkan kuih ni sbb petangnya ade kuliah kat mesjid, takut jadi macam semalam.... kuih tak sempat nak sejuk sepenuhnya bila nak potong. pengajaran dari semalam punya kes, ari ni dapatlah potongan kuih yang elok sikit... he he puji diri sendiri sbb puas ati dengan kejadian kuih ni.

 kak rose kongsikan kat sini resepi kuih seri muka batik dari Yatie@Sinar Kehidupanku, mekasih ya.

Bahan2 Lapisan Bawah:-


  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam (kak rose gantikan dengan pulut merah)
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

Wednesday, October 15, 2014

Kuih lompat tikam

 pertama kali buat kuih lompat tikam dan pertama kali jugak makan kuih ni....sapa yang lompat dan sapa yang kena tikam pun tak tahulah..unik nama kuih ni kan, dari mana dapat nama pun tak tahu! selalu tengok jer, tapi bila terpandang kecantikkan tayangan amal oleh Maz Ilham Dapur tu teringin pulak nak mencuba sementelah semua bahan pun ada di dapur... balik dari kuliah petang semalam terus bersilat kat dapo, sebelum g kuliah tu dah rendam pulut merah ni, jadi balik tinggal nak kukus jer.

 nampak renyah nak buat kuih ni sbb sampai empat item nak kena sediakan, tapi camner pun siap jugak akhirnya.... tapi sayang sampai waktu nak minum petang tu, lapisan hijau tu tak sempat sejuk sepenuhnya, so bila potong jadi comot kemomot sudahnya! agaknya yang ni kena siapkan awal2 kot.... harap lain kali kalau nak buat lagi kena siapkan awal2 baru lah sempat nak sejukkan sepenuhnya.  resepi dari Maz, mekasih ya....



Kuih Lopat Tikam
Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan air
  • pandan paste/pewarna hijau
  • secubit garam
Cara

1. Satukan semua bahan dalam periuk (guna periuk non-stick) dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu dengan senduk kayu hingga adunan masak (dalam 30-35 minit).
 
2. Tuang dalam loyang dan sejukkan sepenuhnya.

Pulut Merah
  • 1 cawan beras pulut - rendam pulut+sedikit pewarna merah 10 minit dan toskan
  • 1/3 cawan santan cair+secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara

1. Didihkan air dalam pengukus, ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan. Kukus pulut selama 8-10 minit dan kacau balik biar sekata.

2. Kemudian angkat pulut dan gaulkan dengan santan. Kukus balik sekejap lagi (5-6 minit). Bila dah masak masukkan dalam bekas yg ada penutup agar pulut kekal lembut.

Air Gula Merah

  • 250g nisan/gula melaka
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.








Santan

  • 2 cawan santan
  • 2-3 sudu besar tepung beras
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan
Cara

1. Satukan semua bahan dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga pekat. Perasakan dengan garam agar rasa masin sedikit menyerlah. Kalau tak pekat boleh tambahkan sikit lagi tepung beras (bancuh dulu dengan sedikit air, baru masukkan dalam santan) atau kalau pekat sangat tambahkan air panas sikit dan kacau sebati.

2. Bila nak hidang, letak lapisan hijau dalam pingan, tuang santan kemudian tuang air gula melaka dan baru letak pulut.

Tuesday, October 14, 2014

Mee udang

 Mee udang untuk lunch dan dinner semalam. kiranya sehari suntuk meghadap mee udang ni la... lama dan teringin nak buat, bebola ikan yang dibeli pun dah habis dan beli lagi barulah sampai seru nak buat lagi. resepilah ni kak rose guna setiap kali nak buat mee udang ni. simple dan sedap dengan bahan yang minimal....

 spagehetti yang baru ditos dari rebusan berposing atas periuk.... stok spaghetti ni sentiasa ade, sbb kalau nak guna mee kuning kena cari yang fresh susahlah... bukan selalu g buat marketingkan...so stok spaghetti ni akan menyelamatkan keadaan bila diperlukan....

kuah mee udang yang lemak kaw2 dan cukup bahannya barulah sedap. kak rose ade terbaca kat satu blog tu dia sengaja simpan kulit udang yang baru disiang untuk tujuan buat kuah ni.... so kak rose pun ikutla.... rebus dan jadikan stok udang dan memang berbaloi bila kuah ni sangat teraasa dengan udangnya!
 resepinya dari ros jintanmanis, mekasih banyak2 ya. pada sapa yang nak mencuba kak rose kongsikan kat sini sekali lagi ya....

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna sepeket 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( gantikan dengan sawi)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.