Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 28, 2014

Tuesday, May 27, 2014

Another stinky n3

 As salam dan selamat pagi kawan2 semua.... asik2 post pasal rambling.... tak tau kat mana nak luah, maka rumah maya ni jadi tempat melepaskan grrrrrr kak rose ni. dulu dah pernak luah kat sini, tapi lepas tu ade lah kurang sket menda ni jadi lagi. tapi this lately makin menjadi2 pulak.... dah beberap hari ni asik keja membersihkan bahan buangan si dia ni... sejak kak rose isi tanah dalam pasu untuk tanam pokok cili ni, ade je dia punya kat dalam tu. memula tu biar jer tanah tu, bila dah jadi dia punya tempat buangan, kak rose pun bubuh rumput2 kering dengan harapan untuk jadi penghalang... rupanya dia lagi pandai, dikorek2 sampai pokok cili pun dah tertimbus dek dia punya uut uut tu!

 pokok cili yang dah tertimbus denagn dia punya bahan buangan tu... dah sembur dengan clorox kat pasu2 ni, semuga dia x buat jamban lagi pada pasu ni.... jangan pokok cili pulak yang mati udah ler!

 semalam kak rose dah bersihkan pasu anak cili buangkan rumput2 kering tu n tutup dengan papan, selamat la dia pagi ni, tapi pasu disebelah yang ade benih kunyit pulak jadi mangsa.... tertimbus terus pokok kunyit yg baru nak bercambah....adoyaiiiiii!!!! punya harapan nak hidup kah pokok kunyit tu nanti????

dan pagi ni ade tambahan pulak.... rumput dilaman yang memang kak rose bela bagi cantik2 juga dah jadi jamban dia.... selungguk dia kat situ dengan bau yang sangat harum menusuk hidung memanggil2 lalat hinggap... banyak kerja pembersihan kena buat lak pagi ni sambil mulut pot pet.... nak marahkan kucing, apa lah yang dia tau, tapi wahai tuan punya kucing, sediakanlah tempat pembuangan untuk kucing anda.... jangan jadikan laman rumah dan pasu tanaman kak rose jadi jamban depa! kalau ade yang terbaca n3 ni sila lah terasa sbb kak rose dah terjumpa loceng kucing yang anda tanyakan tu dalam pasu pokok cili yang jadi jamban kucing anda tu!

ari tu, dia buang ikan2 mentah kat depan pintu belakang rumah kak rose, dan semalam tulang2 ikan pulak.... sisa buangan selepas siang ikan pun dia buang dalam pasu kat belakang rumah kak rose... wonder why dia tak buang dibelakang rumah dia sendiri kan? as if kita ni x dak sense of smelling kah?.... x lalu nak bukak pintu, lalat berebut nak masuk rumah! camner nak tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak

Monday, May 26, 2014

TM oiiiiiiiiiii!!!!!!!

 tu diah!.... report on the 16/5, expected restoration on the 15/5. hebat kan TM nih!

 kisah tepon mak kat kampung. bila kita terpaksa guna perkhidmatan yang ada... service kita kena bayar full and on time, lambat bayar, akan terima notice pemotongan.... tp untuk nak melaporkan kerosakan pun kita cuma kena bercakap dengan machine sehingga beberapa minit barulah akan disambung pada operator... tu pun kalau larat menunggu sehingga another beberapa minit lagi.... "semua pegawai perkhidmatan pelanggan kami sedang sibuk, sila tunggu"...cam tu la lebih kurangnya dan berulang2.dan masa menunggu ni la sampai berjanggut baru boleh dapat bercakap dengan cso tu.... bertambah2 lah ubat darah tinggi kena makan nih!

 comfirmed, has been resolved.... PENIPU jer!

22/5 sekali lagi terima mesej ni....bila dah elok terus lah called, x de jawapan. tepon guna handphone pulak tanya mak pasal kerosakan tu....mmg masih x elok pun, katanya. sekali lagi called TM, n ulang routine yang sama bercakap dengan mesin.... bila dapat cakap dengan cso tu mmg dia terpaksa dengar kak rose punya rambling yang kaw kaw punya....biar dia tahu yg kita bukan guna service nya dengan percuma jer.... sewa bulan kena bayar penoh jugak walau x dak service. HAMPEH!

dan pagi ni terima mesej ni lagi.... dah 12 hari since 1st kak rose buat repot kerosakan dan 4 kali panggilan yang bercakap dengan mesin tu mulanya dan akhirnya dapat jugak bercakap dengan cso, mmg kena kaw2 punya dengan kak rose. hilang sabar rasanya. dah la emak kat kampung kurang sihat, tepon pulak rosak...nasib baik ada henpon cap ayam yang boleh guna dapat jugak bercakap dengan mak.... kesian mak, tunggu kami balik hujung minggu ni ya.....

Saturday, May 24, 2014

Bekpes pagi tadi....


heavy bekpes dihujung minggu.... nasi dari lunch semalam yang banyak berbaki, daripada terbiar membazir baik juga buat nasi goreng untuk bekpes pagi tadi... menu lain sket dari biasa yang cuma toast n jam saja kan... tp bila ade nasi, siap menambah2 lagi pulak tu.... nasi goreng daging resepi dari AlongRoz yang dah banyak kali kak rose buat n tepek kat sini resepinya... so sapa2 nak mencuba silakan ya, memang sedap hingga licin pinggan.... kak rose ler tu!!!!

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Friday, May 23, 2014

Mangga n libido?

 As salam dan selamat petang. rezeki hari Jumaat penghulu segala hari.... apa punya tajuk kat atas tu kan.... mil datang dengan buah tangan yang sangat sedap ni... yang hijau ni fresh from her pokok depan rumah, memang besar2 buahnya. ade ketika sebiji hingga mencapai hampir satu kilo beratnya... walaupun berbuah lebat, tapi sebab pokok didepan rumah dan dahan banyak yang terjuntai keluar pagar, maka buah pun as if menjadi milik orang yang lalu lalang kat situ... kadang tak sempat membesar dah kena sapu....redho je la kan...

dan yang ni pun dia bawak jugak, tp beli punya la. makan bagai tak hengat dengan kandungan gula yang tinggi, tp lupakan dulu soal tu... yang penting dapat menikmatinya dengan nyaman sekali! pernah dengar tak pasal kandungan vitamin E dalam buah mangga boleh meningkatkan libido....betul ker ni? tak percaya boleh tengok sini.... ayo yo....dah tua2 ni jadi takut pulak nak makan buah mangga banyak2....he he he....

Thursday, May 22, 2014

Swirl pasta goreng

 semalam punya menu. swirl pasta goreng ringkas dengan bahan apa yang ade jer.... kalau dah emergency, belasah jer la dengan bahan apa yang ade dalam fridge... kita yang buat dia, asalkan boleh dingap kira ok la tu kan.. tapi sempat jugak nak godek2 resepi....sbb x pernah buat goreng cam ni, kak rose lebih suka kalau ada kuah2 ala ala soup gitu... boleh hirup2 kuah tu kan...tp x pe la, goreng ni pun ok gak.

resepi sempoi ikut Anis' Diary punya makaroni goreng, meh kak rose kongsikan kat sini lak... ikut resepi ni, bila dah rebus punyalah banyak swirl pasta tu....so kak rose goreng separuh jer, dan separuh lagi ade bertapa dalam firdge!

Bahan-bahannya:

500 gram makaroni direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit kicap masin
sedikit garam
secubit gula
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan - kak rose gantikan frankfurters
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

Wednesday, May 21, 2014

WW: boleh pilih tak?

untuk pembeli, boleh pilih harga yg ade kat tin tu tak?

Tuesday, May 20, 2014

Udang goreng tepung kfc

 As salam dan selamat tengah hari..... dah siap masak untuk lunch? meh kak rose nak kongsikan resepi udang goreng sempoi ni... mudah dan cepat je nak menyediakannya....sedap lak tu. resepi kak rose kopy dari Myr oleh storylicious. tapi kak rose tak de la nak buat sampai 1kg udang, cukup untuk kami makan 3 beranak jer... sedap meratah gitu jer cicah dengan cili sos.... dah puas makan pas tu menggaru sakan sbb allergic...(dah tua2 ni jadi allergic lak.... adoyaiiii). so kena peringatkan diri sendiri jangan lupa makan ubat gatal kalau nak meratah udang ni!

Bahan-bahan

  • 1kg Udang (kalau nak ganti dengan cendawan/sotong pung boleh)
  • 1 biji putih telur
  • Minyak Masak
  • Tepung goreng serbaguna (kak rose guna tepung kfc)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan pukul telur putih sehingga berbuih
  2. Celupkan udang kedalam putih telur selama 3-5 minit
  3. Udang yang telah dicelup putih telur, salut dengan tepung goreng serbaguna.
  4. Goreng udang yang telah disalut tepung sehingga keperangan
  5. Sedia dihidangkan

Sunday, May 18, 2014

Ikan jeket sumbat sambal kelapa

 Asalamualaikum dan salam hari minggu buat semua.... hari gantung piok belanga sbb nak g kenduri tengahari nanti, kalau tak g kenduri pun mmg jarang sangat nak memasak kalau cuma untuk kami berdua...lebih baik makan kat luar atau tapau jer kan.... sah dan pasti gaya orang malas ni! hari ni kak rose nak tepekkan ikan jeket bersambal kelapa yang kak rose buat beberapa hari lepas....so tinggal gambar jer la ya. meh kak rose kongsikan resepinya yang dicnp dari nshafea blogspot.com. mekasih kongsi dan mintak izin nak tepek kat sini....

Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Bagan-bahan
3/4 ekor ikan cencaru / ikan jeket -dibelah belakang, dicuci bersih.
Gaul sama garam & kunyit, ketepikan dahulu)
Bahan sumbat
1/2 biji kelapa parut
1 cawan cili kisar - nak pedas lebih kan cili
4 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan
Bahan yg betanda * blend kering - sy tumbuk je
Dalam satu bekas masukan bahan yg di tumbuk tadi campurkan dgn kelapa parut, cili kisar, garam, gula gaul hingga sebati
Kemudian sumbat sambal kelapa pada badan ikan yg di belah dan sumbat juga kat bahagian yg sebelah kepala/perut padat2
Panaskan minyak dlm kuali.. goreng ikan.. hati2 masa tebalikkan ikan jangan sampai sambalnye tekeluar...

* Kalau ada lebihan sambal kelapa bolehlah di goreng dgn minyak yg sedikat...grg garing2 tau sdp cicah sama ikan....

Saturday, May 17, 2014

Lepat ubi my pebret!

 salam hari sabtu dan selamat berhujung minggu buat semua... pagi dengan hujan yang sangat lebat membuatkan kepala asik pikir nak makan something jer kan... kak rose la tu yg asik asik nak makan je! since semalam ternampak tayangan amal kat fb pasal lepat ubi ni, apa lagi cepat jer la nak memperojek kan kuih ni... ubi baki dari buat kukus traffic light tu ade lagi dalam fridge, cumanya kena gigihkan diri meredah hujan amik daun pisang depan rumah jiran.... basah pun tak kisah asalkan ubi ni bertukar jadi lepat sudahnya!  sebelum tu tanya cik google resepinya.... dan keblog Yatie kak rose terjah.... dunia masak2 zaman sekarang, tanya jer cik google, pasti ade jawapannya...

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya, mekasih pada Yatie yang share resepi ni....tp kak rose cuma buat separuh dari adunan ni, maklumlah dua molot jer yang nak nyuapnya... tu pun dapat banyak jugak sudahnya.... jadi pandai2 lah nak ejas according to banyak mana ubi nak guna ya...

Bahan-Bahan

  • 4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih
Cara-Cara
  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan.
**Yatie guna ubi yg di kisar bersama air dan toskan airnya. Kalau ubi tu diparut, tak payahlah guna air tu ya. Selamat Mencuba...

Friday, May 16, 2014

Dumping area?

Salam Jumaat penghulu segala hari kepada semua... dan semuga ceria disamping tugas seharian. balik dari majlis bacaan surah Al-Khafi pagi terus nak buat entry rambling ni!

pagi hari ni kak rose dihidangkan dengan tongkol2 ikan yang dibuang didepan pintu belakang rumah... sebenarnya pagi2 mmg jarang kak rose bukak pintu belakang ni, tp bile en asben panggil soh tengok, tepelanjat sungguh dengan ketulan2 ikan kat situ dengan lalat langau yang hitam menghurung. mulanya pikir positive jer, mungkin dia nak bagi kucing makan, tp kucing pun tengok jer ikan ni.... dan ini bukan kali pertama benda cam ni jadi, tapi dah banyak kali dah.... dan setiap kali itulah kita diam saja dan bersihkan....kali ni a bit too much pulak dah, kalau ikan dah masak x la berbau busuk sangat, tapi yang ni????? aduyai!!!!! kadang2 tu, lepas siang ikan pun dia longgok kat pasu pokok kat belakang tu, untuk baja katanya....tp kak rose yang siksa dengan baunya sbb pokok dia pun dibelakang rumah kita... kenapa x baja jer pokok yg banyak dibelakang rumahnya kan?

camner nak bagi tau jiran yang macam ni kan? even sisa2 makanan pun dia campak buang dalam longkang belakang rumah kita dengan alasan air dari mesin basuh akan wash off buangan tu.... kalau sungguh cam tu kenapa tak buang dibelakang rumah sendiri kan? camner nak bagi dia paham dan x menyinggung hati jiran? susahnya kan!!!!


sekian, rambling untuk pagi ni, berlapang dada jer la agar nanti bp tak mencanak tingginya....

Thursday, May 15, 2014

Ubikayu kukus traffic light

 oleh kerana terpandang tayangan amal di fb, terasa sangat nak makan ubi kukus ni. kebetulan ade baki ubi yang kak rose bawak balik dari kampung selepas buat goreng n cicah sambal kicap jawa tu...tp akan tetap kak rose kenang kejadian ubi kukus ni... setelah masak kuih ni, en asben tepon dia nak balik sbb x sihat.... hati pun dah jadi x senang dibuatnya... masa tu kak rose dah ready sbb ade kuliah petang kat mesjid, tetiba dia ajak g sepital sbb doc soh buat blood test suspect denggi katanya. menggigil lutut rasa!


so kemaskan semua dan ikut g sepital, without an appoinment terus jer ke SDMC bahagian kecemasan... tunggu x lama terus amik darah dan akan dapat akan dapat result within two hours...so tunggu je la kat sepital tu....dan Alhamdullilah sangat2 keputusan blood test tu semua negative. apa2 pun kalau ade lagi simtom, doc soh g cepat2 ke sepital balik. harap2 x de lah semuanya..... so bolehlah balik rumah dan sambung projek dengan ubi kukus ni.... potong2 n gaul dengan kelapa, dapatlah santap dengan bahagianya, seperti kata Noor tu.

 meh kak rose kongsikan resepinya dari dapur Bicara Kak Noor, mekasih ya kongsikan resepi kuih orang lama2 yang diberi nafas baru.... wana wani tepek light kejadian ubikayu kukus ni. selalu tu kalau ade ubi ni cuma tau nak goreng or rebus berempah jer....kini dah ade koleksi resepi untuk ubi ni.

  • 1 1/2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan diperah air nya
  • 1 peket santan serbuk
  • 1/2 cawan gula putih atau 3/4 cawan gula merah
  • 3 sudu tepung ubi
  • 1 sudu margerin
  • secubit garam
  • kelapa parut secukupnya
  • pewarna merah,kuning dan hijau

Cara membuatnya
  • Masukan semua bahan dalam bekas besar kecuali kelapa parut, gaul semua biar rata dan sebati boleh jugak diblend kalau mau lebih halus tekstur nya
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan hijau merah dan kuning
  • Lengserkan tray dengan sedikit marjerin dan masukan lah satu2 dalam satu tray yang sama.
  • Yang ni akak masukan dalam acuan apam sukahati sendiri lah ya..
  • Boleh lah dikukus selama 30 minit atau sehingga masak dan pastikan kukusan tu telah dipanaskan dulu.
  • Bila sudah masak potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang sudah dicampur sedikit garam dn boleh lah disantap dengan bahagia nya sekali heheee..

Wednesday, May 14, 2014

Kari ikan masin dengan terung

 rasa lama sangat tak makan gulai kari ikan masin cenggini.... selalu goreng jer, kali ni buat pulak kari dengan terung bulat fresh dari kebun mak kat kampung... tangan mak memang sangat menjadi kalau menanam apa pun... keliling rumah penuh dengan pokok cili api, tepi jalan pun... dan menjadi rezeki orang yang lalu depan rumah mak. walaupun ciliapi sangat menjadi tp mak memang x makan pedas, not even slight pedas pun! terung pun sangat lebat berbuah, juga rezeki orang lalu, kebetulan ade lagi so kak rose pun amik bawak balik dan jadilah gulai dengan isi ikan kurau yang mahal ni...rm45/kg, tiga tahun dulu boleh dapat almost 2kg dengan rega ni! tp nak makan kena bli jugak la kan..

resepi gulai kari ni kak rose kopy dari hazila My Small Kitchen, mekasih ya....kak rose nak kongsikan kat sini lak...

Bahan Bahan
Ikan Kurau kering ( bahagian tulang ) - (anggaran 300 - 400 gms) - rendam seketika dan toskan
(kak rose guna isi ikan)
3 sudu makan serbuk kari ( saya gunakan serbuk kari daging)
1 biji terung panjang - potong menyerong
1 sudu makan cili kering kisar
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Bahan Tumis
1/2 labu bawang besar - mayang *
1/2 biji tomato - hiris nipis *
1 biji cili hijau - hiris menyerong*
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tangkai daun kari
 
Cara cara
  1. Tumbuk halus bawang merah,halia dan bawang putih. Campurkan bahan tumbuk, cili kisar dan serbuk kari dengan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu, masukkan bahan rempah yang telah digaul sebati dan daun kari, tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan kering dan biarkan seketika. Kemudian masukkan jus asam jawa dan juga terung.
  4. Perasakan dengan garam ( jika perlu ), biarkan hingga masak dan bolehlah diangkat.
ni la ikan masin yang mahal tu.... huhuhu....

 

Monday, May 12, 2014

Bening betik yang menyihatkan....

 Salam dan selamat tenghari buat kawan2 semua.... ade yang sambung cuti hingga esok ker? kalau bercuti meh kita masuk dapo, masak untuk keluarga tersayang.... tapi kak rose nak masak yang mudah2 jer dan cepat dapat menikmatinya. betik mengkal ni amik dari kampung, maklumlah semalam baru balik so ari ni kita jadikan dia sayur yang menyihatkan ni... ikut bak kata tukang punya resepi la, tp kalau mengadap bagai tak hengat tu masih lagi dikatakan menyihatkan ker? sendiri mau ingat la kan...

resepi sempoi dari CMG, kak rose kongsikan kat sini ya...tapi maafla, tad dak pulak daun kunyit tu.... so togel jer la sayur bening kak rose ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Betik dikupas kulitnya, buang biji dan belah pada beberapa bahagian. Kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis (toskan), kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan betik, daun kunyit dan lada hitam. Masak hingga betik lembut. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja..

Friday, May 9, 2014

Serimuka batik


 Salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... nampak kuih serimuka batik ni kat blog Yatie dan rasa nak sangat mencuba tp kemalasan nak merebus pulut hitam tu sangatlah menebalnya....jadi bila semalam ade sedikit vitamin r sekembalinya dari siri jumpa doktor tu teruslah rendam pulut hitam dam masak guna pressure cooker hingga lembut...asingkan sedikit dan selebihnya jadilah bubur pulut hitam buat manisan petang semalam....


 sebenarnya x rajin nak buat kalau x de yang nak makan kan... so yang ni buat untuk buah tangan majlis bacaan surah Al-Khafi pagi tadi.... tinggalkan 4 potong untuk minum petang kami berdua nanti....resepinya kak rose cnp dari blog Yatie@Sinar Kehidupanku, tapi biasalah kejadiannya tidaklah secantik tuan punya resepi....asalkan rasa ttp umphhhh gitu! mekasih pada yang sudi kongsi resepi ni ya.

 

Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.

Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

Thursday, May 8, 2014

Jumpa 3 doc at one go!

 hari ni macam sessi hari berjumpa doktor lak..... sekali jalan terus pergi 3 klinik yang berlainan, nasib baik la semua berdekatan, within walking distance gitu.... memula tu g klinik Ranjit skin specialist for my allergic gatal2 tu, meh salahkan udang goreng celup tepung yang sangat sedap tuh! mmg ramai sangat2 kat klinik tu....kalau tak buat appoinment mmg jenuh menunggu la jawapnya...

dah dapat ubat, jalan kaki g pulak dentist.... actually appointment pada dec 2013 sampai hari ni baru dapat jumpa.... malas pun ia jugak, selagi x sakit gigi mmg susah la nak jumpa dentist kan... tp kak rose punya ni cuma untuk half yearly punya check-up, buat scalling  yang sangat ngilu tu... kena buat jugaklah tadi tu. krekkkkkk ngilunya! nasib baik x de yang berlubang bagai! dan masa nak keluar dari bilik dentist tu sama lah jugak pesannya.. "dont forget for next check-up" angguk jer, tp sllunya memang lambat le nak jumpa balik!

 dah abes jumpa dentist tu, g pulak klinik keluarga Lee ni... bertahun2 kak rose g klinik dia nih, even masa kat langkawi, setiap kali balik kl mesti g jumpa dia ni...very good doctor, kalau dia nak g bercuti lama, she will make sure that supply ubat2 kita cukup sampai nanti dia balik semula...

 dan hari ni jumpa dia untuk dapatkan bekalan ubat bp.... walaupun reading ari ni 114/71, tp bila dah makan ubat ni kena jugak teruskan....  ni la ubatnya sama je dari dulu, gambar lama yang kak rose pernah tepek .... amik 1/2 biji jer per day. jemu dah rasanya amik ubat tiap2 hari ni...

so, sepagi masa habis dengan berjumpa doktor.... pas tu g meronda cuci mata dan cuci poket yang dah kosong....  release tension kekdahnya!

Wednesday, May 7, 2014

WW: confused!

the proverb only made it even more confused....kesian dia!

Tuesday, May 6, 2014

Baby bread pudding

 sessi nak menghabeskan roti yang nak tamat riwayat.... x baik membazir, so buat lah puding mudah2 ni... senang disediakan dan cepat jugak dapat nak ngapnya... dengan bahan simple yang ade kat dapo, jadilah untuk menu minum petang semalam... ikut resepi ni ngam2 untuk loyang sm munger2 ni, jadi kalo nak buat untuk keluarga yang ramai pandai2 la ejas ya....


Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)

 half way through in the oven.... kembung cantik tapi atas x garing lagi.....
 Cara-cara
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Friday, May 2, 2014

Salam Jumaat.....

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.... kak rose nak tepek sunah2 yang  baik dilakukan dan juga adab2 hari Jumaat untuk kita kongsikan bersama... terutama peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka saja.... juga aktiviti kak rose setiap pagi jumaat bersama jemaah muslimah kawsan perumahan kat sini iaitu bacaan surah Al-Khafi yang diantara perkara yang baik dilakukan pada hari Jumaat. dengan adanya majlis macam ni sebenarnya merapatkan lagi silatulrahim antara penduduk kat sini....

 sebelum bacaan bermula.... pot pet sambil berkenal2.... maklumlah ade juga yang tak pernah jumpa sebelum ni... Alhamdullilah, dengan adenya majlis ni dapat juga berkenalan...

 memasing dengan cerita ceriti yang tersendiri.... ade saja yang nak dibualkan...

 ketua muslimat sedang beri penerangan sebelum bacaan bermula, supaya nanti bacaan kita akan lebih sempurna dari yang sudah2.... terima kasih Puan Hajah Mariam Yusoff, guide kami to the right path dan siap dengan tafsiran sekali....

dan untuk bekpes selepas bacaan ari ni kak rose buat apam gula merah yang kembang mekar setaman ni... bila dah ade bermacam2 kuih terhidang, x tau mana satu nak makan... sudahnya jadi tamak, semua nak makan. ternak lemak banyak2 dan pas tu rasa bersalah sbb makan banyak. tapi terima kasih pada kawan2 semua yang bawak bermacam2 kuih yang sedap2 tuh!