Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 31, 2014

Pengat labu bersagu

lamanya terbiar bersawang rumah kak rose ni.... maklumlah air asik x de jer, nak menggodek dapo pun sangat malas la jadinya....ni kak rose tepekkan pengat labu yang tinggal gambar jer....

beli sebiji labu, dapat 2 menu kak rose boleh buat...pengat n apam labu yang gebus gebas.....resepi apam ade kat sini....


apam labu yang lemak manis dengan warna asal labu....x guna additional kaler pun warna tetap menyerlah cantik!




Thursday, March 27, 2014

Caught red handed!

 memang nasib ko tak baik la malam ni wahai siput..... dah beberapa hari cuba cari tapi tak jumpa.... rupanya menjelang malam jer dia dah bergasak kat pokok yang kak rose tanam dilaman yang sekangkang kera tu.... dah la tangan ni tak berapa menjadi kalau pasal tanam menanam ni, ade pulak yang tukang nak menghabiskan pokok2 tu.... ari tu balik kampung siap mintak dengan mak anak2 pokok cili dari semaian.... bila dah alih tanam kat sini, esoknya 2 pokok tinggal batang jer.... cari kelebet2 celah2 pokok yang lain memang tak jumpa. agaknya bila dah kenyang, laju jer dia merayap keluar dari rumah kak rose ni....tp memang nasib ko malang sungguh malam ni!

 bersungguh2 dia nak mencapai daun bahagian atas.... dah habis dia makan anak2 pokok cili yang baru kak rose alihkan, dia menggasak pokok besar pulak! sekejapan jer dah habis daun2 yang kat bawah tu...panjang badan dia keluar nak capai daun.

malang nasib ko wahai siput....makan lah garam yang kak rose taburkan tadi. harap2 esok x de lah yang nak datang lagi!

Wednesday, March 26, 2014

WW: Autumn di shah alam.....




x yah nak g jauh2 dah!!!!! jalan ke padang permainan, captured masa balik dari briskwalk dipagi2 hari.....

Tuesday, March 25, 2014

Menu pisang lagi!!!!!

 sayangkan pisang yang dah masak too ripe, daripada membazir mari kita kodek2 jadikan kek.... dapat jugak la makan sambil gebang2 dengan jiran sebelah... ya separuh dari kek ni goes to my neighbours.... dapatlah merasa sorang sikit kan...

 resepi kek isang sempoi ni kak rose amik dari mesra.net tapi saja buat marble pulak....

Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang,masukkan tepunggandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam.....
(kak rose bagi 2 adunan tu n masukkan cokelat emulco+sesudu besar cerbuk cekelat)

juadah minum petang semalam sambil gebang2 ngan jiran semasa tadah air kat depan rumah!

Monday, March 24, 2014

Pengat pisang bersagu

 pengat pisang yang tinggal sejarah tapi nak jugak tepek kat sini. bila balik kampung, setandan pisang emak soh bawak balik sini...mmg x termakan kalau kat kampung tu, selalunya emak mintak orang yang lalu lalang depan rumah tolong potongkan n bagi kat derang... macam tu jugak dengan cili api yang banyak mak tanam keliling rumah. walaupun mak x makan pedas, tp tanaman mak memang sangat menjadi.... rezeki jiran2 mak dikampung. dan pisang yang kak rose bawak balik ni pulak menjadi rezeki jiran2 kat sini lak.... yang selebihnya kak rose buat pengat ni, dan ade sesikat lagi.... nak wat apa ek?....

resepi pengat pisang mudah kak rose cnp dari blog MaDiHaA, mekasih ya..

Pengat Pisang Bersagu

Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam

Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian. 
3. Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk & masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak & terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk.

Sunday, March 23, 2014

Gulai ikan masin + nenas

 gulai untuk lunch hari jumaat lepas.... nenas yang bawak balik dari kampung, memang fresh n manis sangat, maklumlah fresh from the kebun...gulai style nisemilan yang x guna bawang segala, tp mmg sedap apa lagi ade ikan kurau masin dalam tu. pebret, sampai bertambah2 makan dan digandingkan dengan ikan siakap goreng bodo2...laju jer menyuap!

  resepi dari Myresipi oleh ilham.noor.184. mekasih ya.

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas
  • 3 keping isi kurau masin
  • segenggam cili padi (ikut kepedasan memasing la ya...)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 kg santan @ 1 1/2 biji kelapa
  • garam secukup rasa. 
  • 2 batang serai (kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Nenas dikupas kulit, dibuang mata dan dipotong kecil.
  2. Isi kurau masin direndam lbh krg 10 mnt dlm air garam (petua utk mengurangkan masin ikan tsebut). Kemudian, potong kecil.
  3. Kunyit ditumbuk lumat bersama cili padi.
  4. Masukkan bahan yg ditumbuk bsama nenas ke dlm periuk, hidupkan api.
  5. Apabila air nenas hampir kering, masukkan santan. Boleh tambah air jika santan terlalu pekat.
  6. Apabila kuah mula menggelegak, kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Saturday, March 22, 2014

Kuih lopes yang laris!!!

 kuih lopes yang kak rose buat untuk buah tangan semasa majlis bacaan surah Al-Khafi pagi semalam.... aktiviti setiap pagi jumaat kami warga muslimat di kawasan kejiranan kak rose... seronok dengan perjumpaan cam ni selain menghadiri kuliah yang diadakan setiap hari selasa dan rabu... buat pun x banyak sbb semua yang hadir memasing dengan bermacam kuih....tp lopes ni jugak yang laris!

 terima kasih pada tulip77 yang kongsikan resepi ni...cuma kak rose doublekan bahannya...

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula (omit this one)
  • 3 cawan air

 gebang2 sebelum bacaan bermula...

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
 
orang kuat majlis kami.... Puan Kalsom, Puan Hjh Mariam n Puan Fadilla.... terima kasih semua.

Friday, March 21, 2014

Kerepek pisang

 buat kudapan sambil ngadap komputer...x sedar boleh habis sebalang.... tau2 dah kenyang peroooot! tp ni kak rose guna pisanga awak yang kak rose bawak dari kampung... belasah jer dengan pisang yang dah nak masak...manis2 masin jadinya. tp lupa nak boh kunyit dalam minyak la pulak.... maklumlah pertama kali nak buat kerepek pisang ni....excited lebih sampai terlupa tang kunyit tu! so ni kira original kaler la... resepi dari Myresipi, mekasih rosmazamri.

Bahan-bahan

  • pisang nipah yg dah agak-agak tua(ikut suka la kuantitinya)
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam)

Cara-cara

  1. panaskan minyak
  2. masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak( untuk naikkan seri kerepek nanti)
  3. bila minyak dah agak panas. sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain..
  4. masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi
  5. goreng la sampai masak, then angkat dan toskan...boleh la rasa masin manisnyer..kalau tawar tambah lg sukatan gula n garamnya.

Cucur bom manis


 penggemar cucur atau yang kak rose panggil cekodok.... isi apa punlah asalkan cekodok mmg dah jadi pebret, so jangan marah ya kawan2 kalau kak rose nyer blog ni banyak na tayang cekodok! he he he. mekasih izah kongsikan resepi ni...

Bahan :

1 sdt yis
1 cawan tepung gandum  
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam  
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.  
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.  (kak rose perap 1/2 jam jer)
Panaskan minyak masak. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.  
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. Hidangkan.
*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).

Thursday, March 20, 2014

kerabu mangga + bite size ayam

 semalam punya lah gigih g kekedai semata2 nak cari mangga ni.... right after morning brisk walk terus je sambung kekedai pulak. terasa sangat nak makan kerabu mangga + bite size chicken fillet yang di goreng rangup ni. pernah makan masa kat one of restaurant kat thailand ari tu....sedap sampai teringat2 jer!

sayang mangga yang kak rose bli ni kurang elok, luar nampak ok jer bila sagat banyak sangat yang buruk didalamnya... dah le bli 2 buji jer, tu pun dah tiga hengget, tp rosak buruk lak....nasib baik dapat jugak nak lepas kempunan nak buat kerabu ni... resepi kerabu mangga dan ayam goreng dari sini...

2 cloves shallot, finely chopped
1 stalk of coriander leave, finely chopped (kak rose x de... so x letak)
5 chili padi, sliced finely ~ k.nor lebihkan
1 carrot, sliced finely
½ orange; thinly sliced ~ k.nor gantikan dgn parutan mangga muda
1 tsp. sesame seeds ~ lupa nak letak.. :) 1 sudu besar gula ~ k.nor tambah
kacan goreng untuk tabur---> ni kak rose tambah

Cara: 
gaul semua n kerabu is ready 

 untuk ayam pulak....kak rose ikut resepi yg sama minus the oat....goreng rangup n gaulkan dengan kerabu tadi.... kena cepat2 serve untuk menikmati kerangupan bite size ayam tu! sedap meratah cam tu jer!

Wednesday, March 19, 2014

WW: Keranamu MH370

 x pernah tau pun ada tempat ni...

kalau tidak kerana MH370.....

Saturday, March 15, 2014

Cucur jagung

menu minum petang yang sangat pebret. apa cucur pun mmg jadi kegemaran. simple n nice dan yang penting cepat disediakan dan mudahlah dapat menikmatinya... cucu jagung ni kak rose tambahkan batang celery yang didadu dan menambah kesedapan tekak jawa ni adalah sambal kicap tu... nak resepi sambal kicap tu boleh tengok kat sini ya. tapi kena pandai2 lah adjust ikut kepedasan memasing, kot nnti ada yang terbako lidah or keluar asap ditelinga pulak!

 mekasih ros, kak rose cilok resepinya ya.

Cucur Jagung Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya
2 tongkol jagung yang belum direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
batang celery didadu - yg ni kak rose tambah
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, air, garam dan gula, kacau sebati.
2. Biarkan dalam 10 minit baru digoreng, jemput-jemput kan kecil dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Friday, March 14, 2014

Apam labu

 Apam labu untuk buah tangan masa bacaan surah al-Khafi pagi tadi. buat petang semalam, tapi pagi ni baru lah isikan dengan kelapa yang tak berapa nak putih tu....suka buat apam dengan acuan kuih puteri ayu ni sbb senang nak bubuh kelapa tu... x tak la  berterabur comot kemomot kan...

 kak rose masih guna resepi yang pernah buat dulu, mekasih izah yang kongsikan resepi ni. nampak macam berjela resepi tu tapi sebenarnya mudah jer buatnya..

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
  •  
  •  
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
 
lepas angkat dari kukusan pun nak posing jugak.... sampai lens kamera berkabus pun kena wap panas. hadoilaaa!!!!!

API Shah Alam - unhealthy!!!

 air pollution index dishah alam pagi ni.... unhealthy. rasa stuffy sangat!

salam Jumaat penghulu segala hari.... dan hari ini kali kedua kawasan perumahan kak rose ni kena catuan air... 2 hari ade air n then 2 hari pulak x de. jerebu pulak semakin bertambah2 teruknya... bacaan pagi ni as at pukul 8 tadi....unhealthy, dan ade sekolah yang dah diarahkan tutup. kita yang duk dirumah ni pun rasa sangat stuffy, balik dari gathering bacaan surah al-khafi tadi pun dah rasa tersumbat hidung, apa lagi anak2 yang bersekolah, banyak terdedah kepada udara luar yang berjerebu... sama2 lah kita berdoa pada Yang Maha Berkuasa semuga dugaan ini akan segera berakhir....Aminnn.

Thursday, March 13, 2014

Lunch dengan leftover sup.

 Salam dan selamat tengahari.... masak apa kawan2 diluar sana? orang malas nak masak tapi nak makan ni mula lah garu kepala apa nak makan....yang cepat disediakan dan cepat jugak dapat ngapnya... kodek2 freezer, ade leftover sup tulang yang kak rose buat ari tu...apa lagi teruslah keluarkan dan reheat.....

sambil tu rebus san remo spiral pasta ni.....

dan.... lunch ready dah. cepat disediakan dan cepat dapat makan! jemput makan semua.

Wednesday, March 12, 2014

WW: Day 5 Menanti kamu MH370

hanya pada Mu Ya Allah kami berserah dan memohon pertolongan.... permudahkan lah urusan menemukan MH370 ini. Aminnnn.

Tuesday, March 11, 2014

Spaghetti goreng lada hitam bersosej

 Salam selasa dan salam tak de air kat shah alam...bermula semalam dan hari ni air bercatu kat sini...alternate every 2 hari....yea!!! esok ade air pulak, kena lah bersedia simpan air banyak2 tp masak2 tetap kurang rajin....semalam nampak spaghetti goreng ni kat rumah Madiha, apa lagi mata n tekak ni nak jugak merasa....so balik dari kuliah terus la nak menepek gambo kat sini. mekasih pada Madiha yang kongsikan resepi ni, walaupun kak rose ikut dan jer dengan bahan apa yang ade..


Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
250 gm spagetti ~ direbus hingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air.
sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/hiris
1/4 biji capsicum merah/hijau ~ dipotong (kak rose gantingan brokoli)

Bahan Perasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu.  Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.  Masukkan sosej & air & masak/kacau seketika.
2. Masukkan kobis & semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum & gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus & gaul sebati.  Jika kurang rasa garamnya.. boleh tambah kicap cair hingga mendapat rasa yang secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.

Monday, March 10, 2014

Day 3 Menanti kamu MH370


Sedih sayu membaca luahan hati pembaca dan semua yang menunggu penuh sabar dan doa yang tak putus2.... mudah2an semuanya akan selamat dan kembali kepangkuan yang tersayang.... Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhan kami.... Engkau leraikanlah kekusutan didalam fikiran kami....Engkau permudahkanlah urusan hambamu yang dalam kesusahan...jika ada dilangit, Engkau turunkanlah... jika dilaut, timbulkanlah... jika didarat berikanlah kami petunjuk.... sesungguhnya hanya engkau yang mampu menyangkal segala akal fikiran hambamu. Aminnn. #prayersformh370


 Sajak sayu yang kak rose copy dari https://www.facebook.com/MH370

Kredit to Pnut Syafinaz sebagai penulis sajak sayu ini. terima kasih kongsikan nya.

Menanti Kamu MH370



Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

sama sama lah kita berdoa agar MH370 akan dapat ditemukan walau dalam apa keadaan sekalipun.. 

Sup tulang untuk lunch

 tulang yang dah lama sangat terbiar keras kejung dalam freezer tu baiklah kita transformkan dia jadi sup yang sedap nih. masa bli mmg beria nak masak tapi bila dah simpan, teruslah biarkan dia bertapa dalam freezer tu. so dihari minggu yang rajin sementara ingat esok pulak air kena catu, baiklah masak  untuk hidangan tengahari... sllu hujung minggu asik malas jer, hari sabtu pun tapau je lunch kami!

 resepi kak rose amik copy dari kak hanieliza, mekasih ya kak. dulu dah buat dan ni pun guna resepi yang sama....sedap weh.  just nasi n sup tulang ni, dan paling tak lupa sambal kicapnya.

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



 lemak yang begitu banyak.... masuk dalam fridge kejap, bila dah beku kaut n buangkan...


Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


so makan lah denga rasa tak bersalah sebab dah buangkan lemak2 tu....

Sunday, March 9, 2014

Hari ke dua Finding MH370

Salam hujung minggu yang sedih buat kita semua rakyat Malayisa. dah melepasi 24 jam kehilangan misteri penerbangan MH370 tapi masih tak ade comfirmation on the finding... macam2 berita yang keluar tapi semuanya tak ade confirmation. marilah sama2 kita doakan yang terbaik buat penumpang dan anak kapal MH370. Lets #prayformh370#

Ya Allah, please have mercy for those on board, hope they are all save n sound dan permudahkan lah usaha mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan...

harap berita tentang stolen passport tu tidak menyebabkan kehilangan misteri flight ni....

UPDATE 11.00PM:
Missing Malaysia Airlines flight: Live updates as it emerges two of 227 passengers were using STOLEN passports

1.) An extraordinary story has just emerged from Italy in relation to missing flight MH 370.

Luigi Maraldi, 37, from Cesena, was named as one of the passengers on board the plane.

However, reports in Italy have confirmed that he was NOT on board and that he had reported his passport stolen last August.

Mr Maraldi's parents have spoken to him in Thailand and he is 'fine', news agency ANSA reports.

The revelation suggests that one of the 227 passengers on board the missing flight was using a stolen passport.

2.) A SECOND passenger on the flight was using a stolen passport, it has emerged.

Austrian Christan Kozel, aged 30, has been confirmed as safe and well by authorities.

He said his passport was stolen when he visited Thailand two years ago, Austrian newspaper De Standard reports.

Saturday, March 8, 2014

Baked potatoes

 Baked potatoes yang kak rose buat untuk dinner petang semalam....mulanya nampak kat fb Noor, sangatlah tergodanya jiwa dan raga kak rose ni.... rasanya kalau dekat memang tak malu nak ngendeng jer! so mintaklah resepi, maklumlah kalau x de resepi mmg x terpikir lah nak buat cenggini...so bila dah ade kat blog, teruslah menggodeknya wpun dengan bahan apa yang ade jer!

 mekasih Noor, sudi kongsikan resepi ni...tapi tengok sajalah kak rose menderhakakan resepinya.... he he he...tu la kalau rasa nak makan, x sabaq2 nak adekan semua bahan, belasah jer kan Noor..

RESEPI BAKED POTATOES

BAHAN NYA
6 biji kentang yang besar (kak rose guna russet potatoes)
3 keping burger ayam goreng
1/2 cawan cheese mozarella (kak rose guna cheddar cheese... itu je yg ade hu hu hu)
sedikit cili flakes *optional
1/2 biji bawang besar dadu kecil

secukupnya brokoli *nak letak sayur lain pun ok
sedikit planta

garam dan sedikit gula


CARA NYA
1.  Cuci bersih kentang bersama kulit nya dan rebus setengah masak, tos kan.
2.  Celurkan brokoli dan tos kan.
3.  Belah kentang yang di rebus, keluarkan isi nya dan ketepikan.
4.  Tumiskan bawang besar bersama planta sehingga kekuningan.
5.  Masukan burger ayam yang telah di hiris kecil bersama cili flakes, garam dan gula.
6.  Kacau sebati, tambahkan brokoli dan sedikit cheese.
7.  Masukan bahan inti dalam kentang, tambahkan dengan cheese, lebihkan cheese lagi sedap.
8.  Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 150'C sehingga cheese cair.
russet potatoes yang kak rose guna ni gumuks beso2.... makan satu portion ni pun dah kenyang. mmg sedap dan mengenyangkan...x rugi mencubanya. mekasih sekali lagi ya Noor.