Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 28, 2014

aktiviti hari jumaat diakhir Febuari...


 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... aktiviti pagi hari jumaat kak rose bersama muslimat kat kawasan perumahan ni, bacaan surah al-Khafi secara berjamaah. Alhamdullilah, semakin ramai yang nak datang membaca bersama selain berkenalan2...maklumlah memasing ada tugas, bukan hari2 boleh jumpa.. so diperjumpaan cam ni lah boleh bertanya khabar dan yang paling suka sekali dapat makan macam2 menu...

 ayat ke sepuluh surah Al-Khafi, doa mohon petunjuk dan kejayaan. semuga kita semua diberikan petunjuk Nya dan sentiasa dilimpahkan dengan kejayaan. Aminnnn

getting ready sebelum bacaan bermula, sempat amik gambar dulu. terima kasih pada Puan Fadilah yang sudi jadi host pada pagi tadi, mekasih jugak free giftnya.

 dan lepas selesai bacaan pun masih jugak nak berposing2...

 dan yang pasti, selepas bacaan, acara bekpes dengan bermacam2 kuih n bakso pun ade!

 part of the jemaah yang hadir pagi tadi...bersama tuan rumah yang sangat baik. tq for the warm hospitality n makan yang sedap2 tu ya Puan Fadilah.

  Puan Norlia Amir of  epf, sanggup amik time off untuk bersama2 kami dimajlis ini.

and kuih apam cokelat emergency kak rose untuk buah tangan pagi ni.... sebenarnya kak rose dah siapkan awal2 apam keledek ungu, walaupun rasa mmg menten sedap tapi tang kaler tu sangatlah hazab... pucat lesi jer, macam x bermaya sungguh.... so pepagi bertungtang kat dapo wat apam cekelat emergency ni... x nak kembang pulak dah tu.adoyaiiiii!!!!

nak tengok kepucatan apam keledek ungu kak rose?..... meh nak tayang jugak!

kesian dia kan.... x pe la, cik ts bersedia menunggu jer!



Thursday, February 27, 2014

Kuih lapis terancam

 semacam je nama kuih lapis ni kan....apa yang terancam pun tak tau la, tapi itulah nama yang diberikan oleh tuan punya resepi yang kak rose amik dari blog Suka Suka Masak. macam2 resepi ade kat situ, pilih jer mana yang berkenan dihati, bolehlah mencubanya...

 kalau tengok gambar kuih lapis terancam yang dipostkan kat fbnya tu mmg sungguh mengancam dengan kaler yang sangat terang, tp kak rose idok ler berani nak mengalerkan kuih ni dengan begitu garang.... sudahnya sedikit pucat dan kuranglah mengancamnya kuih kak rose ni..

 kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini lak ya. mekasih pada tuan punya resepi Mariana Zainal dari fb Suka Suka Masak. 
kak rose buat 1/2 dari adunan ni dan dapat 10 bekas comel2 ni... 

Resepinya

2cwn tepung beras
3/4cwn tpg gandum
2sdb tpg ubi
4 1/2cwn santan dr sebiji kelapa (sy blender kelapa tu)
1cwn gula (jgn sampai penuh sgt yer...kurangkan manis...)
1/2sdt garam
Pewarna kesukaan(sy ltk emulco pandan+pewarna ijo epal....warna pink...emulco coklat ...)



Cara

Panaskan kukusan hgg air mndidih...

Satukan semua bhn dan blender ..

bhgi kpd 3 bhgian...ltk kaler kesukaan.. 
sapu loyang dgn marjerin atau myk...
masukkan 2senduk(yg kita buat gulai) adunan dlm loyang dan kukus 5mnt....
ulang pd lapis yg seterusnya. ...
****setiap lapis kukus 5mnt sahaja***
Lapisan terakhir kukus 15mnt....sejukkan...biar betul2 sejuk baru potong...

Tips; semasa nk masukkan lapisan yg seterusnya...lap bhgian bwh penutup periuk kukus. ..(kena rajin sikit yer)

Masa nk potong kuih sy sarankan guna pisau plastik...

Wednesday, February 26, 2014

Fluffy banana pancake

Bila pisang dah too ripe...daripada membazir lets turn pisang ni jadi something yang boleh dingap dengan nikmatnya....try cari resepi pancake pisang dan ni resepi ni yang cik google carikan...so lets try this recipe...hmmm... turn out very lembut n moist. best!

Ingredients
  • 2 cups buttermilk (or 2 tablespoons vinegar + enough whole milk to equal 2 cups)
  • 2 small or 1 large ripe banana, or about 1 cup mashed, plus extra for slicing on top of the pancakes (kak rose put slightly extra pisang tu)
  • 2 eggs
  • 3 tablespoons unsalted butter, melted and cooled slightly
  • 2 teaspoons pure vanilla extract
  • 2½ cups all-purpose flour
  • ¼ cup sugar
  • 1 tablespoon baking powder (kak rose guna 1 tablespoon jer)
  • ½ teaspoon baking soda
  • ½ teaspoon salt
 
Instructions
  1. In a large bowl, add the buttermilk. If using the vinegar plus milk option, let sit for about 10 minutes to allow the milk to turn to buttermilk.
  2. Whisk the mashed banana, eggs, butter, and vanilla into the buttermilk.
  3. In a medium bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt.
  4. Pour the dry ingredients over the wet and mix just until incorporated. Do not overmix.
  5. Let batter rest for about 5 minutes.
  6. Heat a non-stick griddle to 325 degrees or large frying pan over medium heat. Melt a little butter on the cooking surface, spreading it evenly, if desired (or if the griddle/pan is not non-stick). Using a ⅓ cup measure (or an ice cream scoop works as well), pour the batter onto the griddle or into the frying pan. They are ready to flip when they look a little dry around the edges and start to form little bubbles (about a minute). Flip and cook on the other side until golden brown and the cooked through.
  7. Serve topped with sliced bananas, butter, and maple syrup.

Tuesday, February 25, 2014

Murtabak segera

 salam dan selamat tengahari buat semua....hari ni nak tepek homemade murtabak segera yang kak rose buat petang semalam. lama rasanya tak buat menda ni, so merajinkan diri membuat inti tapi kulit tu guna kulit popia jer. senangkan! terima kasih pada sifu masak2 dialam maya yang sangat kreatif dan kongsikan resepinya..

bila dah buat mestilah cepat jugak nak ngapnya, so guna dua kuali untuk mempercepatkan proses menggoreng... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini yang kak rose copy dari minami133@Myr. mekasih ya..

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)
 

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
 
dah siap..... sedap dimakan panas2 bersama bawang cuka ni...

Monday, February 24, 2014

Apam balik

 Apam balik yang tinggal gambar jer.... buat untuk buah tangan masa majlis bacaan surah Al-Khafi hari jumaat lepas.... tapi nak jugak buat tayangan amal kat sini. Mekasih pada Ms Oreo yang kongsikan resepi ni, ramai yang puji sedap dan jugak yang mintak resepi...ade kawan yang tak dapat datang masa majlis tu, siap whatsApp nak kan resepi... perasan fofular jap kak rose ni dengan apam balik sedap nih. he he he

 

 macam2 pertanyaan... dari bahan hingga acuan apa yang kak rose guna. bila kak rose bagi tau guna kuali jer macam x caya lak derang ni... yalah yg sllu kita tengok orang buat dalam loyang tembaga tu kan. yang ni kak rose guna nonstick kuali kecik sket dari yg sllu guna tu, dapat 4 keping yang gebus gebas ni...cukup muat2 dalam tipuware yg kak rose sllu bawak untuk buah tangan majlis ni...



 kak rose kongsikan resepinya kat sini sekali lagi....

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Sunday, February 23, 2014

Sarapan pagi tadi punya....

 mee hoon goreng singapura dengan apa yang ade jer... bila rasa nak makan, buat jugak ler dengan bahan yang ade dalam fridge. segala seafood memang x de, so gantikan dengan ayam fillet. apa nak susah, kita tyang buat diakan, so pepandailah nak mereka reka apa yang patut ade dalam mee tu...

 kak rose ikut resepi ni....cuma udang tu kak rose gantikan dengan ayam dan x de jugak fish cake. make do dengan apa yang ade kan.....

Bahan-bahan
1/2 bungkus mee hoon
10 ekor udang
1/2 inci halia ( ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu kecil lada hitam serbuk
Fish cake  (x dak, kak rose tak bubuh le))
1 biji carrot ( diparut)
Bawang goreng
Cili api (dipotong)
2 sudu sos tiram 
Daun bawang
sedikit kubis...yg ni kak rose tambah 

Cara-cara
Rendam mee hoon
Tumis bawang putih dan halia 
Masukkan udang + sotong
Masukkan sos tiram
Masukkan mee hoon bersama 1/2 cawan air 
Masukkan carrot + kubis
Masukkan fish cake
Masukkan lada hitam garam dan serbuk perisa 
Hidangkan bersama daun bawang, cili api ( potong) dan bawang goreng




 
sebelum bekpes, sudah jadi satu kemestian... cek bp dulu. kesihatan kena jagakan!

and the fruits....honey star fruits, kiwi fruit n limau yang sangat manis thailand mari....makan buah sebelum main meal ya, tp sllu jer lupa dan sebaliknya pulak terjadi!

Friday, February 21, 2014

Ayam percik dalam magic pan

 Salam Jumaat dan selamat tengahari semuanya.... asik bersawang jer rumah maya kak rose ni....bzkan apa entahnya....tapi hari ni ade sikit rajin nak masak sbb encik asben balik tengahari lunch kat rumah sebelum g semayang Jumaat kat mesjid berdeketan rumah ni. so balik jer dari aktibiti hari jumaat kak rose, terus sediakan ayam percik ni. Ni kes semalam terpandang kat fb puan Ros Sinaran Menu yang sangat menggoda tu la....

 memang mudah sangat masak gunakan magic pan ni... orang lain bli kita pun sibuk nak jugak, tapi guna sekali jer pas tu simpan kat rak sampai dah lupa dengan menda ni....bila semalam terpandang Puan Ros buat ayam percik dalam  magic ni pan, teruslah keluarkan pan tu balik...nasib baik dia x tau merajuk sbb terbiar lama kan.... so ni la dia ayam percik dalam magic pan tu, dan dah selamat pun disantap bersama en asben sekejap tadi... resepinya kak rose copy dari Pn Ros, kat sini ya.....mekasih banyak2 ya. sedap, sampai bertambah2makan...maklumlah dah 5 hari x jumpa nasik, balun semacam jer! kuah yang pekat mmg sedap, cicah pulak dengan timun jepun, x toleh kiri kanan dah!
.

 
Bahan-bahannya
* 3 keping paha ayam (kak rose buat 2 keping jer)
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 3 biji bawang merah saiz sederhana besar
* 3 ulas bawang putih
* seinci halia
* 2 batang cili kering
* garam dan gula secukup rasa
* sekeping asam keping atau sedikit asam jawa dicampur sedikit air
 
Cara-caranya
1- Bersihkan ayam dan perap sebentar bersama sedikit garam yang dah ditumbuk dengan sedikit halia da bawang putih.
2- Atur ayam dalam kuali dan tutup kuali. Masak ayam dalam 10 minit.Buka penutup dan balikkan ayam dan tutup semula kuali. masak lagi 10 minit.Buka penutup dan pastikan kedua-dua belah ayam nampak keperangan . Kalau belum perang boleh masak sebentar lagi.Bila siap angkat dan letakkan dalam pinggan.
3- Masukan kan bawang,halia dan cili kering kedalam blender bersama secubit serbuk kunyit dan masukkan sedikit santan.Blend bahan bersama santan.
4- Masukkan bahan yang diblend kedalam kuali ajaib tadi(Kuali tu jangan dibersihkan selepas bakar ayam ya). Kacau hingga santan mendidih dan masukkan bahan perasa,pada masa ni kalau santan dirasakan agak cair boleh masukkan sesudu gandum yang telah dibancuh bersama sedikit air untuk memekatkan kuah).
5- Masukkan ayam dan biarkan santan mendidih dan pekat. Balik-balikkan ayam.masaklah hingga santan pekat dan ayam betul-betul masak.




Wednesday, February 19, 2014

Monday, February 17, 2014

Ayam masak palembang...lagiiiii

buat lagi dan tepek lagi..... mekasih semua yang kongsikan resepinya ya....

Bahan
 
1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas  bawang merah 
*5 ulas  bawang putih 
*2 inci halia 
*2 batang serai 
5 sudu besar  kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram 
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari  * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam  dan gula secukupnya



CARA 
1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing. 
2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.

Saturday, February 15, 2014

Nak jugak la t-shirt TRW ni....

 salam dan selamat berhujung minggu.... dah berhabuk bersawang rumah maya kak rose ni.... lepas seminggu bercuti, mood nak mengupdate sudah terbang melayang entah kemana.... cuti2 pun nantilah kalau rajin baru update, kalau rajin ler....

 balik dari thailand, terjumpa lah kedai TRW ni di Rantau Panjang... apa lagi sianak memang tak menolak  bila ayah offer nak beli... sebelum masuk posing dulu depan kedai ni...semua tentang TRW yang gah tu, tapi this lately asik kalah jer....apa macam? semuga lepas ni pasukan TRW ni akan terus berjaya dalam perlawanan akan datang.

 bila masuk kedai tu, semuanya merah.... segala maknenek TRW's accessories ade jual kat situ, tapi rega semuanya macam nak tercekik mamanya nengok! sibuk memilih yang mana satu berkenan dihati....

 t-shirt untuk last year's fan pun nak jugak.... yg ni dah murah sket sbb dah expired kot @35/pc...yg untuk tahun ni mmg mahal ler cam yang merah kat atas tu.... double the harga, tp nak jugak!

 happy jer bila dah dapat apa yang dia nak....

3 helai trw's t-shirt, besok2 kalau pakai g stadium jangan gado2 udah ler.....

Monday, February 10, 2014

Sakit pun nak g bercuti....

 perjalanan percutian yang sangat tragis....sebelum sampai sejauh ini, insiden yang berlaku sangatlah menakutkan bila terkena lower back pain yang teramat sangat.  pagi sabtu seawal lepas subuh kami memulakan perjalanan dan sampai di Grik at about 10am, selepas fuel-up suma teruskan perjalanan dan berenti rehat di hentian rnr Perah, about 20 minits drive dari pekan grik. semasa berhenti kat sini lah terkena back pain tu... sakit yang amat sangat, rasa dah tak mau nak teruskan perjalanan. so amik keputusan berpatah balik ke Grik untuk dapatkan rawatan kat klinik, n the doc advice suruh rehat dulu, teruslah cari hotel n berehat.... what's next belum pasti, tengok pada keadaan, kalau masih sakit akan cancelled jer plan nak bercuti2 tu.... tp Alhamdullilah setelah berehat n makan ubat n kena jab tu, paginya dah kurang sket, so bolehlah teruskan perjalanan....

 memulakan perjalanan dengan sangat berhati2...akhirnya sampai jugak kat sempadan rantau panjang/golok ni...walaupun dah ok sket tapi masih takut2 nak keluar dari kereta dan jalan...

 selamat menyeberang sempadan..... sawasdeekarpppp.

 komplek ciq sungai golok.... dah cantik dan teratur. masa ni x ramai orang jadi urusan immigresen and kastam pun cepat jer sudahnya... kena bli insurance kereta for 1 bulan at 300bath.

money changer, time to tukar currency.... amik gambar dari dalam keta jer. tukang bawak sedang tukar currency. the rate: rm1025/-  for 10k thai bath....jatuhnya nilai ringgit sekarang ni kan!

sebelum memulakan perjalanan, bekpes dulu. since takut2 nak keluar, so bekpes pun dalam keta jer...roti canai kosong n nescafe o kurang manis.... serasa macam disable sungguh!

Friday, February 7, 2014

Salam Jumaat

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah pada semua.... hari yang punya banyak kelebihan bila kita membaca surah Al-Khafi. dan ini aktivi pagi tadi, bacaan surah Al-Khafi secara berjamaah kami...mudah2an kita bersama mendapat keberkatan dalam mengamalkan bacaan surah ini disetiap hari jumaat. Insya Allah.

 sebelum bacaan bermula.... gebang2 dulu....

 sebahagian dari jemaah kami....

dan apam untuk pagi ini....