Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, August 31, 2013

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke 56

 Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 56....
 Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku

 gambar kenangan dolu dolu....soooooo many years back, x ingat dah tahun brapa.... 

bersama2 team dari kementerian kewangan...lhdn, kastam, bsn, bnm...sebulan berlatih kawat sampai tangan kena ketuk dek pengajar yang garang... askar pakai jambul bulu ayam merah tu sbb asik salah langkah jer.... last2 dia bagi kayu untuk nak samakan langkah dengan kawan sebelah tu... tapi last2 kira ok gak la kan... boleh terpilih bawak palacard lagi! kalau teringat masa tu mmg gelak sakan kan...adoyai laaa.... selamat hari merdeka ya kawan2 dan semuga kita merdeka jiwa dan raga, mental dan fizikal!

Thursday, August 29, 2013

Laksa penang





 sangatlah laksa penangnya.....1st time buat ni.  actually nak sangat buat laksa ni walaupun x cukup bahan ulam2 tu, tapi nasib baik je untuk kuah semua bahan cukup, jadi le laksa penang yang simple2 untuk memenuhi keinginan yang nak makan sangat tu....sendiri buat, sendiri makan dan kenalah kata sedap jugak kan... cili potong pun x dak, nasib baik kuah tu dah sedikit pedas...puas ati dapat makan....hilang kempunan rasanya!

resepi kak rose amik dari Myr oleh leenz85, kak rose kopikan kat sini untuk rujukkan nanti2 kalau datang kerajinan nak buat lagi...mekasih ya leenz85

Bahan-bahan

  • sebungkus laksa direbus dan toskan
  • 1kg ikan kembung/ selayang (kak rose guna ikan selayang)
  • 2 liter air
  • 3 biji bawang merah
  • belacan sebesar ibu jari (kak rose x letak)
  • 6 sudu besar cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
  • 4 keping asam keping
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • seikat daun kesum
  • secubit garam
  • sedikit minyak untuk tumis
  • ulam: timun, bawang besar, cili merah, telur dsb

Cara-cara

  1. rebuskan ikan dengan 2liter air.
  2. asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis, belacan dan bawang..
  3. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran tadi..
  4. sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan tapisan air rebusan ikan dalam periuk..
  5. masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..
  6. setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..

Wednesday, August 28, 2013

WW: cara menjimatkan letrik

no air-cond nor fan.... settle problem!

Tuesday, August 27, 2013

Kerana teringin.....

salam dan selamat petang... kerana teringin nak makan kuih lapis cenggini maka kena buat lah kan. sebenarnya kak rose teringin nak makan kuih lapis macam yang dihidangkan oleh pihak hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang semasa mak was admitted kat situ minggu lepas. kuih lapis nan seketul ni lah yang menjadi idaman kak rose.... rasa nak mintak dengan encik yang tukang hantar dulang tea time tu, ishhhh malu la kan... masa ni mak dah ada selera  selepas beberapa hari x lalu nak makan.... semua hidangan yang disediakan cuma dicuit sket2 jer.... seminggu admitted mak hilang almost 14kg! , so bila mak dah ada selera x kan nak mintak pulak kan kuih yang seciput ni.....

 ni lah kuihnya yang sangat kak rose nak makan tu... salah satu hidangan minum petang mak di sepital...

 
so bila balik rumah kak rose cuba lah buat kuih lapis ni.... gigih cari acuan yang sama cam hidangan kat sepital tu....resepi biasa yang kak rose guna bila buat kuih lapis cam ni... untuk acuan ni kak rose dapat exactly 10 biji comel2 ni...

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung (kak rose pun)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah
 

Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)
(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

Monday, August 26, 2013

Lamanya x mengupdate.....

Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 yang masih sudi berkunjung ke rumah kak rose yg terbiar bersawang ni.... harap belum terlambat jugak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua, andai ada tersilap kata terkasar bahasa semasa kak rose berblogging, sekali lagi mohon ampun dan maaf ya...

sekian lama tidak mengupdate, serasa macam x de mood nak menaip kat sini, tp sayang pulak bila rumah ni terbiar bersawang je kan... so nak memulakan semula kak rose cuma dapat hidangkan lempeng pekak sarapan kak rose pagi tadi.... sejak sehari sebelum raya, barulah sabtu semalam kak rose dapat berada dirumah sendiri.... oh sweetnya berada dirumah, miss my bantal semua!. tapi apakan daya, kali ni kami berhari raya dengan bermacam dugaan...

dua minggu puasa kami balik ke kelantan bila mil sakit n warded dan dua hari raya pulak mak warded jugak sbb asthma.... masa dapat tau mak dimasukkan ke hospital ni kak rose berada dihotel di Gerik dalam perjalanan untuk berhari raya di kelantan... sedih hati x leh nak kata, tapi perjalanan ke kelantan kami teruskan jugak esok paginya dengan doa dan harapan mak akan cepat sembuh...dan Alhamdullilah, petang esoknya mak dah discharge dari KPJ kluang. 3 hari dikelantan kami balik ke shah alam semula dan siapkan kain baju anak bujang yg nak balik ke melaka pulak...since mak pun x berapa sihat, kak rose amik keputusan balik kampung semula, tapi Alhamdullilah mak sihat saja walaupun tetamu berhari raya masih x berkurang dan ramai anak2 semua dah balik ke rumah masing2...malang x berbau, hari kedua berada dikampung, malam tu mak diserang asthma lagi... actually dia bangun nak bersahur untuk berpuasa enam dibulan syawal, tp lain pulak jadinya...masa paginya mak kata masih boleh tahan n refuse untuk nak kesepital sbb bekalan ubat2 dari KPJ pun ade lagi.... dan menjelang tengahari mak makin x berdaya dan bermula lah seminggu kehidupan kak rose dihospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang menemani emak tersayang.....memang mencabar sungguh menjadi caregiver bila kita x bersedia mental n fizikal, tapi Alhamdullilah dan syukur sangat2 kak rose berjaya melaluinya dan emak pun dah sihat sepenuhnya walaupun kata mak kak rose ni "nurse yang garang"! for her own good jugak la kan...

so for time being, sila jamu mata dengan lempeng pekak cicah kuah dalca oleh my sil yg rajin masak tu.... nanti nanti kak rose ber bw ya...

Sunday, August 25, 2013

Mak di hospital

 entry yang terlambat tapi nak jugak buat kenangan raya kami tahun ni.... sejak dari awal puasa bermacam ujian kami terima....bermula dengan adik yang sakit, pas tu MIL pulak dan menjelang raya mak pulak dimasukkan ke hospital... memula raya kedua mak warded di KPJ kluang dan discharge pas dua hari admitted....tp seminggu raya sekali lagi mak diserang asthma dan bermula lah kehidupan kak rose selama lapan hari di hospital menemani mak yang admitted kat Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. mak ditempatkan di wad bunga raya 10A, first class ward, service pun ok dan hilanglah tanggapan yang hospital kerajaan ni service so so aje! sangat puas hati dengan semuanya.

 pesakit kat wad ni pun x  ramai, jadi boleh dapat layanan yang baik2 dari nurse.... banyak katil yang kosong di wad ni, nak tumpang tido kat katil sebelah pun boleh, tp x de la nak buat gitu kan?

 gelang mak selama seminggu... masa ni baru admitted, gelang pun nampak baru lagi... bila dah kena air, segala nama n identification pun hilang....

 mak on the nebuliser with my sister...every 4 hourly kena sedut menda ni.... pahit mak kata! masa sakit tudung kepala pun terbang entah kemana...yg penting selesa masa on medication tu...

 antara menu lunch...ikan bawal yang sebesar tapak tangan masak lemak, sup tauhu jepun, sayur togeh dengan kuchai....tp masak kan sepital mmg lah serasa kurang garam jer! mak lebih suka makanan yang abang bawakan setiap waktu lunch... yg ni tukang teman je la jamah sket2...

 tea time pulak.... kali ni dadih perasa mangga dan air milo.... untuk supper pun sentiasa dihidang air milo n a pack of crackers yang selalu x termakan pun!

 a bouquet of flower dari staff adik di hospital ni.... mekasih puan nora n the indian lady tu dari jabatan kebajikan hospital... sorry la lupa lak nama dia.

 son-in-laws yang datang melawat.... sibuk menjamu selera diwad pulak dah... lagi sorang sil tu rajin datang, tengahari dan petang datang menjenguk...mekasih sham. begitu juga adik yang bekerja kat sini, mekasih juga buat mak win...

 eldest brother n family yang hari2 datang jenguk mak, mekasih abang, kak ela n nurul, pagi datang bawak bekpes n tengahari pulak bawak nasi lunch...mak x suka makan sepital punya

 adik2 mak... and one of her brother in law

 mak dan tuan tanah... nak jugak menebeng kat sini... masa ni mak dah ok sangat2...boleh la nak posing2 bagai. gelang mahal mak dah hilang nama n identification... last2 buang sendiri. susah nak amik air semayang, katanya!

hari terakhir kat sepital. sementara menunggu nak discharge, my sister siapkan mak sambil mak baca quran... nak menghafal surah Al-Khafi guna i-pad yang jadi peneman kak rose selama seminggu disepital. terima kasih mak win yang pinjamkan P1 nya, mekasih Ijon n liza yang berulang dari KL, mekasih mak yati, terima kasih pada pihak hospital dan nurse2 yang baik2 menjaga mak sepanjang berada di hospital. terima kasih pada semua yang terlibat hingga mak dah sihat semula. terima kasih.

Tuesday, August 20, 2013

Update dari sepital

Salam dan selamat malam semua....
Short update dari Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Hari ke enam disepital, my mak is getting better dan harap esok akan dapat discharge ..... sweetnya berada dirumah.... home sweet home. Raya yang paling banyak dugaan. Semuga ada rahmat disebaliknya. Insya Allah.

Wednesday, August 14, 2013

WW: highway yg jammed!

 kelajuan yg teramat di highway.... 9km/h dan most of the time cam parking jer kat tengah jalan tu!
crawling sepanjang perjalanan. ni lepas tol kuala kangsar ke terowong menora.... it's took 13 hours dari Rantau panjang to shah alam. panas montot tapi tol ttp kena bayar gak...rugi la kamera aes x dapat mangsa!

Tuesday, August 6, 2013

Bebola ubi keledek

 salam 28 Ramadhan dan selamat petang semua.... ramai yang dah brada dikampung memasing lah agaknya ya sekarang ni? seronok berada disamping orang2 yang kita sayangi terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik... dan ini juadah berbuka sebelum balik kampung esok pagi.  bebola ubu keledek, menghabiskan stok yang ade, takut nnti tumbuh lagi dalam drawer tu.... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ...

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
ni kak rose guna keledek yang putih tu, x cantik kalernya kan dan goreng pun nak lekas jer tu yang nampak berjerawat bebola keledek kak rose ni! penah buat guna yg kaler oren tu, n turn out sangat cantik warnaya kat sini.http://seripayaku.blogspot.com/2012/02/bebola-ubi-keledek.html selamat berbuka buat semua.

Salam Aidilfitri 1434

dikesempatan ini kak rose sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlfitri kepada kawan dan pengunjung rumah maya kak rose ni. kemafaan dipinta seandainya ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang berblogging ni. maklumlah selalu merapu meraban jer. kepada yang nak balik kampung tu, berhati2 dijalan raya dan semuga selamat perjalanan pergi dan balik. yang penting rancang perjalanan n drive safely, Insya Allah perjalanan kita akan dipermudahkan. sekali lagi Selamat hari raya dan maaf zahir batin ya.

Monday, August 5, 2013

Cucur udang versi malas

 cucur udang versi malas buat untuk berbuka petang semalam.... sedap sampai menjilat jari anak bujang mama, makan sampai habis dan ari ni nak menda yang sama jugak. sibapak nak kan yang manis pulak... bulan puasa ni kenalah melayan permintaan ahli jeamaah dalam rumah ni...so kena buat jugaklah, nasib baik semua bahan pun ade lagi, x lah susah nak g cari lagi kan. resepi dari kak hanilieza tp sosnya kak rose guna resepi yang ni...

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya (kak rose guna udang biasa je)

Bahan Mesin
1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak. (versi malas kak rose: goreng je macam cekodok tu... sorry ya kak liza)
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

Sunday, August 4, 2013

Pasar tani....semua ada!

 sepagi berjalan mengukur pasar tani dekat stadiuum shah alam... awal pagi lagi dah sesak jalan, paking penuh melimpah ke tepi2 kiri kanan jalan sehingga ke bulatan dekat tesco tu... sanggup la derang jalan begitu jauh semata nak bersesak dipasar tani tu kan...tp mmg berbaloi sapa2 yang bersoping kat situ, memandangkan semuanya ada tersedia kalau poketnya juga bersedia untuk dikosongkan... u name it, rasanya semuanya ade kat sana! kak rose ni sebenarnya nak cari tudung jer... tp x larat nak bersesak2 dengan begitu ramainya maknosia, entah dari mana lah datangnya... dan tak sanggup rasanya tengok yang datang bawak baby yg macam baru lepas pantang ketempat bersesak n panas cenggitu kan...atau pun saja nak tengok kemeriahan orang ramai buat persiapan hari raya. agaknya ramai kakitangan awam yg baru dapat duit raya kan, jadi soping sakan la...

dan bila penat mengukur jalan n rambang mata tengok tudung, last2 lain jugak yg dibli.... pisau ni dan tempeyek kacang tanah n kacang dal yg katanya stok baru sampai.....(harap2 x la bau hapak macam yg pernah bli dulu). nampak cantik dan tajam pisau ni... rasa sayang lak nak guna. boleh cam tu?

Saturday, August 3, 2013

Bubur candil + cha cha

 manisan berbuka petang semalam.... sempoi yet nice pada tekak kami berdua. kak rose tepek kat sini resepi dari Ummi ni ya. mekasih banyak.

Bahan Untuk Candil :-

  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu. (kak rose omit yg ni... x rajin sebenarnya!)
Bahan Bubur Chaca :-

  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
  • (kak rose tambah sagu biji)
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setel

Friday, August 2, 2013

Chocolate chips famous amos cookies

 Salam 24th Ramadhan.... kejap jer dah nak sampai ke penghujung Ramadhan dan yang pastinya nak raya la kan... dan ni cookies yang terakhir kak rose dapat buat masa ni... buat pun mostly untuk emak n mil, yg kat umah ni ade lah simpan sket2 jer...takut nnti x termakan pulak, x nak membazir la kan. cookies ni dah banyak kali buat sbb tau kesedapannya dan terima kasih pada semua yang kongsikan resepi ni...mrnamie.com, Naz COSK dan Tun Telani. sekali lagi kak rose tepek kat sini untuk sapa2 yang nak cuba buat nnti.

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • (kak rose  gajus )

 

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 1, 2013

Red pearl cookies

 Salam 23 Ramadhan dan salam bulan August jugak.. tinggal brapa hari lagi nak raya dah, camner persiapan  hari raya kawan2 semua.... kak rose buat sokit2 cookies ni sbb nak bagikan kerumah emak jugak MIL, so kena siap awal2. buat pun yang mudah2 jer dan pernah buat dulu.. resepi red pearl cookie ni dari Noorma, mekasih ya kak rose kongsikan kat sini sekali lagi... kak rose doublekan adunan ni, cukuplah untuk 3 buah rumah...

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip (kak rose guna chocolate rice)
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut (bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (kak rose x letak... tp ttp rangup)

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.

sebelum kebakaran.... ready nak masuk oben