Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 31, 2012

Disposal time

 sayang dapurku yg telah berkhidmat sekian lama.... terpaksa let go jugak....

 kesian sekawan ni.... bye bye ya... mekasih telah memberi khidmat yg baik buat kami sekeluarga...

 the fridge.... juga bye bye ya.

naik lori sudah.... it's never easy to say good bye pd yg bersama kita setiap hari... but it's time to learn to let it go... nak simpan pun memenuhkan ruang jer! so bye bye lah ya....

WW: musim hujan?

boleh try cara cam ni kot?

Saturday, October 27, 2012

Goreng keladi dipetang hari...

juadah minum petang kami anak beranak.... keladi goreng cicah sambal kicap jawa mmg ngam sangat. keladi yang kak rose bli masa balik kg dua minggu lepas, nasib baik je x tumbuh batang dia sbb bertapa dalam peti sejuk... rasa sangat nak goreng masa bli ari tu, tp disebabkan tangan yg x leh nak buat keja, kenalah tunggu ada assistant yang sudi gorengkan.... so petang ni dapatlah menikmati goreng keladi yang sangat diidam2kan... kak rose suka rebus keladi tu sekejap dengan sedikit garam n pastu barulah digoreng.  dan yang menambah kesedapan,  cicah sambal kicap jawa tu.

kak rose mohon maaf banyak2 sangat pada kawan2 yang menjenguk kat sini dan tinggalkan komen, tp buat masa ni kak rose x dapat nak membalas satu2 sbb keadaan tangan yg belum pulih sepenuhnya... menaip dengan tangan kiri sangatlah menyiksakan.... dan kalau boleh mmg kak rose nak jauhkan diri dari komputer buat masa ni, dan kira hari ni telah berjaya x mengadap menda ni....(pecah rekod dah ni) kecuali nak buat entry ni je. harap kawan2 maafkan kak rose ya n selamat malam.

Friday, October 26, 2012

Aidiladha simple kami...

Asalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua... menu simple kami, pulut kuning yg sangat kuning dan nasi impit berlaukkan rendang daging anak bujang yang sediakan... maklumlah tangan mamanya masih belum boleh guna sepenuhnya. nak pegang pisau pun masih x kuat. kalau ikut hati mmg nak beli jer, tp anak bujang mama yg rajin offer diri nak buat, so mama sedikan lah bahan2nya....

dari awal persiapan nak buat rendang semua busu yg sediakan... mama cuma beri arahan, tp sambil memasak rendang asik berfb jer...so every now n then mama kena peringatkan untuk kacau rendang atas dapo tu! nasib baik je rendang x hangus.

 buat jugak tepung pelita untuk dessertnya. tq anak mama yang banyak menolong

berusaha keras memotong daging... 2kg daging and it's take 2 hours nak siap potong. saiz besar kecik panjang pendek suma ada... dan urat2 jugak x terbuang. ... nasib baikla daging lembut je bila rendang dah  masak! dan antara bahan untuk buat rendang tu ialah lengkuas bukannya sengkuang...halia pun x kenal gak. adoyaiiii la anak mama!

tangan mama after 10 days... bukak pagi tadi sbb nak tukar balutan, n ada bekas bleeding kat penampal tu. x sakit dah, tp masih x leh kena air dan urat2 masih x kuat nak wat keja masak2... tq sangat2 pada busu yg banyak tolong mama untuk sediakan juadah simple raya ni. selamat berkorban untuk semua.

Salam Aidil Adha 1433 Hijrah


Asalamualaikum dan Salam Aidil Adha buat semua, dan juga selamat menjalani ibadah korban.

Thursday, October 25, 2012

Ayam goreng madu dlm pemanggang ajaib

 tu dia tajuk bukan main panjang lagi! sebenarnya ayam ni kak rose buat semalam lagi tp x dan nak post kat sini... buat ni pun sebenarnya nak meresmikan pemanggang ajaib murah cap idaman suri yg duk betapa dalam kotak tu... at last, pecah dara jugak akhirnya dengan resepi ayam goreng madu yg di panggang saja. mmg sungguh mudah menggunakan pemanggang ajaib ni, cepat pulak tu masaknya... crispy diluar n masih juicy didalamnya.

resepi ayam goreng madu yg dah bertukar jadi panggang ni kak rose amik dari rumah hana, mekasih ya nduk. banyak kali dah buat tp nak jugak tepek kat sini... kak rose guna resepi ni, tp terus je masuk dalam pemanggang n bakar

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan. (guna 2 whole leg jer)
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional

Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!

L no more

 abes sudah tempoh lesen besar ni.... L tu tertampal sejak mula guna moto ni... ya lahselama ni yang ada cuma lesen moto kapcai jer, bila dah nak guna yg 650cc ni kenalah amik lesen B full pulak... dan Alhamdullilah setelah blajo selam 8 jam and rm800 bertukar tangan, kini telah lulus dengan jayanya...

keputusan ujian memandu di Metro driving school... boleh la kalau nak menjongket menumpang dibelakang... tp rasa2 macam x brani lak!

dah lulus ujian, tp x dapat kad tu lagi, jd masih x dapat nak tanggalkan L yang tertampal kat blakang tu.... dan ada angan2 pulak dari ER-6N ni nak tuko pulak ngan z800.... adoyaiiii, semput dengo nya!

Wednesday, October 24, 2012

Pengat pisang bersama pulut

 Salam dan selamat pagi semua....harap2 ceria sepanjang hari seperti  mentari pagi ni yang bersinar terang dan muga berlanjutan hingga ke petang.... dan dengan cuaca petang yang sangat elok apa kata sediakan pengat pisang dengan pulut nih... memula tu rasa pelik lak bila hubby kata nak makan pengat dengan pulut, pas tu cubala google, mmg ada banyak versi makan pengat ni rupanya.... sllu kan makan pengat gitu jer. sedap pulak bila makan cenggini.... resepinya kak rose dapat dari sini....mekasih share ya dan kak rose mintak nak kongsikan kat sini lak....


BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg beras pulut
  • (kalau nak makan pagi,rendam beras malam kemudian kukus esoknya
  • 8 atau 10 biji pisang nangka  (kak rose guna sebiji pisang tanduk yg besoooo)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air(kalau terlalu pekat tambah air lagi)
  • 1 helai daun pandan
  • Gula sesukup rasa
  • Secubit garam
  • 2 titik perisa pisang
CARA-CARA:
  • Kukus beras pulut selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak,
  • Sementara pulut masak,satukan semua bahan untuk masak pengat pisang di atas
  • Masak dengan api yang sederhana besar,kacau selalu supaya kuah tak berketul
  • Bila semua dah masak,masukkan pulut dalam mangkuk dan tuang pengat di atasnya...makan masa panas-panas lagi sedap...

Tuesday, October 23, 2012

Kuih bakar sagu biji


Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... menaip satu tangan pun nak jugak tayang kuih bakar sagu yang kak rose buat petang semalam... kira tangan kiri kak rose dah nak pandai buat keja selain dia punya expertise yg cuma untuk basuh uuuk uuk tu..... dan membancuh adunan ni pun guna sepenuhnya tangan kiri, alhamdullilah menjadi elok dan sedap pulak tu...apa pun kuih yg berasaskan sagu mmg pebret la

resepinya kak rose dapat dari Myr oleh kak fida.... bila baca komen dan lapuran yang dihantar mmg rasa nak cuba. mekasih ya sharekan resepi sedap ni dan izinkan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 300 g sagu biji
  • 200 g mentega/majerin
  • 170 g gula pasir/merah
  • 3 biji telur
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam 
 

Cara-cara

  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2. Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6. Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

x rugi mencuba... dengan loyang muffin pan ni kak rose bakar 25 minit jer..... kak rose buat 1/2 dari adunan ni dan dapat 12 biji kuih bakar sagu biji yg sedap ni.

Monday, October 22, 2012

My CTS - a week after

 ni masa right after keluar dari bilik doctor.... dah bukak jahitan, bertampal la pulak!

Salam hari isnin yang mendung.... pagi tadi kak rose g sepital buat follow-up pasal operation last week tu. ingatkan dia potong sket jer rupanya it's about one n half inch kot. seriau tengok bekas dia... apa lagi masa doc tu nak potong benang jahitan tu... tutup mata je la... doc tu kata " u supposed tengok masa operate hari tu, u punya nerve dah tersepit sangat, x leh nak nyawa dah, kalau lambat boleh paralyses....uishhhh!!! lg takut mendengo nya...

balutan yg x leh bukak selama seminggu... dan tampalan after bukak jahitan tu pun x leh bukak n kena air for another week.... sambil gelak doc tu kata..."sambung lah bertayammum and yg penting sudah2lah main game tu" boleh cam tu?

Friday, October 19, 2012

Panduan wuduk bagi pesakit cam kak rose

 jari yg gumuks bertambah bolat sbb a bit swollen....

Asalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang mulia.... walaupun menaip dengan tangan kiri jer tapi nak jugak sharekan pengalaman kak rose berwuduk/bertayammum ketika tangan berbalut sakit x leh kena air ni.... selama ni mmg x pernah hirau menda2 cam ni.... cuma tau asas masa belajar zaman sekolah ugama dulu.... ni pun puas menggogle dan baca dengan tengok you tube jugak dan akhirnya jumpa panduan dari Jakim ni. lengkap n sangat mudah difahami. untungnya segala info dihujung jari ni kan, cuma kena rajinkan diri ngadap komputer.... tapi ingat, jangan sampai jadi macam kak rose ni... beringat2 lah sebelum CTS menyerang ya adik2 suma...

ni yang kak rose copy dari website Jakim untuk panduan kita semua terutama untuk diri sendiri yang tangan berbalut x leh kena air +- 2 minggu.... adoyaiiii
Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki. 
 
debu tayammum yang kak rose bli sebelum operation.... memula x terpk pun debu ni ada jual, tp cik google telah banyak memudahkan keperluan kak rose for this trying time..... dan pada sapa2 yang nak tau lebih detail tentang cara berwuduk untuk bahagian x boleh terkena air, sila lah g pada link Jakim yang kak rose dah bagi tu.... semuga dapat membantu dan memberi panduan buat kita semua. Insyaallah.

Thursday, October 18, 2012

CTS - my d-day

dah ready nak ke OT, tp masih no room, jadi getting ready di Admission Lounge jer! boleh cam tu?

operation scheduled at 1.30pm tp they only stat giving anaesthesia at 1.45 and by 2.25 dah sedar....ocwhhhh!!! sekarang tengah nursing the pain n study tayammum.... maklumlah x pernah buat! balutan x leh kena air until next appoinment on 22/10. doa kan kak rose cepat sembuh ya...

Monday, October 15, 2012

Selamat pengantin baru Anuar n Nadia

 Agenda hari sabtu, pagi2 lagi kami dah bertolak ke kluang, johor untuk majlis persandingan anak buah kak rose ni... anak sulung kepada abang. minggu lepas masa majlis pernikahan dan resepsi kat rumah perempuan mmg x dapat hadir. kali ni kenalah hadir kan diri dan maaf pada Kak Ani n Abang Lan sbb x dapat hadir kenduri kat Rawang tu ya... perjalanan ke Kluang sangat memakan masa... dah lah jem sesangat kat area seremban dan ditambah pulak hujan yg sangat lebat.... dan yang membuat perjalanan sangat slow ialah kamera AES tu.... puas merujuk list yg ada ditangan tp x nampak satu pun yg terpacak ditepi jalan. kat mana lah depa pasang tu ya? atau belum pasang lagi disepanjang lebuhraya utara selatan tu? sayang je duit nak bayar saman nnti kan!

 persembahan tarian dari anak2 murid bapak pengantin.... lama x tengok tarian zapin 

kek cokelat lapis bluberry yang sangat nyum nyum....

 sambil makan beradap dengan iringan paluan kompang ni

 camerma woman kecit yg sangat ligat... anak buah yg x reti duk diam!

majlis yang mempertemukan kawan satu kelas semasa darjah enam.... Satriati Yaacob, yg jadi pencabar untuk dapatkan nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun sejak dari darjah satu sampai darjah enam! jumpa jugak kawan sekelas masa sekolah menengah, Montiah Taib... tp kan sangat kesal x ingat nak snap gambar pun... leka berborak dan akhirnya salam2 dan terus berpisah... Rosdamuna.... nama ynag mengingatkan betapa erat persahabatan waktu itu. harap nnti akan ada pertemuan lagi. insyaallah.

balik dari johor semalam terus g kelas memandu... nak cukupkan 8 jam belajar baru boleh test... adoyai!!!

Friday, October 12, 2012

Mocha crunchy

 buat lagi sekut ni untuk cemilan sementara tangan masih boleh guna wat kerja.....  rasanya dah sangat berkurang kebas tu, kalau nak kensel buat operation tu boleh x? takut nnti berulang dan jadi bertambah teruk lak kalau x buat sekarang... tu yg Dato Doctor Anuar tu cakap. ish!!!! x tau mana satu nak decide.... Oct 16 is approaching! redha je la to go under knive kan.....

 apa pun meh kita makan sekut ni dulu..... resepi dari Noorma, mekasih ya. pernah buat untuk raya ari tu dan mintak izin nak sharekan kat sini lak ya... boleh buat untuk hari raya haji nnti....

Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna almond nib)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex

Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap

Thursday, October 11, 2012

Homemade english scones


salam dan selamat pagi khamis.... balik dari briskwalk terus ngadap menda ni... tangan dah sakit pun masih x leh nak jauhkan diri dari komputer... bila banyak guna mouse n menaip mmg ada terasa x selesanya tp nak buat camner kan. cuma mmg dah x main game la.... padan muka kan!

nak entrykan scone yang kak rose buat petang semalam.... terpandang kat blog Ratna Juwita yang sangat vouge tu dan lepas tu disertakan resepinya... tu yang buat kak rose nak mencuba... tp kejadian memang jauh langit dengan bumi la kan... yang pasti rasa mmg umphhhh sampai encik somi nak buat bekpes pagi tadi! mekasihya  Ratna sharekan resepinya ya... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya.


boleh dapat sekitaran 20 scones

1 biji granny smith apple,
50g butter lembut/masin,
90g gula halus,
400g tepung,
25g baking powder/2 sachets, (yg ni kak rose guna 1tsp)
 1 biji telur,
15 cl full cream milk/cream/buttermilk, (kak rose siap cari converter dari cl to ml 15cl=150ml)
sebiji kuning telur sebagai penyeri.



Kupas kulitnya apple dan hiris potong berbentuk kiub yang kecil cenonet saiz-nya. 
Ayak tepung bersama baking powder, 
masuk kan butter+gula kedalam adunan tepung tadi dan gaul adunan dengan jari jemari sehingga menjadi tekstur berderai umpama "pasir" 
dan tuang kan dengan susu+sebiji telur, 
tanpa berlengah campuri sekali potongan kiub bebuah apple, 
gaul secepat mungkin sehingga sebati dough adunan.
Diatas sehelai parchment kertas, leper kan dough menjadi sebidang anggaran 3cm tebalnya, alas tutup kan dengan sehelai lagi parchment paper dan sejuk kan didalam peti es selama satu jam...
Panas kan oven ketuhar suhu 220°C. 
Keluarkan dough adunan, alas tray dengan sehelai parchment paper, 
terap dough mengikut citarasa memasing 
sapu kan dataran scones dengan kuning telur yang bercampur dengan sedikit minyak masak begitu berkilat jadinya  
bakar lah scones selama 5 menit yang bersuhu 220°C dahulu, kemudian turun kan suhu 200°C untuk 5/7 menit  selebihnya sehingga cukup masaknya kuning ke'emasan.
VoilĆ !

Wednesday, October 10, 2012

Puding roti n epal edisi hangus!

 habis suma ceri merah hijau, apple n kurma topping tu jadi hitam kelam!

puding ni kak rose buat petang semalam..... tp sangatlah hangusnya sbb sendiri punya carelessness... dah siap suma2 masuk je dalam oben terus tinggal ngadap komputer... dalam 15 minits cam tu maka terbaulah harum? kehangusan yang sangat kuat.... berlari kedapur bila tengok mmg dah hanguslah topping puding kak rose ni.... dah lah letak ditray yg atas sekali dengan api atas saja! apa punya careless kan. x perasan sungguh kedudukan knob api oben antik kak rose tu... nak buat camner kan, atas dah hangus tp bahagian bawah masih basah berair lg... so amik foil, tudung la atas dia n bukak api bawah saja hangus hitam kelam pun nak jugak buat entry ni..... buat pengajaran diri sendiri, bila nnti nak guna oben tu kenapastikan kedudukan knob api tu kan!


walaupun hangus dibahagian atas, tp masih boleh diselamatkan... dan selamat lah masuk perut untuk kami minum petang semalam... tima kasih pada Ros Sinaran Menu kerana resepinya dan kak rose pernah buat dan jadi dengan eloknya kat sini.. nak jugak g tau! he he he

Tuesday, October 9, 2012

Selamat berjaya anak2 ku....

 selamat berjaya buat anak2 yang menduduki peperiksaan PMR... pasti ramai ibubapa yang lebih nervous daripada anak2 tu sendiri.... dan pada anak2 buah kak rose yang menduduki PMR tahun ni.... semuga dapat menjawap soalan dengan tenagn dan beroleh kejayaan yang cemerlang nanti...

 nina di batu pahat

 haifa di seremban

jiha di kluang

 
icha di shah alam.... ingat pesan mama ya. jangan asik ber fb jer!

Monday, October 8, 2012

Deep fried beancurd meat rolls

 terasa sangat teringin nak mencuba buat kudapan yang chinese style ni. nampak macam mudah, buat inti n gulung je kan.... tapi adoyai!!!! realitinya, keras tangan kak rose mmg x pandai nak buat.. 3 keping skin beancurd lebar2 yang kak rose rendam hanya boleh dapat 2 gulung ni jer... yg lain habis koyak rabak... x tau apa sebab, bila angkat nak tos tu la dia koyak sket2...dan bila menggulung lagi lah lebar koyaknya... nak terkeluor isi perut. apa lagi, cik tong la peginya! terlalu lama rendam ker? entahlah.. tp bila dah goreng mmg sangat rangup kulit dia... krup krap krup krap gitu.

Ngoh hiang aka beancurd rolls... tp kak rose nyer ni dah x leh nak panggil ngoh hiang sbb x guna serbuk tu... manalah kak rose nak cari kan... so kak rose guna je mixed spice powder. rasa sangat meaty tp agaknya kalau guna serbuk ngoh hiang tu mesti lain rasanya kan.... kita buat dia, so pandai2 la ejas dengan bahan yg kita ada kan... resepi asal kak rose amik dari Sonia Nasi Lemak Lover.... so sapa yang nak cuba resepi yg x derhaka boleh ikut ni ya...

Chicken Ngoh Hiang (deep fried beancurd rolls)


350g chicken breast, dice to very small (do not chop)
1/2 onion, chopped
30g carrot, chopped
4 water chestnuts, chopped  (x dak, so kak rose gantikan dengan sebiji kentang)
Chinese parsley, chopped (x dak jugak, gantikan dengan celery)
1 biji cili merah, chopped - yg ni kak rose tambah


3pcs beancurd skin , soften in water, wipe off the water, cut to half

1tbsp light soy sauce
1tsp salt
1tsp Chinese five -spice powder (kak rose guna mixed spice powder)
White Pepper
2tbsp cornstarch/tapioca flour
1tbsp water

Method
1. Mix all ingredients in a mixing bowl except beancurd skin, mix thoroughly till thick paste. Set aside to marinate for 1hour or more.
2. Spoon meat mixture onto each sheet and wrap tightly and seal the end with some flour that mix with water.
3. Deep fry in hot cooking oil over medium low flame till golden brown.
4. Serve hot.

sudahnya, kak rose punya beancurd meat rolls dah jadi popia jer.... nasib baik jugak ada belen kulit popia ni jadi penyelamat.... kalau tidak maunya inti tu jadi cekodok je! haishhhhh!!!