Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 31, 2012

Rasamas x emas

hari ni sekali lagi g ke SDMC menjenguk Ibu sharifah yang masih dirawat disana... tapi telah keluar dari HDU ward dan ditempatkan ke wad single bed yang biasa dan lebih selesa katanya... kalau dalam HDU tu kena share dengan pesakit lain, dia rasa kurang selesa dan x dapat rehat sepenuhnya.... kat bilik yg single bed ni sangat tenang buat ibu yg perlukan rehat sangat....pas dari SDMC g sopping sket carikan barang anak dan yang penting g makan2....

kat Rasamas ni promosi bukan main lagi dan kalau tengok menu yg dipublishkan mmg sangat menyelerakan.... tp bila dah ode dan makan, rasanya x g lagi dah lain kali.... mungkin x menepati citarasa tekak orang kampung macam kak rose ni, even anak pun kata x sedap.... makan setakat isi perut tu boleh la....

roaster chop with breaded wedges tapi datang dengan 2 keping nugget keras kematu!

prime roast steak with breaded wadges jugak datang dengan 2 ketul nugget keras nih!

Monday, January 30, 2012

Marble chocolate cupcakes

buat cupcake ni atas permintaan anak kawan yang nak sangat makan....tp kak rose ni x pandai nak buat cantik2 macam tuan punya resepi tu. wpun x cantik tapi sangat lembut gebus gitu dan yang penting sedap.... agaknya sbb dah lama x buat n makan kek pun ya jugak. bila dapat makan cupcake yg baru kuor oben, fresh lagi mmg la sangat sedap n lembut jer.... resepinya kak rose dapat dari sini. tq Sonia for sharing this superb recipe, please allow me to share the recipe....

Marble Chocolate Cupcakes
*makes 12 muffin size

Ingredients
150g soft margarine (or replaced with butter )
150g caster sugar
3 eggs (medium)
200g self-raising flour
2tbsp milk

55g semisweet chocolate, melted (or replaced with cocoa powder)

Method
1. Using a handheld mixer, beat together margarine, sugar, eggs and flour until just smooth.
2. Divide the batter between 2 bowls. Add the melted chocolate to one bowl and stir until well mixed.
3. Using a teaspoon, and alternating the chocolate batter with the plain batter, fill ¾ full of paper case.
4. Bake the cupcakes in a pre-heated oven at 180c for 25mins, or until well risen and springy to the touch.
5. Transfer to a wire rack and let cool.

Ayam blackpeppper

lunch sempoi hari ni.... lauk yg senang dsediakan dan sedap pulak tu.... dan dah tayang berulang2 lauk sedap nih.... x kisahla kan, sendiri masak dan sendiri makan pasti nak yg sedap ditekak sendiri.... mungkin ada yg x suka dengan ayam yg dimasak cara cenggini, masing2 punya citarasa sendiri kan.... resepi ni asalnya dari Nor yg menggunakan udang, tp since kak rose ni ada alahan dengan semua seafood so kak rose gantikan dengan ayam... (ari tu dapat bli fillet ni dengan rm9.90/kg. murahkan..... bli banyak2, nak wat sate pun boleh ni!) apa pun tetap sedap buat kak rose n keluarga.... Nor, terima kasih sekali lagi

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x de stok, gantikan dengan cherry tomatoes!)


Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

Makan2 di Lanai

salam hari isnin semua..... harap semua dapat memulakan minggu dengan hati yang penuh ceria setelah anak2 semua kembali kesekolah after cuti chinese new year. tp yg x dak anak bersekolah macam kak rose ni semua sama jer...... dan ni xtiviti hujung minggu yang malas malas..... semua bercuti, tukang masak pun cuti gak la.... seminggu sekali je kan! dan tempat dituju - Lanai Kijang untuk mengisi perut.... makan bagai x hengat... malam sebelum tu g ronda2 hingga awal pagi dan at 2am kami anak beranak makan roti telor n nescafe! canmer la nak maintain kesihatan yg baik kan?.... peringatan untuk diri sendiri yg selalu je buat2 lupa! sesekali x pe kan.....

the drink yg jadi pilihan.... kedondong asam boi, soursop juice n chocolate

the starter.... mushroom soup, rojak ayam n asaparagus soup yg sedap. tp finger stick tu agak masin to me!

dipped sirloin steak dengan segala pelakun tamabahannya...

nasik goreng ikan masin... x de ikan masin, tp udang sambal, ayam goreng, telor dadar dan keropok jugak!

nasik putih dengan steamed sea bass yg sangat sedap.... tengok ikan tu, portion adalah sangat besar... lebih ikan dari nasik u!. sedap!

entah apa nama ni.... combination of chocolate cake, chocolate cookie yg sangat besar, 2 scoops of chocolate ice cream with cream topping n chocolate wafer.... portion yg boleh makan tiga orang kot! - only rm3.60! jangan x caya!

creme brulee yang sepiring beso untuk situkang bayo! tp ttp habis makan sebab sedap!

antar munga2 cantik yg segar disekeliling kawasan ......

bunyi air mengalir yg menenangkan dilaluan ke cafe.

on the way balik, anak bujang sempat lagi nak melepak kat sini....

Sunday, January 29, 2012

Pancake durian

since ada banyak durian, macam2 resepi nak buat dengan derian yg berlebih2 ni.... godek segala resepi ttg durian, tp nak buat yg senang2 dan mudah dingap jer..... tengok resepi pancake durian or bantal durian tu sungguhlah mengancam, tp x de la pulak whipped cream nak jadikan inti dia tu, so end up dengan pancake yg kak rose cnp dari rumah CMG.... kak rose makan cenggitu jer sbb dah manis n lemak2 gitu. mekasih ya Mat dan kak rose sharekan kat sini resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur gred "A"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
2 camca besar isi durian, dilecek hancur
1/2 cawan + 2 camca besar susu segar (mat guna susu sejat)
Secubit garam halus
Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan isi durian, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..

Saturday, January 28, 2012

Ayam perap masak merah madu

dan lauk untuk nasik minyak tengahari tadi....ayam perap masak merah madu yang sangat sedap.... ratah pun ok gak. bila godek resepi nasik minyak kat rumah Ummi tu dia kata nasi minyak ni digandingkan dengan ayam ni.... so kak rose pun ikut jugak le.... mmg tukang cnp resepi, jd bila ada suggestion cam ni mmg sangat bagus la.... tinggal nak buat jer dan Alhamdullilah sedap wpun kak rose punya kuah tu nampak cam hangus jer kan....

terima kasih sekali lagi buat Ummi yang sharekan resepi ni yg asalnya dari Majalah Saji. lain sket ayam ni sbb perap dengan bahan perapan yg bercampur dengan kari dan masa menggoreng tu bau harum kari memenuhi satu rumah.... x sabar nak merasa! Ummi kak rose cnp n tepek kat sini lak ya untuk rujukan len kali....


AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Nasi minyak

hari ni ada rajin sket nak masak.... so pepagi balik dari briskwalk tu terus jer sediakan bahan2 untuk nak masak ni.... rasanya lama dah x makan nasik minyak kan... memula dah tentu selongkar dapur kawan2 cari resepi.... dan kalau resepi nasi ni kak rose suka godek dapur Ummi yang sangat terra masak memacam nasik.... dan pasti menjadi dengan seeeedapnya! dan kak rose pun buat lauk cam Ummi jugak untuk digandingkan dengan nasik minyak ni, ayam perap masak merah madu.... mmg serasi gandingan ni berserta acar timun masak tu tadi....

meh tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Ummi, mekasih ya. sedap sangat nasik ni, x muak! terima kasih jugak buat Kak Wan, tuan punya resepi asal nasik minyak ni.

NASI MINYAK - RESEPI III
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)

Bahan:- (tulisan merah untuk sukatan yg akak buat)
  • 1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (akak masak 3 1/2 cawan)
  • 150 ml minyak sapi (akak tukar dengan 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1.55 l air (akak letak 4 cawan air)
  • 150 ml susu cair (akak letak 1/2 cawan jek)
  • 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (akak letak 1 kiub)
  • garam secukupnya
  • 80 gm gajus } - (akak tukar kismis)
  • 50 gm bawang goreng } bahan hiasan
  • 100 g pis hijau }
Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar: (akak kisar separuh dr bahan di bawah)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 2.5 cm halia
**** kak rose ikut sukatan Ummi (yg kaler merah tu) yg buat 1/2 dari sukatan asal
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak.

nasik minyak dengan pelakun sampingannya....
ayam perap masak merah madu dan acar timun masak.

Acar timun masak

salam hujung minggu buat semua.... awal lagi dah nak tayang acar timun yg baru je kak rose buat nih. acar ni kak rose nak gandingkan dengan nasik minyak, tp x masak lagi..... tp sedikit muskil dengan kaler acar kak rose ni.... merah semacam jer kalau dibandingkan dengan tuan punya resepi dan juga lapuran bergambar yang dihantar kat Myr tu.... semua cantik2 jer kaler dia... boleh x salahkan cili kisar kak rose yg memang sangat merah. apakah?

resepinya dari Myr oleh Yani. mekasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak.....

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Friday, January 27, 2012

SDMC

SDMC. Kak rose dan kawan baru balik dari Sime Darby Medical Centre Subang Jaya kerana menghantar ibu Sharifah yang diserang asthma ke hospital. (Ibu Sharifah ni kawan dan jiran kak rose) dia mmg ada rekod asthma ni, tapi kali ini serangan agak serius dan sesampai je kat sepital terus bagi rawatan awal dengan nebulizer sebab masa kat rumah guna inhaler pun dah x de kesan. dan kerana itu ibu dimasukkan ke wad High Dependency Unit yang seakan wad rawatan rapi... selalunya kalau warded masuk ke wad biasa je tp kali ni agak teruk... kesian kat ibu sbb suami dan anak2 tiada disisi semasa ibu dimasukkan ke HDU ni....

ibu sharifah dengan mask oxygen.... sedang berehat diwad HDU... muga ibu cepat sembuh.

Waktu melawat pun kena patuhi jugak, sekali masuk untuk dua pelawat jer... x sama macam diwad pesakit yang biasa.... anytime boleh datang melawat. dan warning kat pintu tu... x leh nak berlegar2 depan pintu!

ana dan din yg sama menghantar ibu ke sepital....

so kena tunggu kat visitor's lounge ni.... kecik je tempat ni.... hanya memuatkan 6 buah kerusi tp selesa jugak, ada restroom lagi kat dalam tu.... at least adalah tempat untuk sedara mara yang menunggu pesakit

Thursday, January 26, 2012

1-300-88-2525

gambo pinjam cik google punya

wah! macam iklan pulak..... no. yang hafal sangat.... penyelamat disaat kemalasan.... dan dinner pun cepat je ready.... kebetulan ada pulak promosi cenggini - hot pair deals. sangatlah senang keja kan. mama pun x yah nak berpoloh2 didapur!

tu dia, 2 large pan piza untuk kami 3 beranak......

2 large super supremes pan pizza... tambah rm3 je untuk dapatkan yang supreme

tangan budak yg dah x sabo nak makan..... resmikan pemotong pizza yg entah bila dah bli!

akibat tamak, so ade lagi satu large pizza x terusik.... sapala nak abeskan tu?

Lemak putih pucuk labu

sayur untuk lunch tadi.... amik pucuk labu ni masa balik kampung ari tu.... subur menjalar keliling rumah mak, x de sapa pun nak amik kan.... so kak rose kutip la nak masak masa kat kampung, tp sebab dah banyak lauk jd mak kata bawak je balik.... apa lagi terus bungkuslah.... bila dah masuk dalam fridge hampir je terlupa dengan pucuk ni.... nasib baik tengahari td masa geledah sayur nak masak, terjumpa lah bungkusan pucuk labu ni..... Alhamdullilah masih segar elok je.... baiklah masak terus kan.... jadi la pucuk labu masak lemak putih ni... resepi oleh rossitamz dari Myr. mekasih ya..

Bahan2
  • 2 cekak pucuk labu
  • 1 biji cili merah - dipotong serong nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar udang kering - ditumbuk sedikit
  • 3 cawan santan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • (kak rose omit bawang putih tp tambah bawang merah lak...)
Cara-cara
  1. Bersihkan pucuk labu, basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecuali pucuk labu. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk labu dan masak hingga pucuk labu lembut. Tambah garam dan perasa secukupnya. Siap!!
ni masa baru kutip dari kebun mak kat kampung... segar bugar menghijau.

antara buah yg dah boleh dikutip..... dan ada banyak lagi yang sedang membesar...

Jom sarapan....

sebelum ngap pisang ngan susu tu... cek bp dulu.....ok x doc?

hari ni kak rose x rajin nak g briskwalk.... pagi lepas subuh dah ngadap pc, tp takut gak bila baca research yg kata duduk ngadap komputer melebihi 5 jam akan membahayakan kesihatan.... maklumlah kak rose bila dah duduk ngadap menda ni dah x ingat apa dah! ngalahkan orang yg keja pejabat! apakah lepas ni kena bli jam loceng letak tepi untuk bagi alarm setiap 20 minit kena bangun jalan2...g minum ke , makan ker. entah lah! eh, bangun tuk makan n minum pun x elok gak kan... kena lah exercises sket..... lunjurkan kaki tangan ke apa kan....

yang pasti pagi ni sarapan dengan makan sihat, eh, pisang rebus tu makanan sihat ker? para nutrition tolong mai habaq kat cek sket ---> ni andaian sendiri sbb x guna minyak segala dan minum susu omega plus without sugar. ok la tu, kira sihat kan. tp tengok bacaan bp tu.... camner nak dapatkan 120/80?

pisang tanduk yg dibeli di pekan parit raja..... dah jadi korban pagi ni....

Wednesday, January 25, 2012

Kuih bakar durian

kuih untuk minum petang kami anak beranak.... kuih bakar durian. balik kampung ari tu mmg borong durian kat pekan Air Hitam.... mmg cantik2 isi dia, sangat kuning diraja isinya... apek penjual yg x baru habis makan besar malam chinese new year tu kata durian 101. x penah dengar jenis2 doyan ni.... entah la, main bli jer. yg penting isinya sedap dan manis, berbaloi jugak membeli sampai -+rm100, makan sampai nak pengsan! dan ada berbaki, kak rose kopek isi dalam tupperware bawak balik SA.... buat kuih bakar ni.

untuk kami 3 beranak....

pagi2 balik dari briskwalk tu kejut cik google soh carikan resepi ni... sekali yg pertama kour ialah resepi dari CMG.... teruslah terjah kesana, n menggodek kuih bakar ni. mekasih ya Mat dan kak rose mintak izizn nak cnp n tepek kat sini lak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

*** adunan ni a bit too sweet pada kak rose, mungkin sbb durian tu mmg manis sangat, so len kali kena kurangkan sukatan gula.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
  3. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  4. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...
yang ni kak rose bagi jiran kak rose merasa....

Ayam a la Bali

Ayam a la bali yang telah expired.... ya lah masak ni sebelum cuti raya china ari tu, tp terus balik kampung so tak dan nak masukkan entry..... x pe la kan, mana tau nnti len kali nak masak lagi dah ada resepi ni kat sini. mekasih ya Nor kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini.... terimakasih jugak buat Diana tuan punya resepi asal ayam ni.....tp kak rose guna isi ayam sepenuhnya.

AYAM ALA BALI
resipi : Diana@Skyblue
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil (kak rose guna 2 pcs chiken keel)
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )

Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor tak letak
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu
sekeping asam keping ~ yg ni k.nor tambah


Cara²
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

Saturday, January 21, 2012

Kuih kaswi

selamat berhujung minggu yang panjang buat semua..... ramai yang dah mulakan perjalanan untuk out-station ataupun balik kampung sempena cuti panjang ni kan.... apa apa pun selamat bercuti dan berhati2 dijalan raya. macam pesanan dari pak menteri lak!

kak rose pun nak balik ke BP petang ni, tp sebelum tu nak gak tepek kuih kaswi yang kak rose buat petang semalam lagi.... kuih kaswi yang sangat simple bahan dia tp sedap... goyang2 gitu! tp pada sapa yang x suka manis sangat bolehlah kurangkan gula tu ya. meh tengok resepinya yg kak rose amik dari mesra.net.....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

yg ni untuk jiran2 sebelah rumah....
cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi...
kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

Friday, January 20, 2012

Gulai daging + belimbing buluh


salam Jumaat yang mulia.... sejak dapat belimbing buluh for free kat tepi padang tu, teringin lak nak makan masak lomak ciliapi daging dengan belimbing buluh ni.... tp kalau ada daging salai lagi la terangkat gulai daging ni kan... typical negeri sembilan punya masak lomak ciliapi.... pokat n podeh! tp kak rose ni malas lak nak buat salai daging tu bagai.... resepinya kak rose amik kat sini. mekasih ya....

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging (disalai dan dipotong nipis) (kak rose x salai pun)
  • 10 biji cili padi (dikisar)
  • 2 sm kunyit hidup (dikisar)
  • santan kelapa (santan daripada 1 biji kelapa)
  • 1 biji mangga muda (dihiris nipis) atau beberapa biji belimbing buluh
  • garam secukup rasa
  • 2 batang serai diketuk (yg ni kak rose tambah)

Cara masakan :

1. Kecutkan daging salai di dalam periuk dengan cili padi dan kunyit hidup yang dikisar sampai airnya kering.

2. Setelah itu masukkan santan dan kacau sentiasa agar tidak pecah minyaknya. Biarkan mendidih seketika.

3. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan mangga muda ataupun belimbing buluh.

4. Biarkan ia masak dan angkat.

makan dengan nasik panas2 dan ikan kurau masin goreng.... hmmmm sedapnya!

Pengat keledek yg pucat jer....

selamat sudah keledek yang lama terperam dalam fridge.... nasib baik je x rosak. agaknya kalau ada expiry date tertulis kat keledek ni dah lama kena buang kot.... masa beli tu teringin sangat nak buat pengat ni, tp sudahnya tersimpan je.... hari tu bila tengok apam keledek kat rumah izah rasa cam nak buat tp vit m tu banyak sangat dan keledek tu mmg jenis pucat jer! alasan apakah?

semalam dah bli pulak keledek kuning tu dengan hati yg berkobar2 nak buat apam keledek tu.... tapi entah bila la nak rajin mengapam nih.... cuti panjang ni sure nak jugak cuti2 mesia kan dan tukang masak pun nak cuti jugak kan... harap2 keledek kuning ni x expired sampai nnti kak rose ada vit m tu....

layan je la pengat keledek yang kak rose buat untuk minum petang semalam..... dah selamat dah pun.....

Thursday, January 19, 2012

Yang nak x de la pulok!

gamba pinjam cik google punya....

nak kan yang ni, tp set x complete pulok... toner tak de stok, kat stockist pun x de... hu hu hu

so..... amek yg ni...... bila dah guna ni agaknya kulit akan jadi licin macam RCW tak?