Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 31, 2010

Ikan tenggiri goreng asam

salam dan selamat tengahari semua.... baru dapat nak buat post ari ni.... hujung minggu lepas manyak bizi.... mengalahkan orang buat kenduri je.... iapun jiran sebelah rumah kiri dan kanan ada buat majlis kenduri perkahwianan anak2 nya.... jadi kak rose pun tumpang sekaki sibuknya.... habes rewang sebelah kiri ke sebelah kanan pulak.... begitulah berjiran kan....

ok berbalik kepada resepi masak ari ni.... resepi ni kak rose amik dari MyResepi oleh HaSue... (MyResipi la ni payah sangat nak bukak.... banyak resepi yang mudah dan sedap2 x dapat nak copy) resepi asalnya guna ikan tongkol tapi kak rose ada ikan tenggiri je.... sedap gak lembut je ikan ni dan terasa asamnya....tima kasih HaSue kak rose amik resepi yang sedap ni..... sesapa nak cuba ni kak rose tepek resepinya kat sini

Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )

  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih(kak rose guna ikan tenggiri)
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..
  4. Selamat Mencuba! ^_^

Wednesday, May 26, 2010

Apam pisang

buat apam pisang ni kes nak menghabiskan pisang yang dah dekat nak tamat riwayatnya.... tulah sekali membeli x hengat donia.... bila nak abeskan.....dah buat cekodok pisang, pankek pun dah buat.... jadi ari ni godek2 cari resepi apam lak..... jumpa kat Teratak Chetam... dan kak rose pun buatlah..... tengok resepi tu macam buat kek pisang tapi yang ni dikukus pulak....cumanya kak rose kurangkan gula tu jadi 3/4 cawan je.... sedang elok manisnya pada tekak kak rose la.... kak rose kukus dalam mangkuk kecik2 ni... tapi ngapa semua tertonggeng je bila masak.... apa pun tima kasih ya Chetam kongsi resepi dan kak rose nak tepek kat sini

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan)
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit. (kak rose kukus 15 mt je sbb guna mangkuk kecik2)

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.
Posted by Picasa
ada banyak ni..... nak g hantar rumah Ibu Sharifah.... makan sambil pot pet petang....

Chinese celery with carrot & bean curd stir fry

huh.... panjangnya nama masakan resepi dari Love nih.... berbelit lidah nak menyebutnya....ni sebenarnya ada lebihan tauhu yang kak rose buat tauhu sumbat semalam tu..... dan jadi lauk untuk lunch ari ni..... akceli ni sayur macam yang kak rose selalu buat tu cumanya ditambah dengan bean curd tu dan sos hoisin.... selalu masak x pernah guna pun sos ni.... jadi bila ada resepi yang menggunakan sos ni kak rose pun cubalah.... Love, tq for the superb recipe n kak rose nak cnp kat sini ya....

Ingredients :~
  • 1 carrot ~ cut lengthwise
  • few stalks of chinese celery ~ cleaned and cut lengthwise
  • 2 firm tofus ~ cut into 6 and fried
  • 3 garlic cloves ~ chopped
  • 2 cm ginger ~ chopped
  • 1 onion ~ sliced
  • 1/2 capsicum ~ sliced
  • 1-2 tbsp oyster sauce
  • 1 tsp hoisin sauce
  • salt
  • vegetable oil
Cooking Method :~
  1. Heat oil. Saute garlic, ginger, onion and capsicum till fragrant.
  2. Add carrot, oyster sauce, hoisin sauce and salt. Stir together awhile.
  3. Add celery and fried bean curd, give a quick stir and dish out. Done

makan dengan nasi panas2 dan ikan jeket sumbat sambal kelapa..... hmmmm Alhamdullilah kenyang...... (camna ner la kak rose nak diet nih.....)

Tuesday, May 25, 2010

Tauhu sumbat

huh.... at last dapat jugak merasa nak makan tauhu sumbat ni..... banyak kali g kedai dekat rumah ni yang ada tauhu yang kecik2 tu je..... nak sumbat pon tak leh dan.... ari ni terjumpalah tauhu yang beso gedabak dan tembam ni..... hah puas ati kak rose.... pas lunch tadi terus buat tahu sumbat ni.....resepi pandai2 sendiri je....sumbat je ngan timun, taugeh dan carrot yang dicelur dan sos pun homemade nya yang lebih ari tu buat makan popia goreng... saja buat banyak bila2 nak makan dah siap ada. senang keja kan....

jemput makan tauhu sumbat ni...

Lagi.... Award dari Love

terima this lovely The Circle of Friends Award dari Love

dan yang ini jugak, tapikan kak rose rasa tak tercapaikan impian nak jadi supermom ni.... maklumlah dengan serba kekurangan.... jadi supermom to my tiny family je la kan.....apapun tq sooooo much love. Muga persahabatan kita dialam maya ni berpanjangan.....

Kerabu taugeh dan daun selom

ari ni dah tak tahu nak masak apa.....pagi tadi g doktor for monthly supply dan juga amik H1N1 jab.... ada orang kata kalau x tahan boleh demam dek jab ni.... tapi so far kak rose n hubby ok je...janganlah demam lak.... lepas balik dari klinik tu kak rose singgah kat kedai ni nak cari daun salad.... tapi x de la pulak... yang ada daun selom ni. masa tu jugak terpk nak buat kerabu ni.... terus beli kelapa putih dan toge. sampai rumah terus godek2 cari resepi dan terjumpa di rumah An periuk tanah tu....dan inilah kejadiannya..... An kak rose kopi resepinyer ya....dan tq.

Resepinya: Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kalau beli kat pasar le... kalau petik sendiri anggaran 2 cekak)- hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris (kak rose x letak sbb x de stok - kalau buh lagi cantik - kaler2 gitu)
**5 biji cili padi
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti ngan pati ikan bilis)

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidang.

*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

Monday, May 24, 2010

Konnyaku jelly medly

sekali lagi kak rose buat jelly ni...... ari tu buat tapi cam x jadi jer.... sbb x de laici dan gantikan dengan sumi jelly.... x cantik langsung walaupun rasanya memang sedap.... kali ni try lagi sekali dengan menggunakan resepi CMG yang sama dan bahan yang cukup....sedap....tapikan tapi...memang x jadi cantik macam tuan punya resepi tu.... jeles sangat tengok tayangan CMG tu.... apakan daya kita ni amatur sangat... tak leh nak lawan tokey beso tu.... lagi satulah nak tanya .....ngapa biji selasih yang kak rose guna tu tak nak kembang beso wpun dah rendam lama ngan air panas .... ke ada jenis lain? tengok CMG nyer macam beso2 je selasih dia tu..... ada sapa2 yang tau mai share sikit ngan kak rose ni... dan kak rose dulukan terima kasih ya....

Cik mat, terima kasih ya, kak rose amik resepinya sekali lagi....

Jom makan buah

salam dan selamat tengahari semua.... dah lunch ke?.... ari ni kak rose lunch dengan nasi goreng malas je..... nanti petang baru nak masak.... tu pun kalau rajin le.... kalau tidak nasi bungkus je jawapnya..... dan pas makan nasi tadi kak rose potong buah ni.... makan sejuk2.... baru kuor dari fridge.....mmmmm nyaman..... sebenarnya masa balik dari Pendang ari tu ada singgah kat R&R Tapah.... beli buah2 ni.... seedless guava, limau bali, betik estotika, pisang dan mangga..... membeli macam 10 orang nak makan.... punyalah banyak....tapi tak pe boleh simpankan.... biar selalu ada stok buah.....bila2 nak makan pun boleh.

mangga dan betik tak enterframe dalam ini gambar..... adussss

limau bali yang soooo sweet n soooo juicy

Sunday, May 23, 2010

Buah melaka

kuih untuk minum petang ari ni x yah buat punya....Alhamdullilah rezeki.... ibu Sharifah yang bagi kerna nak pulangkan kak rose nyer loyang yang buat puding roti ari tu... makan kuih ni dah kenyang, tak yah dinner dah.....terima kasih ibu.....lain kali boleh buat lagi.....

Ke Matrik Pendang

Salam semua..... pagi Jumaat yang mulia hari tu kami memulakan perjalanan ke Pendang Kedah untuk menjenguk anak dan menghantar laptop juga broadband.... awal pagi lagi kami dah bertolak agar nanti dapat bersama anak lebih lama....

melewati lebuhraya yang berkabus diawal pagi dan kami sampai di Kolej tu lebih kurang pukul 10 pagi..... terus cuba broadband yang ayah belikan dari KL untuk busu guna ....

tapi alangkah kecewanya bila satu signal pun x dapat.... dah test kat SA ok jer....bila sampai ke Pendang yang nun jauh dipendalaman tu.... alahai... no coverage..... sebelum purchase tu pun dah check coverage availability.... macam sipi2 jer.... tapi taulah..... salesgirl tu beria2 kata ok... Celcom broadband is better than other service provider.... dan kalau x leh boleh pulang n akan dapat refund as what we paid..... hampeh jer.....

lappy dan celcom broadband yang kami hantar kat busu......


macam2 cekelat yang mama beli dari langkawi ari tu.... untuk busu jugak.

dan bila balik KL kami terus singgah kat Subang Parade untuk terminatekan celcom broadband yang tak leh guna di Pendang tu..... bukan x leh guna tapi no coverage.... refund? kena tunggu 1 hingga 2 bulan baru dapat. Hah?

Thursday, May 20, 2010

Udang masak merah berempah

salam dan selamat petang semuanya....ni lauk lunch hari ni.... konon hari nak bertolak ke Pendang, Kedah untuk jengah Busu kat matrik tu.... tapi esok saja dia boleh keluar jadi mama ngan ayah g esok je lah ya.... so ari ni masak untuk lunch.... resepi amik dari rumah nor76 secubit garam tu..... semalam amik gak buat ayam tu.... terimakasih ya nor, kak rose nak kopi resepinya kat sini.... tapikan kak rose tak de daun kari.... kuranglah keharuman udang berempah nih dan tak secantik macam yang nor buat tu.... kurang kicap ke?.... tapi rasa ehmmmm terasa rempahnya.....

Udang Masak Merah Berempah by Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

makan dengan nasi putih dan sayur goreng ni..... Alhamdullilah

Wednesday, May 19, 2010

French toast


selamat malam semua..... tengok ni resepi hana lagi..... ni dek kerana ngences tengok hana masak yang sedap2 tuh.... hana, ojo nyenani yo kak rose asik jikok resepi mu ai..... mau gae puding, iki pulak french toast..... kerjane niru wehe uwong ai.... ora iso arek gai dewe kok.... faham tak? tak kisahlah kan....janji sedap dingap..... kak rose dust dengan gula icing dan makan dengan ice-cream jer......x de stoberi bagai.... nyam nyam....oishiiii..... tima kasih hana n jalok ijin kak rose cnp resepinyer ya....

Bahan-bahan
  • 6-8 potong roti french
  • 2 biji telur
  • 11/2 cawan susu segar
  • 30g gula
For dusting @ cadangan hidangan
  • Gula aising atau tambahkan dgn sedikit serbuk cinnamon jika suka.
  • Sos kastad, madu, cream cheese, whipped cream, hot chocolate, buah2an, ice-cream or etc
Cara-cara
  • Satukan telur, susu segar dan gula. Kacau sebati. Kemudian tapiskan ke dalam bekas or loyang.
  • Susun roti yang telah di potong tadi ke dalam loyang. Biarkan terendam seketika sehingga meresap ke dalam roti. Kemudian terbalikkan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit butter@minyak. Goreng hingga keperangan kedua2 belah.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan gula+cinnamon, atau gula aising sahaja atau ikut suka seperti cadangan di atas.

dust dengan gula icing n makan dengan ice-cream.... sedap

Puding roti marble....lagi

ni projek lepas lunch tadi..... dah banyak kali dah buat puding ni.... sedap dan kawan2 yang rasa pun kata sedap... tu yang selalu buat puding ni. resepi femes dari hana. terimakasih ya hana sudi kongsi resepi yang sedap dan sempoi ni.....ni buat nak bagi kat kawan....ibu Sharifah..... dia kata adik yah suka sangat nak makan puding ni, jadi kak rose pun buatkan lah....tapi x cantik lak... ada titik titik disetiap lapisan tu....sememeh je jadinya....x pe kan janji sedap.

hari ahad lepas ada gak buat untuk Ema yang duk kat Subang Jaya..... lepas kami meronda di pasar tani tu, Ema anto kak rose balik rumah.... dan bila dia nak balik kak rose bekalkan dia seloyang puding ni....Along suka sangat dengan puding nih.... ari tu along ada minta mama rose tolong buatkan tapi belum berkesempatan.....harap keluarga ibu dan juga keluarga ema suka dengan puding ni.... hana, terima kasih sekali lagi ya. resepi boleh tengok sini ya....

Ayam blackpepper

lauk ari ni.... ayam blackpepper.....actually resepi ni asalnya guna udang tapi kak rose dah tuko guna ayam.....sebabnya malas sungguh nak buang kulit udang tu...bolehke cam tu? dah defrost kan udang tu akhirnya masuk balik dalam freezer dan ganti je dengan ayam.... senang dah tinggal nak potong kecik2 je.....memang stok ayam fillet ni selalu ada.... senang keja kan... kak rose masih guna resepi dari nor67 atau boleh gak tengok sini....ppon ni kak rose letak sekali lagi resepinyer kat sini.....


Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose x letak sbb yang ada ijo je so tuko ngan cili merah)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

chicken fillet wif brokoli.... sedap


Tuesday, May 18, 2010

Kuih bom

salam dan selamat petang..... di Shah Alam ni tiap petang hujan jer... tapi bahang panas dalam rumah mengalahkan terik matahari diluar.... tu yang jadi bil api melambung2..... masa pasang air-cond tak teringatkan bil tu.... bila dah dapat ... ha baru terterbuntang biji mata.....mak oooiii.... masa tu beringat jap....... ok hujan2 ni mari kita minum petang sambil makan kuih bom ni.... keledek yang beli ari tu banyak lagi jadi adalah bahan nak buat kuih ni.... yang oren dan pepel belum buat apa2 lagi... ingat nak buat pengat pulak....kalau rajinla.... buat kuih bom ni masih guna Along nyer resepi.... sedap! inti pulak kak rose guna red bean paste yang buat ari tu..... ni kak rose tepek lagi resepinya kat sini ya. tima kasih Along

INGREDIENTS:
  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!

jemput semua.....

Monday, May 17, 2010

Popia goreng

selamat malam semua..... dah dekat tengah malam baru nak masukkan post yang ni..... buat petang tadi..... guna kulit popia yang kecik tu....leceh lak rasa nak gulung kecik2 ni.... tapi sebab dah buat inti nya buat jugak lah dengan kulit yang saiz kecik ni....bubuh inti carrot, togeh dan udang je.... dah beli sengkuang dan memang cadang nak buat inti popia.... boleh lupa pulak....padanlah masa masak tu rasa macam lain je..... dah siap semua barulah teringat sengkuang tu.... terlambat la dah.....

apa lagi belasah je la dengan inti yang dah siap tu....dah masak sedap je makan... tak teringat kat sengkuang tu dah....

Ikan jenahak tiga rasa

semalam pergi meronda kat pasar tani dekat Giant Shah Alam.... ramainya pengunjung kat situ dan macam2 barangan yang dijual..... yang paling banyak ialah kain baju... rambang mata dibuatnya..... asalnya nak ronda2 cuci mata jer.... tapi akhirnya terbeli juga 3 helai blouse....ikan dan segala sayuran.... keledek juga 3 kaler - kuning, oren dan ungu.... entah bila nak masaknya tak tahu lagi..... kalau boleh semua benda nak borong..... (macamla poket tu penuh ....) nasib baik x larat nak bawak......beli ikan jenahak ni.... rm28/kg.... amiklah 4 potong.... dah sekilo lebih.....uwaaaa.... bayarlah jugak sebab nak makan...... dan hari ni kak rose buat masak 3 rasa ni..... memang sedap, ikan fresh lagi dan terasa manis isi ikan tu..... berbaloi jugaklah membeli.....

ni dia ikan jenahak 3 rasa.... guna resepi yang kak rose pernah buat dulu... tapi cuma tukar ikan je.... dulu tu guna ikan siakap.....boleh tengok sini..... kak rose tepek sekali lagi resepinya.....

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.(kak rose guna ikan jenahak)

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air
(kak rose tambah sayuran - nenas, capsicum, carrot - dipotong dadu)

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. (masukkan sayuran tadi.....)
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!


makan dengan nasik panas2 dan sayur goreng ni..... teringat pulak anak yang jauh.... makan apalah anak mama ari ni ya?....

Saturday, May 15, 2010

Kuih koci labu inti kacang merah

kuih koci labu versi orang malas.... tak de dadih cuma celup dalam minyak masak jer....doh tu pun main agak2 je....lembut sebab bubuh tepung pulut sikit je.... masa nak mengisi inti tu sapu minyak pada tapak tangan untuk elakkan melekat...bungkus dan kukus.... siap dah.

betapa keras tangan kak rose ... nak bungkus tu pun puas mengejas baru jadi cenggini....apa pun janji sedap kan biarpun rupanya sangatlah buruk!!!!


sebenarnya dah lama kak rose nak belajar buat inti kacang merah ni.... puas godek sana sini cari resepinyer.... pas tu simpan jer sampailah ari ni baru terbuat inti ni.... tu pun sebab terlupa nak beli kelapa untuk nak buat kuih koci labu.... jadi cuba buat koci labu dengan inti kacang merah ni.....resepinyer kak rose amik kat sini dan terima kasih ya kak rose nak tepek resepinya kat dapur kak rose....

Bahan-bahan:
  • 450g (1Ib) kacang merah
  • 3-4 helai daun pandan
  • 10 cawan air
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 600g gula ( 1 1/2Ib) gula
  • 1 camca teh esen vanila
Cara-cara:

Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air
.
  1. Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk.
  2. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas. (kak rose cuma guna masher je tu yang x lumat sangat)
  3. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
  4. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.

Kondo Istana

Salam hujung minggu semua.... ni lagi nak kongsi cerita yang dah expired.... tempat penginapan kami semasa g langkawi ari tu....Kondo Istana Apartment.... pergi 2 orang je tapi booking dapat yang 3 rooms nyer.... ok la tempat dia.... dekat dengan pekan dan jetty.... tapi naik teksi dari jetty yang tak sampai pun 5 minit tu dia orang charge 8 hinggit .... cekik darah sungguh.... nak tak nak terpaksalah sbb x de kenderaan....esok paginya barulah kami sewa kereta.... nasib baik bukan musim cuti sewa kereta iswara cuma 40 ringgit sehari.... kalau musim cuti sekolah maunya tiga kali ganda sewanya.

kami dapat corner unit.... 3 bedroom apartment

one of the room.... dua bilik yang ada duoble bed

3rd bedroom.... 2 single bed


dining room....comel jer kosi nyer...

dapur dengan kelengkapan yang cukup.... tapi x masak pun....

swimming pool... pemandangan dari atas jer.... malas nak turun!

senja di langkawi..... dulu suka jugak duduk dibalkoni rumah tengok pemandangan waktu senja begini .... kini tinggal kenangan je....

Friday, May 14, 2010

Ke langkawi

Salam jumat yang mulia.... ni cerita ceriti yang dah basi..... selepas kak rose hantar busu mendaftar di Matrik tu kak rose teruskan perjalanan ke Kuala Perlis untuk naik feri ke Langkawi pulak. sampai kat jetty pukul 3 petang dan dapat tiket feri untuk perjalanan jam 4 petang. huh.... sejam menunggu.... dengan keadaan komplek jetty yang terkepung dan kebanyakkan kipas disitu tak berfungsi.... bayangkanlah betapa panas dan bahangnya tempat menunggu tu.... cuaca diluar yang sungguh panas ..... display board kat situ menunjukkan tempeture waktu tu ialah 36 degree celcius.... macam cacing kepanasan kami dibuatnya.... bila tanyakan pada port authority katanya kebanyakkan kipas dah rosak dan tiada peruntukkan untuk nak ganti yang baru.... untung nak, tambang feri pun mahal tapi kebajikan pengguna langsung tak di ambil kira.... kalaulah ke Langkawi tu ada jalan alternatif yang lain maunyer feri kat situ boleh bungkus jer....ok... enough bubbling.... pot pet banyak pun x guna kan....

sebenarnya ke Langkawi sebab nak ke Sekolah ni..... sekolah lama busu masa tingkatan 2 dan 3.... kak rose ke sini untuk amik sijil PMR busu.... masa pindah dulu langsug tak teringat benda ni semua.... jadi kenalah datang sendiri untuk amik ....



sempat juga singgah kat rumah lama yang dah ada penghuni baru.... 2 batang pokok mangga yang kak rose tanam dah mula berbunga dan berbuah sebaik saja kak rose berpindah ke Shah Alam.... selama 4 tahun kak rose menunggu.... masih tiada rezeki dan kini dah jadi milik orang lain... bukan rezeki kitalah namanya.....

segugus buah mangga tersorok dicelah2 daun yang rimbun..... nak jer rasanya g petik buah tu...tapi apakan daya.......

ada gak g shopping sikit2.... 26cm non stick square grill pan....asik beli koli jer....

satu set pisau dan juga baking dish ni.... yang banyaknya beli cekelat untuk buah tangan buat kawan2... juga rokok... buat stock. yang ni kawan tolong bawakan sebab seorang boleh bawa satu karton jer....

dan untuk lunch hari ni kak rose masak udang goreng salut tepung dengan black pepper dan bendi goreng dengan ayam.... makan dengan nasik panas2.... masak pun untuk 2 orang jer.... sian busu tak dapat makan masakan mama lagi..... nnti kita jumpa hari jumaat depan ya....mama ngan ayan nak g sana.... tunggu...